Zawara Coffee kini di Bandar Kinrara

Zawara Coffee kini berada di Bandar Kinrara... Baru sahaja di buka dalam bulan April yang lepas.. Akak dah pergi sebanyak dua kali ... Mula berdua dengan suami sekali lagi bawa anak-anak raikan harijadi ayahnya... Seronok baca kisah kejayaan orang kita yang mana Zawara Coffee bermula dengan perniagaan pakaian..  Semoga mereka akan terus berjaya membina rangkaian perniagaan yang terlaris di Malaysia...

Terima kasih Zawara Coffee kerana memilih Bandar Kinrara sebagai tempat perniagaan mereka. Maalumlah di sini tak banyak kedai yang berkonsep begini.. Yang ada kedai mamak dan kedai makanan Thai selain satu Old Town Coffee... 
Rupa dari luar dan dalam kedai ....
Pertama kali datang terkejut dapat benda hitamtu (tak tahu nak panggil apa(
Rupanya kalau berbnnyi 'bib' 'bib' makanan kita dah siap... 
Kelakarnya kalau orang kampung cam akak masuk kafe canggihni...
Sedap minuman itu kalau tanya pendapat akak...
Kotak makanan... pekerja tidak perlu lagi basuh pinggan bagai yer...
Model burger Zawara Coffee...
Untuk burgerni (tak ingat nama apa)pun akak nak kata sedap juga...
Adik Ya makn spageti dengan penuh semngat...
Mula order satu sekali kakak diapun nak juga, order lagi satu..
Kalau gitu tahulahkan pasti spageti kat sini kena dengan tekak anak akak.....

Kalau anda tinggal sekitar Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Puchong bolehlah datang ke Zawara Coffee. Restoran ini terletak berhampiran dengan Giant sahaja... Alamatnya adalah seperti di bawah :- 

ALAMAT :-

ZAWARA COFFE BANDAR KINRARA
Jalan Kinrara 5A/1
Bandar Kinrara
Puchong Selangor
(alamat ni akak tulis sendiri sebab dalam laman webnya belum lagi ada alamat Bandar Kinrara)

Comments

  1. kt area wangsamelawati ada jgk kedai nih... tp tak penah try kak... dh akak review sedap... kene try nih

    ReplyDelete
  2. Banyak dah cawangan Zawara Coffee ni ya, Cho. Baguslah bila orang kita berjaya macam ni. Kita ni tumpang bangga dan tumpang jadi customer ajelah!

    ReplyDelete
  3. Outlet ni dah tutup. Baru tadi nak bawak family, sampai je dah tutup. Tutup yg sebenar tutup (bungkus)! Signboard semua dah takde. Rasa baru je ni sbb dlm 3 minggu lepas bukak lagi.

    ReplyDelete
  4. Outlet ni dah tutup. Baru tadi nak bawak family, sampai je dah tutup. Tutup yg sebenar tutup (bungkus)! Signboard semua dah takde. Rasa baru je ni sbb dlm 3 minggu lepas bukak lagi.

    ReplyDelete
  5. Betul tu dah tutup... sedih betul baru nak rasa seronok ada cafe coffee orang islam kita. Now dah ganti dengan Coffee Culture. Harap management yg baru ni pun muslim juga

    ReplyDelete
  6. Yer ... dah tutup... alahai sedihnya sekejap sangat... ehm... ehm...
    betul harap Coffee Culturetu muslimler managementnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul zawara dah tutup tukar dgn coffee culture... management masih org yg sama....muslim...org kajang

      Delete
  7. Saya lah owner zawara bandar kinrara dan sekarang coffee culture... saya berharap semua boleh bagi sokongan...makanan pun saya pasti yg halal saja...sekarang kami tambah menu ada nasi lemak...sambal buat sendiri...sweedish meatball..freakshake...spaghetti aglio olio..dll silalah datang...kami akan memberi servis yg terbaik

    ReplyDelete
  8. Saya lah owner zawara bandar kinrara dan sekarang coffee culture... saya berharap semua boleh bagi sokongan...makanan pun saya pasti yg halal saja...sekarang kami tambah menu ada nasi lemak...sambal buat sendiri...sweedish meatball..freakshake...spaghetti aglio olio..dll silalah datang...kami akan memberi servis yg terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts