Lagi cerita lawatan hari ketiga~ Palestin

Terima kasih kerana sudi membaca catatan akak di Palestin...
Sambung lagi cerita lawatan hari yang ketiga di bumi Palestin ini...
Entri sebelum ini dua tempat lawatan akak dah muatkan ceritanya...
Lawatan pertama ke Mount Zion .. boleh klik di sini :- Makam Nabi Daud
Selepas itu kami pergi ke Hebron yang berada di kawasan Palestin...
Setiap kali masuk kawasan jajahan Palestin maka akan adalah papan tanda amaran ini..
Kalau tidak silap papan tanda ini diletakkan oleh Kerajaan Israel....
Kita akan jumpa papan tanda amaran sebegini...
Bermakna kami sudah masuk kawasan Palestin...

Sampai di Hebron kami singgah ke kedai cenderamata...
Akak tidak turunpun dari bas kerana tidak terasa ingin membeli..
Lagipun emak akak tidak sanggup turun naik bas...
Rombongan dari Indonesia telah sampai terlebih dahulu di kedai tersebut..
Apabila mereka keluar ramailah anak-anak muda Palestin yang menjual cenderahati...
Macam memaksapun ada akak tengok dari jauh...
Bila bas rombongan dari Indonesia itu pergi mereka naik pula bas kami..
Alamak serba salah pulak yang ada dalam bas hanya akak dan emak....
Masatu duit yang ada dengan akak hanya dalam matawang US Dollar...
Kalau duit kecil bolehler sedekah tidak perlu membeli...
Maalumler yang datang bukan seorang ramai pulaktu...

Selepas singgah di kedai cenderamata kami ke Masjid Ibrahim...
Boleh baca kisah akak di sana :- Masjid Nabi Ibrahim

Selesai sudah Masjid Ibrahim yang penuh dengan cerita suka duka kami bergerak ke satu kawasan bernama "Hul-Hul"...
Di sinilah tempat Nabi Yunus a.s. dimana terletaknya Makam Nabi Yunus...
Kami sempat bersolat Jamak Zohor dan Asar di Masjid Nabi Yunus....
Anak-anak muda yang berada di kedai cenderamata itu juga datang ke sini...
Agak jauh juga kedai cenderamata itu dengan Masjid Nabi Yunus ini...
Betapa kerasnya mereka mencari rezekikan...
Makam Nabi Yunus ...
Gambar kurang elok maalumler tak bawak kamera .... 
Yunus, atau Jonah, nabi dan rasul yang terkenal dengan kisah terperangkap di dalam perut ikan paus. Nabi Yunus a.s diperintahkan oleh Allah swt untuk menyelamatkan kaumnya yang sesat. Walau bagaimanapun, Nabi Yunus beredar dari kota tanpa izin Allah swt kerana terlalu marah lalu menaiki sebuah kapal dan berlayar di laut. Dari kejadian itu, berlaku ribut di lautan. Nabi Yunus akhirnya terjun ke dalam laut selepas diundi oleh orang kapal dan ditelan oleh ikan *ngap! Nabi Yunus a.s, yang tidak pernah lupa pada Allah swt ketika waktu senang, akhirnya telah diselamatkan oleh Allah swt selepas memohon keampunan. 
SUMBER :::  Perkongsian nabi
Amalkan doa ini selalu... 
Sumber terlupa akak ambil dari mana...
Terasa sayu dan sedih akak berada di makam Nabi yang telah membekalkan doa yang berguna ini...
Pemandangan biasa yang terlihat di sana...

Sembahyang sudah akhirnya perutpun lapar...
Kami singgah Restoran yang ada di Hebron..
Kedai makan di bawah dan diatasnya kedai cenderamata...
Nampak cantikkan!!!
Makananpun sedap amat...
Mungkin perut lapar dan cuacapun sejuk...
Bagusnya makan di sini ialah airnya hanya air kosong atau teh '0' dibubuh daun pudina...
Sayur-sayuran tak usah cakaplah memang sentiasa banyak..
Memang sihat sangatlah akak di sana, makan terjaga dan guna tenaga untuk berjalan...
Nasi Maqluba hidangan popular di  Palestin...
Nasi ini di masukkan dalam besen lepastu diterbalikkan di atas plastik...
Maqluba bermaksud periuk terbalik..
Nampak macam biasajer nasitu kan tapi rasa dia memang terbaik...
Yang paling sedap ialah daging kambing tu yang lembut ehm tak tahu nak 'describe'...

Maka berakhirlah perjalanan kami di Hebron untuk hari ini setelah selesai makan tengahari kami...
Sebelum keluar dari Hebron ada pemeriksaan keselamatan seperti yang dapat di lihat...
Risau sangat deme yer macam takut dengan bayang-bayang sendiri..

Lawatan diteruskan singgah ke Kilang berlian yang terkenal di Palestin...
Akak tidak turun lagi sebab emak akak sudah tidak larat... 
Kata adik ipar akak kalau masukpun buat meleleh air liurjer..
Memang tidak mampu dan yang penting kilang Israelkan...
McDonald bersungguh nak boikot pergi beli berlian Israel pulak isyh nehi!! nehi!!
Israel mengimport berlian mentah dari pelbagai negara dengan harga yang murah..
Selepas siap akan dieksport kembali dengan harga yang mahal...
Kenapa singgah sini?? akakpun tidak tahu motifnya...
Tapi firasat akak mungkin antara syarat membawa pelancong..
Macam pergi ke Hatyai mesti nak singgah Nora Plaza kan... kan....  
Ada satu cerita  di :- Hanya berlian boleh potong berlian yang elok untuk dibaca...

Sebelum balik ke hotel singgah dulu di Bukit Mukabbir....
Sebelum turun dari bas bertakbir dulu....
Kenapa bertakbir??? baca kisahnya di bawah...
Apabila sampai di sebuah bukit berhampiran dengan Jerusalem, dari kejauhan Saidina Umar r.a. telah melihat al-Aqsa. Beliau dan seluruh tentera Islam yang datang dari Madinah bertakbir berkali-kali membesarkan Allah kerana kota tempat di mana Nabi diisrakkan kini di dalam amanah Islam. Bukit tempat pertama kali Saidina Umar r.a. melihat al-Aqsa dinamakan  Bukit Mukabbir (bukit membesarkan Allah).

Baca di sini :- Bukit Mukabbir
Saidina Umar pernah bertakbir di atas Bukit ini....
Sekarangni hendak bertakbir sebaranganpun takut itu yang dalam bas sahaja...
Rakyat Palestin ada yang ditahan hanya kerana bertakbir...
Kami 3 berada di sini (akak, adik lelaki, adik ipar)
Pemandu pelancong kata ada kumpulan yang dibawanya tidak dibenarkan singgah di sini...
Jadi kesempatan yang berharga ini harus di raikan...

Di bawah pemandangan BaitulMaqdis dari Bukit Mukabbir...


Aktiviti malam yang kami tidak mengikutinya... 
Mereka melawat Tel Aviv yang tidak termasuk dalam jadual...
Pemandu pelancong kata kalau ramai dia akan bawa...
Gambar di bawah adalah salah satu gambar dari rakan-rakan yang pergi... 
Akak google nama bangunan adalah Azrieli Tower...
Ada tiga bangunan, yang dua dibelakangtu dan yang bulat di depannya...
Tel Aviv tentulah bandar dikuasai oleh Yahudi sebab itu lebih moden reka bentuknya....

Seperti entri sebelum ini akak mohon maaf sekiranya ada tersalah fakta...
Ini hanya catatan seorang pelawat untuk kenangan....

Untuk NANI : Akak ikut pakej dengan Andalusia Tour Agency jer... guna online ... senangjer...
Untuk ANIES : Boleh jer beli kalau ada $$$$ ....
KAK ZAKIE :: Sebenarnya pelancong tidak di bawa ke tempat yang bergolak... Kita tidak ke Gaza ... namun dari jauh kita boleh lihat penempatan Palestin amat berbeza dengan Yahudi... Penempatan Palestin dipagar .. Kata pemandu pelancong kami di sinilah penjara terbuka terbesar di dunia... Tapi kami berjumpa dengan krew tv yang sedang membuat pengambaran di sana untuk Ramadhan... Kami juga ada bertanya keadaan ini maalumler yang kami lihat bukanlah teruk sangat berbanding yang kita lihat di kaca televisyen... Mereka pergi ke tempat rakyat Palestin yang menderita, dan katanya kalau ingin bersedekah berikan kepada mereka untuk dipanjangkan kepada yang lebih memerlukan...

Comments

  1. ALHAMDULLILAH DAPAT JEJAK KAKI KE SINI

    ReplyDelete
  2. akak, saya seronok baca catatan akak ke sini. terima kasih atas perkongsian ini kak

    ReplyDelete
  3. terima kasih cho zila atas catatan Umrah Ziarah Jordan + BaitulMaqdis 2015 ni..jika tidak keberatan boleh ker cho zila beri nama dan alamat agensi yg menguruskan ziarah dan umrah ni, ayah dan emak saya sgt berkeinginan utk ke sana..

    ReplyDelete
  4. wahh..menariknya kak.. tapi kalau saya mesti berdebar2 sepanjang perjalanan lawatan ke palestin, israel ni..

    ReplyDelete
  5. x bleh blah bila bc signboard to... msk palestin mengancam nyawa?? hahaha nmpk sgt tkt dgn byg2 sendiri..

    p/s boleh x kalau kita nk beli berlian kt kilang tu?

    ReplyDelete
  6. akak..bestnyeeee lahai baca akak bercerita time akak kat palestine..nak lagi please..

    ReplyDelete
  7. Kakak membayangkan selalu keadaan huru-hara di sana. Tapi bila melihat paparan di sini bagaikan ianya aman damai.
    Moga bumi Palestine terus dlm lindungan Allah..

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah seronok tgk org yg berpeluang ke sana. :)

    ReplyDelete
  9. Baru ja nak tanya keadaan Gaza.. Tapi akak dah jawab.. Allah.. teringin nak pergi..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, sampai jugak akak sekeluarga kat palestin..hihi

    ReplyDelete
  11. bertuah dpt melawat makam nabi yunus..doa yg seeing kita baca n analkan waktu mengandung n bersalin..

    seronok makan sedap n berkhasiat..air losing daun pudina tu..memang rasa dia best kan..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, dapat kesempatan berziarah ke sini
    saya teringin sangat2 insha Allah..
    nasi maqlubah tu menarik juga :)

    ReplyDelete
  13. Alhamdullilah gigih saya baca dan terus melayari criter ni,,,lama dah x singah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts