Saat indah Engkau jemput aku

Entri ini gabungan gambar Masjidil Aqsa dan solat subuh hari terakhir di Palestin...
Hanya gambar sebagai kenangan untuk diabadikan di sini...
Untuk tatapan diri sendiri dan juga kawan-kawan yang ada hajat untuk ke sana...
Rasanya ramai kawan blog akak yang berniat untuk kesana...
Semoga niat kalian akan di makbul oleh DIA yang maha Esa...
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam  sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa  di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Syukur kerana akak dapat pergi ketiga-tiga buah masjid tersebut ....
Ini semua kerana permintaan emak akak yang ingin benar pergi ke Masjid Aqsa....
Pada tahun 80an atau 90an atuk akak sudahpun mengunjungi Palestin...
Itulah impian emak akak menjejaki langkah bapanya yang juga telah sampai ke sana...
Rasulullah SAW bersabda : “Kelebihan bersolat di Masjidil Haram daripada tempat selainnya ialah dengan ganjaran 100,000 kali solat, sementara di masjidku ini pula (Masjid Nabawi, Madinah) 1,000 kali solat dan solat di Masjidil Aqsa mendapat kelebihan 500 kali solat” (Hadith dipetik dari Shaikh Ali Mohammad Mokhtar).
Tanggal 27 Rejab terjadi satu peristiwa penting dalam kerasulan Baginda SAW iaitu perjalanan Israk dan Mikraj...
Israk membawa pengertian perjalanan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menunggang Buraq bermula dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya Nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha...
Entri akak kali ini bersesuaian sangat sebab esok adalah 27 Rejab....
Peristiwa Israk dan Mikraj telah berlaku berkurun lamanya dan  akak diberi peluang untuk melawat tinggalan sejarah tersebut...
Syukur sekali lagi moga diberikan peluang pula untuk datang ke Palestin semasa hari Israk dan Mikraj.....

Jom lihat gambar kami di sana...
Empat gambar yang teratas adalah ehsan dari kawan-kawan...
Cantik gambar-gambar ini sayang kalau tidak diabadikan di blog ini...
Masjid Aqsa dari segi bahasa bermaksud "masjid terjauh"..
Masjid yang kedua dibangunkan dimuka bumi...
Masjid ketiga yang mulia dan suci di sisi Allah swt...
Di sini juga tempat dimana Rasulullah kita dimikrajkan ke langit
Tidak diketahui waktu pagi atau petang...
Masjid ini tempat sembahyang kami selama dua hari di sini...
Menurut Pemandu Pelancong seluruh kawasan yang berada di kawasan ini adalah Masjidil  Aqsa
Masjid di atas ada kubah hijau tua ialah Masjid Qibli atau Masjid Jumaah...
Ini adalah masjid utama kerana setiap hari masjid ini digunakan untuk bersembahyang jemaah..
Hari Jumaat dan Bulan Ramadhan  masjid ini dikhususkan untuk jemaah lelaki sahaja..
Sekitar Masjid Aqsa yang luas dan lapang...
Suasana Masjid Aqsa di malam hari..
Tempat nabi s.a.w. solat pertama kali ketika memasuki Masjidil Aqsa berada di kawasan bangunan Masjid Al-Aqsa yang berkubah hijau  yang disebut juga Masjid Marwani yang terletak di selatan menghadap arah kiblat. Masjid Marwani ini berdekatan dengan Pintu Maghribah/Buraq iaitu pintu masuk nabi saw dan Buraq diikat di pintu ini. Pintu ini berada di tembok sebelah barat kini dikuasai Yahudi dan menamakannya Wailing Wall.. Alamak sumber dari mana akak terlupa pulak nak ambil... tapi bukan dari akak sendiri...
Masjid yang berkubah kuning keemasaan ini  ialah Masjid Qubbah As-Sakhrah...
Masjid ini di sebut sebagai Dome of the Rock yang juga dipanggil Masjid Kubah Batu...
Ketika Ramadhan dan Solat Jumaat masjid ini digunakan untuk jemaah wanita.. 
Dome of the Rock atau Qubah As-Sakhrah dibangunkan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan...
Tujuannya untuk melindungi batu(sakhrah) yang menjadi tempat mikraj Nabi Muhammad s.a.w.

Kubah ini dibina di atas sebuah batu yang dipercayai menjadi tempat Nabi Muhamad naik ke langit sewaktu peristiwa Israk Mikraj.
Disini wujud sebuah cerita dongeng yang berkenaan batu itu terapung.
Memang terdapat batu besar di tengah tengah masjid ini...
Kita boleh bersolat di bawah batu itu..
Di sini  akak kerugian sedikit kerana tidak sempat untuk bersolat..
Masa akak pergitu waktu subuh sudah sangat hampir...
Kalau akak bersolat sunat terlebih dahulu di Masjid Kubah Batu takut tidak sempat untuk bersolat jemaah di Masjid Aqsa...
Menyangkakan selepas solat subuh boleh meninjau ke sini balik rupanya telah dikunci..
Adik dan ahli rombongan sempat bersolat di sini semasa bersolat subuh pada hari kedua kami di sini..
Akak pulak tidak bersolat subuh di masjid sebab emak akak tidak berupaya untuk ke sana..
Hendak ditinggalkan dia kata takut tapi dia membenarkan akak untuk solat subuh hari terakhir itu..
Rezeki akak tidak dapat masuk ke sini tapi syukur kerana dapat menjaga emak....

Gambar-gambar di bawah ini pula kenangan akak bersolat subuh di Masjid Aqsa...
Dingin subuh terasa syahdu disambut dengan lukisan dinding sepanjang jalan ke Masjid Aqsa...
Mungkin lukisan ini dapat meluahkan apa yang terbuku dihati mereka... 
Abaikan muka bangun tidur akak itu...
Bergambar kenangan di Masjid yang mulia ini...
Masjid yang berdiri kukuh walaupun pelbagai dugaan hebat ditempuhinya...
Di belakang akak adalah sekumpulan rakyat Indonesia yang sama menziarah seperti kami...
Di salah sebuah pintu masuk yang hampir rosak....
Mungkinkah itu bukti kekejaman mereka yang ingin menawan Al-Aqsa!!!
Bergambar di depan pintu masuk ke Masjid Aqsa...
Selamat tinggal Masjid yang akan akak rindui...
Ingatkan inilah kali terakhir kami dapat solat di sini..
Rupanya hari itu kami datang lagi ke sini tapi di bahagian bawah masjid...
Bergambar berlatar belakangkan Dome of the Rock..
Di belakang akak yang berpagar bulat itu adalah tempat mengambil air sembahyang untuk lelaki..
Untuk wanita agak tersorok sedikit tapi masih terbuka...
Kalau tandasnya agak jauh iaitu dari permulaan pintu masuk ke Masjidil Aqsa berhampiran dengan tempat pemeriksaan tentera..
Suka gambar yang diambil oleh adik serombongan kami...
Rasa nak bergambar banyak-banyak tapi tidak cukup masa sebab nak 'check out'...
Selamat tinggal tempat yang indah dan sungguh menyejukkan hati..

Tempat suci ini terletak dalam kawasan yang luas..
Di dalamnya ada banyak masjid...
Selepas melepasi pemeriksaan, kita akan nampak Masjid Kubah emas ini terlebih dahulu...
Berjalan ke depan lagi kita akan jumpa masjid berkubah hijau yang dipanggil Masjid Aqsa/Qibli...
Di bawah masjid Aqsa juga ada tempat solat yang dikatakan masjid lama Aqsa...
Di kawasan itu juga ada Masjid Buraq tempat Nabi Muhammad SAW menambat Buraq...
Seluruh kawasan ini adalah tanah suci bagi orang Islam...

Berada di Masjidil Aqsa pasti mengingatkan kita peristiwa Isra' dan Mikraj... Esok adalah hari Isra' dan Mikraj... Moga kita semua akan menjadi insan yang lebih hebat dari dahulu.. 

Israk dan Mikraj diriwayatkan dalam pelbagai hadis. Sebahagiannya sahih dan ada juga yang lemah. Berdasarkan hadis-hadis sahih, peristiwa ini berlaku sebelum hijrah ke Madinah. 
Malam itu, baginda berada di rumahnya di Mekah. Jibril AS dan dua orang malaikat lainnya membangunkan baginda. Mereka membawa Buraq, iaitu seekor haiwan yang lebih kecil daripada kuda, lebih besar daripada keldai. Satu langkahnya sejauh mata memandang.
Rasulullah SAW menunggangi Buraq menuju Masjidil Aqsa. Setibanya di masjid, baginda mengikatnya di pintu masjid. Seterusnya baginda masuk ke dalam masjid dan melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat. 
Tidak lama kemudian, sebuah mikraj (tangga) di turunkan dari langit. Lalu baginda menaikinya dan terangkat ke langit pertama, kedua dan seterusnya hingga ke langit ketujuh. Di tiap-tiap langit, Rasulullah SAW berjumpa dengan nabi-nabi terdahulu. Antaranya: Adam, Yahya, Isa, Yusuf, Idris, Harun, Musa dan Ibrahim. 
Adapun kisah yang mengatakan bahawa Nabi SAW menginjak batu Sakhrah pada masa itu, maka riwayat ini tidak sahih. Demikian penjelasan Syeikh Zahid al-Kauthari dalam Maqalat al-Kauthari. 
Rasulullah terus terangkat hingga ke tempat yang sangat tinggi. Beliau diperlihatkan banyak sekali keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. 
Antaranya Sidratul Muntaha, sebuah pokok besar yang ditutupi oleh warna-warni yang sangat indah. Daun-daunnya sebesar telinga gajah dan buahnya seperti kendi Hajar. 
Rasulullah turut diperlihatkan Baitul Makmur iaitu kiblat hamba Allah di langit sebagaimana Kaabah yang menjadi kiblat manusia di bumi. Setiap hari 70,000 malaikat masuk ke dalamnya dan tidak keluar lagi. Baginda juga diperlihatkan syurga dan neraka. 
Kemuncak perjalanan itu, baginda mengadap Allah SWT. Para ulama berbeza pandangan adakah baginda melihat Allah pada saat itu atau tidak. Lalu Allah menurunkan kewajipan solat 50 waktu. Baginda menerimanya dengan patuh. 
Apabila turun, baginda kembali berjumpa dengan Nabi Musa AS di langit kelima. Nabi Musa menyarankan agar baginda meminta keringanan bagi umatnya. Beliau khuatir umat Islam tidak akan mampu melaksanakan kewajipan itu. 
Baginda setuju dengan saranan itu, lalu kembali kepada Allah untuk tujuan tersebut. 
Setelah lima kali turun naik, Allah SWT mewajibkan solat hanya lima waktu sahaja. 
Rasulullah SAW turun kembali ke Masjidil Aqsa, lalu menaiki Buraq ke Mekah. Beliau selamat tiba di rumah awal pagi sebelum matahari terbit.
Boleh baca kisah seterusnya di sini :-  UTUSAN MALAYSIA @ Perjalanan Israk dan Mikraj

Salam Isra' dan Mikraj.... 

Comments

  1. Selamat menyambut Israk Mikraj zilla..
    Semakin teruja hati saya nak kesana Zilla..
    InshaAllah semoga impian saya ini dimakbulkan Allah.. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Membuak2 rasa nak kesana suatu hari nti...
    Salam Jumaat kak..

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...Entry akak mengingatkan balik tntang israk dan mikraj..

    ReplyDelete
  4. Seronok bc kisah2 nabi ni kak
    Subhanallah Allahuakbar
    sambil bc smbil berimaginasi ha hehe

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar...Subhanallah...
    rasa sebaknya lah tengok gambar2 ni...
    bila lah saya dapat ke sana jugak...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts