BBQ LAMB IPOH ~ Roasted & Grill

Akak belum pernah sampai ke sini tapi gambar dari kiriman whatsapp grup kawan sekolah... Alamak mula ternampak gambar ini terus kata kalau balik Ipoh kena pergi ke kedai ini.. Nampak best sebab kami sekeluarga terutama Atikah dan Azalia sekarangni pengemar kambing panggang. Tempatnya pun nampak macam menarikjer sebab ala-ala kampung sikit . 

Jadi nak cerita panjang tak mampu sebab belum sampai cuma tengoklah kiriman gambar dari kawan akak ... Nama kedai BBQ Lamb Roasted & Grill terletak di Ampang Baru, Ipoh. 
Kaunter memasak konsep terbuka gini...
Yang penting halal....  bukan sahaja ada daging lembu atau kambing malahan ada itik panggang...
Sungguh asli sekali... air minuman yang ada serai bagai... patut mencuba di sini...
Harga Makanan yang agak berpatutan juga...
Gambar yang ni bukan dari kawan akak tapi ambil dari Mr Google... Boleh juga baca kisah kedai ini di SINI.COM

Akak tak mampu nak bercerita lebih jadi biarlah gambar memberi tahu segalanya...

Kalau ada di Ipoh bolehlah datang ke Restoran yang unik ini... Terima kasih untuk kawan yang sudi berkongsi info JJCM ini.. 

ALAMAT;
BBQ Lamb Ipoh ~ Roasted & Grill
Jalan Ampang Baru 6
Ampang Baru
31400 Ipoh


Comments

  1. Nanti bila Cho dah pergi dan cuba makan di sini, bolehlah kongsikan di blog. Nak tahu juga betul sedap ke tidak.

    ReplyDelete
  2. Midnight Money Machine

    Binary options are fixed return options because they come with only 2 possible outcomes. It is a contract which gives the buyer a right to buy an underlying asset at a pre-decided fixed price within a specified time limit.

    http://autobinarysignalssoftwarereviews.com/midnight-money-machine-review/

    ReplyDelete
  3. amboiiiii sedap nyer la haiiii!

    ReplyDelete
  4. BBQ LAMB CAFE SKRG TELAH BERPINDAH KE PEOPLE'S PARK.OLD TOWN.IPOH.WELCOME AND JUST WAZE PEOPLE'S PARK U WILL BE THERE.TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk maklumat yang amat berguna ini.. semoga biz bertambah maju...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts