Nuffnang saya

Followers

Friday, May 29, 2015

Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun a.s.

Entri kali ini berkenaan Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun a.s.
Siapakah Yusha' bin Nun?.. Dia dikatakan anak murid Nabi Musa
Yuwsya‘ bin Nūn (Arab:يوشع) adalah salah seorang nabi yang memimpin Bani Israel memasuki kota Yareho. Yusha‘ bin Nūn membawa ajaran Musa pada pertama kali tiba di “Tanah Yang di Janjikan”. Ia mengatur penempatan kedua belas suku Israel setibanya di Kanaan. Yusha dikenal sebagai Joshua didalam Taurat. Namanya tidak disebutkan secara langsung tetapi Al-Qur’an mereferensikannya bersama dengan kisah Musa didalam surah Al-maidah, Al Kahfi dan Waqi’ah.
Masjid dan Makam Nabi Yusha' bin Nun di barat laut Bandar Salt...
Terletak di atas bukit dikenali sebagai Bukit Yusha' setinggi 1130 meter dari paras laut...
Dimaklumkan tapak ini pernah menjadi rumah kepada Nabi Yusha'
Di hadapan masjid lama...
Akak tidak ingat kenapa ahli rombongan naik ke atas sana...
Tidak silap ada telaga.. entahler tak beria-ia menanyanyer...
Akhirnya sampai juga kami ke sini setelah melalui jalan berliku-liku...
Masjid yang baru di sebelah kanan dan yang lama di sebelah kanan...
Di Jordan kebanyakan masjidnya mempunya bentuk yang lebih kurang sama...
Di Jordan lebih teratur lagi kalau ada lawatan ke makam..
Ada penjaga untuk bercerita tidak seperti di Palestin hanya mendengar dari pemandu pelancong...
Doa juga dibacakan setiap kali kita melawat makam..
Emak akak yang nampak lebih segar semasa di Jordan...
Cantik pemandangan di sini dengan langit yang biru..
Pemandangan indah yang boleh dinikmati diperkarangan masjid...
Daripada sini kita boleh melihat Palestin...

Beredar dari sini kami menuju ke Masjid Nabi Shuib ...
Di sini akak memang tidak langsung mengambil gambar.. .
Jadi tidak dapatlah akak buat entri khas tentang Masjid dan makam Nabi Shuib...
Makamnya terletak agak jauh dengan jalan yang akak berliku-liku..
Juga terletak di atas bukit yang agak tinggi...
Masa rombongan kami hendak beredar melihat sekumpulan anak-anak balik dari sekolah..
Akak rasa sekolahnya agak jauh dari Masjid Nabi Shuib ...
Kerana tidak ada bandar ataupun kampung besar yang mengelilingi bukit di situ...
Alangkah bertuahnya anak Malaysia yang ada kemudahan pembelajaran yang baik...



5 comments:

  1. alhamdulilah dapat jejak kaki ke sini

    ReplyDelete
  2. Sayu je tgk pemandangan tu
    masjid2 diorg mostly dlm bentuk kiub2 je kak eh cantek

    ReplyDelete
  3. Apa yg kakak selalu perhatikan Zila walaupun sudah berusia biasanya mereka yg pergi ziarah ke tanah suci akan kelihatan lebih sihat dari waktu dia berada di M'sia. Anugerah Allah sebenarnya buat mak Zila juga.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah ,,seronoknya tengok semua ini

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang