Hotel Metropole Baitulmuqadis

Lawatan kami di Palestin adalah 3 hari dua malam...
Hari pertama dihabiskan dengan kerenah untuk melepasi sempadan Jordan-Palestin...
Sesampai di Palestin hanya sempat untuk bersolat Maghrib dan Isya'...
Hari kedua penuh dengan aktiviti lawatan antaranya  boleh klik di bawah :-
1) MAKAM NABI DAUD 2) HEBRON MASJID IBRAHIM 3) HARI KETIGA
Sebelum akak ceritakan kisah hari terakhir di Palestin jom kita cerita pasal hotel pulak...

Hotel Metropole yang comel tapi boleh dikatakan sangat berpuas hati berada di sini...
Makanan sedap, tempat tidur selesa, bilik airpun bersih, wifipun laju....
 Pemandangan depan hotel..
Hanya rumah kedai yang menjadi hotel...
Hotel kami pintu yang beratap hijau...
Lobi ditingkat satu.. 
 Lif yang sangat berlainan dan klasik... 
Di belakang pintu kayu barulah  ada pintu lif...
Pertama kali menggunakannya panik juga selepas pintu lif terbuka nampak gelapjer..
Rupanya pintu kayu kena ditolak terlebih dahulu...
Gambar dari tripadvisor pasal Hotel Metropole, Jerusalem...
Pemandangan dari bilik hotel yang menampakkan pintu gerbang "Lion Gate"..
Lokasi hotel memang sangat sesuai dan sangat memudahkan...
Ini adalah kerana Masjid Aqsa paling dekat adalah melalu pintu gerbang "Lion Gate"

4 keping gambar yang akak ambil dari tingkap bilik akak... 
 Kubur Al Mujahidin yang bertentangan dengan bilik kami... 
Sedekahkan al-Fatihah untuk mereka..... 
Suasana waktu petang mungkin selepas waktu kerja...
Agak sibuk jalan di sini...
Seronok memerhati gelagat manusia dari tepi tingkap ...
Gambar selepas waktu solat subuh..
Hanya satu kedai yang baru dibuka semasa ini..
Pelanggan yang ada semuatu adalah ahli rombongan kami sahaja...
Suasana pagi yang dingin dan sunyi lagi...
Gambar di ambil semasa menunggu pemandu pelancong kami datang...
Kedai yang berderetan dari hotel ke pintu gerbang...
Tidak sempatpun akak nak berjalan-jalan ke sana...
Aktiviti lawatan kami padat dan tepat...
Gambar belakang hotel kami...
Hajat hati nak ambil gambar buah limau yang banyak ...
Tapi dalam gambarni tak nampakpun....
Jadi di sini ditunjukkan betapa daifnya sistem pendawaian letrik mereka...
Sampah juga kelihatan merata-rata hatta ini dikawasan hotel...
Namun kitapun tidak tahu bagaimanakah kehidupan yang dilalui oleh mereka...
Siapalah kita untuk menilai mereka hanya dengan kunjungan 3 hari dua malam...

Untuk IDZWA dan  FALSYA hmmmm masa mula masuktu rasa cuak juga... Tapi setelah berada di sana tidak terasa takutpun malah rasa macam lawatan biasa... Langsung tidak terfikir ada kejadian tembak menembak atau bom sekalipun... Tidak silap akak pemandu pelancong bercerita ada seorang wanita rakyat Malaysia  yang dikebumikan di sana kerana sudah sampai ajalnya  ... Alangkah bertuahnya dia kerana dikelilingi ramai Nabi dan Rasul yang meninggal di sana... Selama akak di sana ada juga terfikir masakan tidakkan... Tapi bak kata Ustaz Amin sekira di lihat secara mikro orang Yahudi tu nampak sangat bersopan santun.. Tetapi setelah mereka bergabung tidak dapat diselindung lagi agenda mereka..

Comments

  1. hmm..setiap kali baca entryt akak bab ni hati ni mesti sebak tak terkata..saya nak sgt jejak kan kaki kat sini kak...

    eh..1 je saya nak tanye..ade tak terdetik rase takut sekira nyer tetibe ade kejadian pengeboman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, kite terdetik bende yg sama..heheheh

      Delete
  2. bab pintu lif tu memang klasik...hihihi...disebalik pintu ada pintu?

    ReplyDelete
  3. saya suka tgk jejak rasul masa bulan puasa tu.. setiap tmpat sejarah yg mereka siarkan saya selalu bayang yg saya ada kat sana.. hehe

    ReplyDelete
  4. jauh perjalanan, luas pemandangan.. :)

    suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Bila tgk kat TV selalu rasa sayu sbb sllu ada tembak menembak kan... tgk entry akak ni nmpk mcm tenang plk..mcm sunyi kan...

    ReplyDelete
  6. klasik pintu lif tu : )
    belum jejak ke sini lagi, teringin nak gi
    nampak tenang jer tmpt nie

    ReplyDelete
  7. Mesti rasa sedih n sayu hati bila melihat persekitaran disana...

    ReplyDelete
  8. wahhh beruntungnya akak sbb dapat jejak kaki di sana .... sy yg baca ni pun mcm2 terpk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts