Macam-macam ada di Gerik
Cuti sekolah semakin menghampiri...
Jadi moh kita baca cerita pasal tempat menarik yang ada di Malaysia...
Kepada yang mampu bolehler bawak anak-anak ke luar negara...
Yang macam akakni kita melawat dalam Malaysiapun Insyaallah menarik tertarik....
Artikel dari Berita Harian 28/12/2015
MOTIF :::: akak ajak adik pergi Gerik sebab mertuanya orang sana...
Katanya apa di buat di sana, bukannya ada apa-apa...
Destinasi menarik, tetapi pelancong sering terlepas pandang untuk dikunjungi...
Dalam senarai destinasi percutian bandar di utara Semenanjung, Gerik yang sebelumnya dieja sebagai Grik dan Pengkalan Hulu atau dulu lebih dikenali dengan nama Kroh mungkin tidak menduduki senarai utama berbanding Langkawi, Pulau Pinang atau setidak-tidaknya bandar Taiping.
Berikutan kurang diberi publisiti, keunikan apatah lagi daya pesona dua bandar terletak berdekatan sempadan Malaysia-Thailand kerap terlepas pandang meskipun memiliki khazanah alam berharga antaranya, Gua Gendang, Gua Itik dan Gua Khalid, lombong bijih timah Rahman Hidraulik, Stesen Hidroelektrik dan Empangan Pong yang memberikan pengalaman berharga andainya meneroka Pengkalan Hulu.
Gerik juga turut lebih menghulurkan cabaran menerusi ekspedisi hutan hujan tropika Belum, menunaikan keinginan berkelah sambil bermesra dengan alam di pusat rekreasi dan perkelahan seperti lata Pinang, Lata Ulau Lawin dan Batu Hampar dan khusus kaki pancing dijamin menemui keseronokan di Pulau Banding, Dataran Kuala Rui dan Dataran Pengkalan Buaya.
Penulis berkesempatan menjelajah desinasi di Hulu Perak itu menerusi undangan Rainforestexplore. Kembara tiga hari dua malam dan berkereta selama hampir lima jam tidak terasa jemu kerana dijamu pemandangan berulang bukit-bukau dan banjaran Titiwangsa diselubungi kabus, rimba dan belukar, sesekali bertemu ladang getah, sawit serta sungai mengalir dan gunung Paku gah berdiri sepanjang jalan menuju ke Pengkalan hulu, khabarnya dulu menjadi tempat persembunyian komunis.
Terserempak Gajah
Pengurus Pemasaran dan Promosi Rainforestexplore, Tajuddin Ali yang menggalas tanggungjawab sebagai pemandu pelancong banyak berkongsi cerita sepanjang pengembaraan ini.
"Jalan raya yang dilalui ini turut digunakan penduduk di Kelantang untu pulang ke kampung mereka dan jika sudah sampai Gerik, perjalanan ke Baling, Kedah hanya sejauh 57 kilometer dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk ke sana," katanya turut memberitahu perjalanan ke Pekan Baling terlebih dulu perlu m enempuh Klian Intan, Kampung Bk Buloh, Pengkalan Hulu dan Dataran Gunung Inas.
Tambahnya, jika bernasib baik, anda bakal terserempak sekawan gajah menyeberangi jalan menghala ke habitatnya di hutan sewaktu melalui Banding.
"Biasanya, mereke keluar mencari makan dan dilihat pulang semula ke hutan menjelang senja. Jangan gentar, sebaliknya berhenti seketika di bahu jalan untuk melihat lebih dekat. Gajah itu tidak berbahaya dengan syarat ia tidak diganggu" katanya.
Alam bayangan sejarah
Tidak dinafikan antara faktor mengapa Pengkalan Hulu sukar dikunjungi kerana kedudukannya yang jauh dari Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
Dalam hal ini , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim masih berharap kelazatan makanan tradisional seperti nasi dimasak dalam buluh, kerabu buah beka(sejenis
kekacang), ulam umbut bayas selain kuih muih seperti dangoi dan tepek nyior (lempeng kelapa) mampu mengikat pelancong untuk singgah.
Enggan juga dilabel sebagai bandar persinggahan atau transit untuk ke Betong, Thailand, Aznel menyifatkan pengalaman menyusuri gua terutama Gua Gendang dan Gua Khalid mampu menghidupkan kembali pengalaman sewaktu negara diancam komunis.
Penulis berkesempatan menjengah Gua Gendang di Kampung Tasik mendapati laluan berbatu untuk menuju ke perut gua sangat menguji fizikal lantaran struktur batuan yang tidak sekata. Ssayangnya, titian merentangi sungai sudah roboh dan masih belum dibaik pulih menyebabkan pengunjung perlu mengharung sungai untuk ke gua.
Meneliti bumbung dan dinding gua yang dibentuk daripada batuan semula jadi sambil menghayati bunyi bak paluan gendang kala arus sungari dari tujuh air terjun berdekatan memalu dinding, langsung terbayangkan kelicikan pengganas komunis yang mwnjadikan gua tempat persembunyian mereka sewaktu darurat daripada tahun 19498 hingga 1960.
Gua Khalid yang hanya boleh dikunjungi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda sebelum berjalan kaki kira-kira sepuluh minit lagi mengemukakan bukti lebih jelas sebagai markas persembunyian komunis menerusi tulisan dakwat merah dengan karakter Cina yang terpampang pada dinding gua.
Penduduk tempatan turut menggelarnya sebagai gua komunis, tempat itu seperti jarang dikunjungi berdasarkan keadaan flora dan faunanya yang seolah-olah tidak terusik..
Lombong bijih Rahman Hidraulik terletak di Klian Intan menjadi kebanggan penduduk tempatan sejak dibuka pada tahun 1907, kekal menjadi lombong tertua dan terbesar negara. Berkeluasan 700 hektar, pengunjung bukan saja didedahkan dengan panorama lohong lombong, tetapi juga mempelajari proses penghsilan bijih timah.
Penulis dilarang mendekati kawasan lombong sewaktu hujan lebat kerana struktur tanah tidak stabil menyebabkan bila-bila masa boleh berlaku tanah runtuh.
Ayam Betong dan peti surat gergasi
Perjalan kebandar Betong di Thailand dari Pengkalan Hulu mengambil masa kurang sepuluh minit. Penulis singgah semalam di Betong bagi menghirup pengalaman bandar dihuni hampir 25,000 penduduk dengan majoritinya beragama Islam..
Dalam kunjungan singkat, penulis mendapati bandarnya sentiasa diselubungi kabus, namun diberitahu kehidupan malamnya meriah.
Disebabkan serumpun, gaya hidup, malah masakannya juga sama dengan Malaysia namun tomyam berkuah putih nyata lebih enak dan berperisa sementara masyarakat tempatan fasih bertutur bahasa Melayu serta menerima jual beli dalam ringgit, sekali gus memudahkan urusan.
Pemandu pelancong, Idris Latiff atau lebih dikenali sebagai Abang Yeh mengajak kami ke replika ayam Betong dan stadium Betong. Muzium Betong turut menempatkan barang peninggalan Raja Bersiong sebelum berakhir di peti surat Betong...
Peti surat Betong ini juga mencatatkan sejarath tersendiri pada mata dunia apabila memiliki peti surat berbentuk silinder setinggi 3.2 meter dan tapak selebar 2.4 meter yang diiktiraf terbesar di dunia..
"Saya tidak tahu tarikh sebenar kewujudan peti surat ini, tetapi ia direkodkan paling besar di dunia. Kalau ke Betong, jangan lupa mencuba ayam Betong. Sedap dimasak kicap, keunikan ayam ini terletak kepada bulunya yang pendek dan hanya menyaluti tubuh. Setiap Mei, ada perayaan besar-besaran menghimpunkan pelbagai masakan ayam itu,"katanya yang mendakwa harga ayam berkenaan boleh mencecah hingga RM300 seekor.
Habis dah.. penat taip balik semula ini...
Tulisan Bennie Zie Fauzi (BERITA HARIAN)
Rasanya banyak lagi kelebihan Gerik yang tidak dituliskan di sini..
Kalau dulu selalunya singgah Gerik sebab nak pergi Kelantan...
Seronokjer walaupun jalannya tidaklah seselesa sekarangni...
Salam Cho Zila..Kak atie dok perak jugak ....TP lom pernah sampai ke Grik lagi..hadoiiii
ReplyDeleteWLUPUN AI ORG UTARA AI TAK PENAH SAMPAI LAGI DI SINI ..PENAH LALU SEKALI ATAU 2 JE KOT ... TU PUN SBB DR JELI KELANTAN ....
ReplyDeletetak pernah sampai ke Gerik lagi.. mungkin satu hari nanti
ReplyDeletesaya belah perak cuma pernah sampai bagan datuk , lumut dan pangkor je ... byk sebenarnya tpt menarik kat malaysia ni . klu x de internet mmg x byk yg kita tahu ...
ReplyDeletesaya belah perak cuma pernah sampai bagan datuk , lumut dan pangkor je ... byk sebenarnya tpt menarik kat malaysia ni . klu x de internet mmg x byk yg kita tahu ...
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteambo pun blm sampai Grik lagi...