Nuffnang saya

Followers

Thursday, May 7, 2015

Hebron Masjid Nabi Ibrahim

Sebelum akak terlupa cerita di sana jom kita sambung cepat-cepat...
Kisah lawatan hari ketiga kami di Palestin....
Selesai lawatan di Makam Nabi Daud kami di bawa ke Hebron...
Hebron dipanggil Al-Khalil yang mana terdapat Masjid Ibrahim..
Masjid Ibrahim didalamnya terdapat makam Nabi Ibrahim a.s. bersama keluarganya...
Al-Khalilullah adalah gelaran untuk Nabi Ibrahim yang bererti kekasih Allah S.W.T.
"Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Nabi Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (QS. An-Nisa: 125)
Sebelum sampai ke Masjid Ibrahim kami singgah ke kedai cenderamata terlebih dahulu...
Akak tidak turunpun oleh itu tiada gambar untuk itu...
Selesai membeli cenderamata di sana kami terus dibawa ke Masjid Ibrahim....
Kampung bersejarah yang usianya lebih dari 6000 tahun..
Suasana sunyi menyambut kedatangan kami ke sini...
Rumah ditinggalkan kosong tidak berpenghuni...
Kedai juga tiada lagi aktiviti jual dan beli..
Semuanya angkara pihak yang sentiasa menindas mereka...
Sekian lama perkara ini berlaku tanpa pembelaan...

Ramai nabi yang tinggal di kampung ini suatu masa dahulu...
Namun kini tempat ini sunyi sepi....
Hati terasa hiba, syahdu dan terharu....
Melihat dari jauh Masjid Ibrahim yang kini dijaga oleh orang Yahudi...
Kelihatan tentera Israel yang sedang menunggu disimpang masuk..
Masani terasa cuak juga hati ini manakan tahu tidak dibenarkan masuk....
Pihak tentera hanya membenarkan bas kami diletakkan dihujung simpang...
Maka terpaksalah berjalan sedikit untuk sampai ke kawasan masjid..
Ini layanan sesuka hati mereka untuk pelancong...
Bayangkanlah apa yang telah dilakukan mereka kepada penduduk Palestin...
Emak akak di tolak oleh Ustaz Firdaus...
Sebelum masuk ke Masjid Ibrahim ada lagi pondok pengawal...
Diperiksa macam mula masuk sempadan semalam...
Namun semua ahli rombongan dilepaskan dengan mudah...
Sebelum masuk ke Masjid terlebih dahulu berjumpa dengan Makam Saiditina Siti Sarah...
Sebenarnya makam isteri Nabi Ibrahim ini bersebelahan dengan Makam Nabi Ibrahim...
Keliru pada mulanya masa melihat orang menoggeng sebegini...
Rupanya terdapat sebuah tiang yang mempunyai lubang-lubang kecil tembus ke bawah masjid...
Terdapat lampu yang digunakan untuk melihat keadaan di bawah sana...
Masjid dibina di atas gua iaitu tempat asal rumah Nabi Ibrahim a.s.
Nabi Ibrahim, Nabi Ishak dan Nabi Yaacub bersama isterinya dimakamkan di bawah ini...
Keenam mereka ini dimakamkan disebuah gua bernama Machpelah...
Gua ini dikenali oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai "Cave of Patriarch"...
Gua ini terletak 15 meter di bawah tapak masjid tetapi kini telah ditutup....
Itulah sebabnya ramai yang akan bersujud di sini untuk melihat ke bawah sana...
Sempat untuk bersembahyang Sunat Tahiyatul Masjid sebagai menghormati masjid ini diruang ini...
Adik ipar dan emak akak bergambar di sini...
Encik Qassim menerangkan kepada kami tentang keistimewaan masjid ini..
Sayang sekali untuk umat Islam kita hanya dibenarkan untuk melawat 4 makam sahaja...
Makam Nabi Yaakub a.s. dan isterinya Laiya orang Islam tidak dibenarkan untuk melawat...
Orang Yahudi dan Kristian boleh melawat Makam Nabi yang lain-lain...
Pada tahun 1994, seorang Yahudi bernama Barukh Goldistine memasuki masjid ini. Ketika itu, ahli kariah sedang menunaikan solat subuh. Dia menembak jemaah yang sedang solat. 29 jemaah mati dan 300 lain cedera.

Seperti biasa, Barukh Goldistine ditangkap, dibicarakan dan dilepaskan dengan alasan pada ketika itu dia kurang waras.

Kesan dari peristiwa ini, pihak Yahudi memagar makam Nabi Yaakub dan isterinya dan memperuntukkan bahawa tempat ini adalah untuk orang yahudi sahaja. Makam ini hanya dibuka untuk orang Islam sepuluh hari sahaja dalam setahun iaitu pada awal Muharam, hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, tiga hari Tasyrik dan 4 kali jumaat pada bulan Ramadhan. 
Bacalah lagi kisah ini  di blog USTAZAMIN.COM

Makam Nabi Ishak a.s berdekatan dengan mimbar masjid...
Mimbar ini dibawa oleh Salahuddin Al Ayubbi dari Syria setelah mengalahkan tentera salib...
Sebenarnya di dalam ruang masjdi ini juga ada makam isteri Nabi Ishak iaitu Rifqah(Rebecca)
Makam Nabi Ibrahim a.s. di dalam Masjid Ibrahim...
Syukur dapat sampai ke sini kerana banyak pengajaran yang akak dapat...
Akak cuba membaca kisah nabi terdahulu yang akak ingat-ingat lupa...
Terasa ingin tahu lebih mendalam lagi...


3 yang di atas ini sumber dari :- 25 Nabi dan Rasul dalam Islam
Subhanallah alangkah hebatnya bumi Palestin ini...
Terasa dirini ini bertuah diberi izin oleh Allah untuk menjejakkan kaki ke sini...
Memerhatikan dari tepi pagar ini Masjid Ibrahim ...
Hati terasa sayu lagi mengenangkan tempat yang hebat ini juga bukan milik kita...
Lihatlah dimana-manapun orang bukan Islam ramai yang melawat sini...
Mereka berada di mana-mana tempat yang kita melawat sama....
Di hujung sana kelihatan penempatan orang Yahudi yang serba mewah..
Emak sedang melihat gelagat anak Palestin menjual cenderamata...
Terasa ralat pula tidak membawa makanan yang  banyak ketika datang ke sini...
Adik akak sempat juga bersedekah coklat yang memang dibawa khas untuk anak Palestin...
Rasa sayu hiba meninggalkan Masjid Al Khalil ini..
Melihat bangunan yang ada  di sini membuatkan hati bertambah sayu...
Sukar untuk menulis kata-kata yang sesuai untuk mengambarkan perasaan akak...
Gembira kerana akhirnya akak dapat menjejakkan kaki ke sini..
Namun dalam masa yang sama terasa hiba...
Apalah upaya akak untuk membantu saudara semuslim kita di sana....
Hanya doa yang mampu akak kirimkan moga Allah memelihara bumi Palestin...

Sumber : - DOA NABI IBRAHIM

Akhir kata maafkan akak kalau tersilap fakta..
Maalumler datang ke sana kosong jadi masa pemandu pelancong bercerita tidak dapat di serap semuanya sekali...
Dengan lupa membuat catatan jadi kalau ada tersalah silap ampun dan maaf...
Ini hanya catatan seorang pelawat yang pertama kali sampai ke sana..

13 comments:

  1. sama2 kita doakan moga bumi Palestin akan sentiasa dipelihara Allah... sayu bila mengenangkan penderitaan rakyat disana... sunyi juga kampung yg berusia 6000 thun tu ye kak....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. done follow entry akak tentang Palestin.. saya memsang azam akan kesana juga suatu hari nanti.. hebat bumi Allah Palestin.. Kalau xsilap, Nabi Isa akan turun disana nanti..

    ReplyDelete
  3. Ya allah akak..bertuah nyer akak dpt jejakkan kaki ke Palestin..ya allah sebak nyer saya baca kak..doakan saya dpt jejakkan kaki ke sana juga kak..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...sonok dpt baca byk kisah di bumi Palestin...nice info akak...klau nk ke sana xtau la bila nk smpaikn

    ReplyDelete
  5. subhanallah..bile la falsya dpt ke sini kak..beruntung akak..

    ReplyDelete
  6. taktau kak cho ke sana...saya ni kdg sempat nak blogwalking kadang tak,....bertuah nya akak dpt tengok dengan mata sendiri..

    ReplyDelete
  7. seronoknye dapat ke sana..
    teringin nak g.. mudah2an ada rezeki..inshaaAllah..
    seronok baca coretan akak..

    alhamdulillah, aimy da sihat.. :)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah kak...doakan wa dapt ke sana ye kak....best sangat 2baca cerita akak...nanti sambung ye

    ReplyDelete
  9. el suka nau nau bc sejarah nabi ni
    seronok tgk akk jln2 tgk sejarah2 n makam2 nabi

    ReplyDelete
  10. seronok nya, bila lah akak dpt melawat mcam ni kan semoga ALLAH bagi rezeki nanti suatu hari

    ReplyDelete
  11. Bertuah Cho sampei sini juga yer sekeluarga lagi tu... Untung ada emak lagi....

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang