Water Park di LWOT

Inilah yang ditunggu oleh anak-anak kami semua berendam di water park. Perkara pertama dibuat ialah cari tempat nak letakkan barang. Tapi oleh kerana haritu banyak syarikat yang buat "family day" maka tempat berteduh yang ada memang tak cukup. Jadinya kami menyelit sahaja di tempat yang disediakan untuk syarikat tersebut.

Lepastu kami sewa tempat simpan barang berharga yang terpaksa dibeli token RM10 memang tak boleh refund punya. Akak terus simpan kamera maka gambar yang ada selepas ini memang dari kamera Rozi. Lepastu sewa tube yang terpaksa dibayar RM22 tapi RM10 dipulangkan balik oklertukan..

Ambil dari hmetro.com.my pasal LWOT Water Park :-
Melangkah masuk ke LWOT, anda pasti tidak sabar untuk membasahkan badan di Water Park dek jeritan keseronokan serta keterujaan pengunjung. Elemen taman air menampilkan Jungle Wave Bay iaitu kolam ombak tiruan terbesar di Malaysia dan mempunyai pukulan ombak yang berbeza-beza. Taman airnya juga menjanjikan keseronokan maksimum seperti Adventure River, sungai buatan terpanjang di Asia iaitu 600 meter. Jika mahukan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh bermain gelongsor pelampung. Untuk kanak-kanak berusia lapan tahun ke bawah, Kids Explorabay adalah tempat yang paling sesuai. Bermain air pancut di kolam yang cetek pasti menyeronokkan mereka. Anda juga boleh bermain pasir dan membina istana pasir persis berada di tepi pantai bersama anak-anak di Sandy Bay
Jom kita tengok gambar kenangan kami :-
ADVENTURE RIVER
The Adventure River is a 600m canal that visitors can float along on tubes, pushed by mild waves, with views of gardens, statues and pillars.
Inilah tempat pertama yang kami jelajah, memang best sesangat walaupun agak penat jugak...
TUBE RAIDERS
Tube Raiders is a high-octane slide that winds around a twisy channel - before ending with a big splash at the bottom pool.
Di sini kena beratur panjang juga tapi sekejapjerler, Atikah main bendani dengan Afiq ibu dia tolong jaga tubekan... Kita yang menunggu orangni tengok macam-macam ragam manusia ada yang menjerit, ada yang selamba dan ada yang takder perasaan(anak akakler).
CLIFF RACER
Cliff Racer is a water slide on tubes that moves at high speed on a steep downhill course.
Yang inipun sama Atikah sahaja yang naik dengan Afiq, macam bestjer...
JUNGLE WAVE POOL
The Jungle Wave Pool generates ripples across a large stretch of water for light surfing and bumpy swimming activities.
Di sini masa ada ombaktu bestler tapi kalau air tenang memang tak seronok sangat...
KIDS EXPLORABAY
Kalau di sini yang seronoknya ialah kita tak takut sangat nak lepaskan anak-anak rasa macam selamat sikit...
LOST WORLD HOT SPRINGS & SPA
Originally a natural hot spring, a series of rock pools were built across the area that now collect the hot waters from underground. This is the only section of the Lost World that opens till 10pm at night. Admission tickets to this area from 6pm onwards cost MYR15 per adult.

The foot spa is a hot spring rock pool lined with small pebbles for reflexology purposes.
Rugilah kalau datang ke Lost World of Tambun ini kalau tak masuk kat sini. Memang mengujakan sangat sebabnya dalam kehangatan airtu terasa sangat relax sesangat. Banyak benda jugak kat sini rupanya. Masa akak pergi haritu yang ralatnyer sebab banyak sangat xtvt yang kami buat akak tak dapat berlamaan di sini. Alasan nak pergi sekali lagilertu...

Comments

  1. wowww...nmpak mmg myeronokkan pon

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan..berapa harga tiket LWOT utk dewasa dan kanak..syiok gak tempat ni sebab dikelilingi dgn kehijauan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts