Lawatan hari keempat Palestin

Sambung laju-laju supaya nampak kesinambungan cerita kami di Palestin..
Terima kasih kepada semua yang sudi membacanya... 
Hari itu 30 Mac 2015 adalah hari terakhir kami di bumi bertuah ini ....
Selepas bersarapan kami mengunjungi 'Old City of Jerusalem'...
Seperti biasa untuk masuk ke dalam ada pihak tentera yang menunggu... 
Setelah itu kami pergi ke Bukit Zaitun untuk melihat pemandangan Baitul Maqdis dari jauh...
Kami juga singgah ke Makam Rabiatul Adawiyah dan juga Makam Salman Al-Farisi...


Selepas itu kami berpeluang juga singgah ke Masjid Nabi Musa dan juga makamnya...
Sebelum balik ke sempadan kami singgah ke Jericho untuk membeli barang-barang.... 
Makan tengahari hanya di Laut Mati selepas keluar dari sempadan... 
Memang kenangan terindah dalam hidup akak... 
Bergambar dengan anak gadis Palestin yang dalam perjalanan untuk ke kolej...
Comel-comelkan ... pagi sebegini memang ramai anak gadis yang lalu lalang...
Pelbagai bangsa, negara, agama yang datang berkunjung ke sini...
Di depan kami ada sekumpulan anak muda yang memukul gendang...
Ketika ditanya rupanya ada majlis meraikan anak lelaki yang memasuki umur 13 tahun...
Memerhatikan dari jauh Masjidil Aqsa dari luar...
Berjalan dari luar ke dalam...
Belakang kami rombongan dari Brazil...
Ramai yang pergi ke sebelah tembok ratapan...
Jadi kami bergambar di depan ini terlebih dahulu..
Di belakang kami ada yang bermain muzik...
Suasana memang bingit dan havoc, umpama pesta bagi mereka....
Bergambar dengan rombongan perempuan yang hebat belaka...
Kagum dengan mereka yang sentiasa  bersemangat...
Tempat yang pertama yang kami nampak ialah Tembok Ratapan (Wailing Wall)
Tembok ini adalah bersebelahan dengan Kompleks Masjidil Aqsa...
Terbuka untuk tatapan umum, tetapi orang Islam hanya dibenarkan hanya sampai kawasan tertentu...
Nampak tak sebelah kanan ada satu jambatan menuju ke perkarangan Masjid Al Aqsa... 
Tapi kita orang Muslim tidak boleh melalui jambatan tersebut..  
Di sebalik Wailing Wall adalah Masjid Buraq..
Memikirnya sahaja terasa sedihkan tapi inilah yang terjadi... 
Wailing Wall (tembok ratapan) dikenali juga dengan nama Western Wall (Tembok barat) panjangnya sekitar  60 meter sahaja. Bagi kepercayaan orang Yahudi, tembok ini adalah sisa-sisa masjid Sulaiman yang dihancurkan oleh Titos dari Rom pada tahun 70 masihi. Di sini mereka membuat amalan 1.berdiam "Shekhinah" 2. Membaca kitab taurat 3. Berdoa.Bagi umat Islam, tembok ini disebut sebagai “Khait al-Buraq” atau dinding Buraq kerana disebalik tembok ini, Nabi SAW menambat Buraqnya. Di sebalik dinding ini terdapat masjid Buraq.Gambar di atas ini dan juga info dari  blog : - USTAZAMIN ... Manakala rombongan kami tidak masuk sampai ke sini hanya melihat dari atas sahaja...
Masjid Al Buraq...Tempat Nabi Muhammad s.a.w. menambat buraq...
Apa itu buraq..??
Menurut hadis dari Anas bin Malik r.a
Rasulullah s.a.w bersabda : Aku telah didatangi buraq iaitu seekor binatang yg bewarna putih,lebih besar dari kaldai tetapi lebih kecil dari baghal. ia merendahkan tubuhnya sehingga lah perut buraq itu mencecah bumi.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Aku menunggangnya sehingga sampai ke Baitulmaqdis. Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang dilakukan oleh para Nabi Di ambil dari :- RUNIZAN BLOG
Di Masjid Al Buraq ini kami tidak singgah...
Ramai sungguh orang bukan Islam pada hari tersebut...
Masa kami lalu di sini banyak mata memandang...
Gamaknyer "apalah dibuat orang Islam di sini"
Itu yang akak tidak dengarpun apa yang dicerita oleh pemandu pelancong...
Masjid Al-Buraq adalah masjid kecil bawah tanah (seperti juga Al-Aqsa lama iaitu Al-Marwani). Pintunya juga kecil, dan ruang tangga untuk turun hanya muat untuk satu jemaah pada satu masa. Agak curam dan tinggi, saya merasakan agak sukar untuk orang-orang tua turun ke bawah dan merasai kesyahduan Al-Buraq dengan hamparan merahnya.
Dikatakan Buraq yang ditunggang Nabi Muhammad S.A.W. ditambat di sini, menunggu Nabi S.A.W. pulang dari mikrajnya untuk membawa Nabi S.A.W. kembali ke Makkah. Terdapat pecahan batu-batu marmar yang dipercayai tempat pelana Buraq. 
SUMBER : NANAISSEVEN
Di dataran sebelah sana pula terdapat rakyat Palestin yang berhimpun secara aman membantah penahanan rakyat Palestin sehari sebelum itu...
Akak sebenarnya kurang paham dari manalah rakyat Palestin ini masuk...
Pintu masuk dikawal ketat oleh Pihak tentera...
Namun semangat dan mental yang kuat membuatkan mereka berani...
Terus terang akakni hendak mengambil gambarpun takut-takut...

Seterusnya kami ke Masjid Aqsa cuma kali ini tempatnya dibawah Masjid yang selalu digunakan untuk bersembahyang..
Untuk masuk ke bawah masjid tersebut ada tentera yang menjaga untuk memastikan orang bukan Islam tidak masuk ke situ....
Masjid ini dikatakan adalah masjid asal Aqsa...
Dikatakan masjid ini dibina oleh makhluk jin yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman... 
Di sini juga ada mihrab untuk Maryam (ibu Nabi Isa a.s.) beribadah...
Juga di sinilah tempat Nabi Zakaria memohon doa dikurniakan cahaya mata...
Bersolat sunah di bawah masjid Al-Aqsa
Di sini ada sebuah perpustakan... 
Sekali lagi terpaksalah melihat dari lubang...
Pihak Zionis Israel telah menggali kononnya untuk tujuan arkeologi...
Namun dipercayai tujuan utama mereka ialah ingin membangunkan kembali Kuil Sulaiman ....
Arkeologi dan ahli kaji sejarah tahu bahawa runtuhan "Kuil Sulaiman" terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa.
Adalah menakutkan kerana sekiranya berterusan pasti akan robohlah Masjid di atasnya...
Hilang lenyap Masjidil Aqsa yang sangat panjang sejarahnya... 
Untuk :- DIANARASHID dari lubang itu kita nampak yang di bawah masjid itu telah digali...
Israel memang ingin merobohkan Masjidil Aqsa untuk mendirikan "Kuil Sulaiman"....
Masa melihat haritu hanyalah ada kegelapan tapi tahulah yang dibawahtu telah diterokai....
Sebelum keluar dari kawasan Masjidil Aqsa bergambar di 'Qubbatul As-Shakrah'...
Cerira pasal Masjid yang berkubah kuning emas ini akan menyusul di entri terakhir...

Seperti entri terdahulu akak mohon maaf kiranya ada kesilapan fakta...
Akak hanya bercerita sebagai seorang pelawat...
Masa menulisni berkali-kali akak melihat preview...
Maalumler ini semua sejarah Islam yang maha agung... 
Tersilap bicara akan mengundang padah... 

Untuk :- LIEYALATIF ... adik ipar akakpun berangan nak menantukan orang timur tengah... 

Comments

  1. seronoknye kak...salah satu tempat percutian yg menarik pada lieya..... lieya kebetulan baru study ngan anak2 pasal buraq semua nie...so rase mcm terbayang2 jek cerita rasulullah ke langit sambil tgk pic akak nie....seronok gak kalo bawak anak2 ke sini...mereka boleh belajar tentang sejarah islam..selama ni dok bace dlm buku ajek...

    lawa2 org palestine kan kak..... manis2 jek...dpt jadi menantu ke syok gak ni heheheheh

    ReplyDelete
  2. Seronok dan syukur klu dapat jejak kaki ke sini kan kak.. harap nya dpt kesana suatu hari nti...

    ReplyDelete
  3. selalu tgk kt tv wailing wall tp x penah nk ambik tau...nice info kak...tq

    ReplyDelete
  4. Naluri saya kuat mengatakan, Masjid Aqsa tak kan hilang dibumi..Semoga ALLah memelihara Masjid Aqsa..

    ReplyDelete
  5. Best nya pengembaraan sirah ni ...
    Saya dah lama teringin nak ke Palestin..
    Saya nak baca entry2 sebelum ni pasal Palestin....

    ReplyDelete
  6. wahhhh kagum ..... sy hanya serba sedikit sejarah masjid al aqsa ni ...bila entry ni sy kagum

    ReplyDelete
  7. seronok baca kak, sbb bukan mudah nk ke sana...
    beruntungnya akak dpt jejak ke masjid Aqsa
    dahla nk ke sana dh ssh kan kak... sana sini ada askar zionis yg jahat tuh kn

    moga Allah pelihara Masjid Aqsa tuh ye kak... moga binasalah askar2 zionis ngn pemimpin nya dr situ

    ReplyDelete
  8. el ni x tau sgt pasal palestin
    byk sejarah2 nabi islam ada kat sana eh
    wailing wall tu nak tau sgt lah kisahnya
    mula2 bc buraq tu x tau ape..tp nasib akk cite seekor binatang tunggangan nabi muhammad

    ReplyDelete
  9. Semoga terpelihara masjid al aqsa sehingga bila2,,nice info

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts