Toyota Rush kereta sewa Langkawi

Untuk Jejak Langkawi akak kali ini ingin akak perkenalkan kereta sewa yang kami gunakan sepanjang berada di sana. Sebelum sampai di Langkawi sebenarnya akak telah berurusan dengan adik Hanafi yang nombor telefonnya akak dapat masa carian google kereta sewa langkawi dan jumpa blog ini :- kereta-sewa-murah-kat-langkawi.

Jom tengok kereta sewa Toyata Rush yang akak dapat dulu :-
Kereta yang membawa kami berjalan selama tiga hari di Langkawi, kereta baru, bersih dan sangat selesa.
Anak-anak suka sebab dibelakangpun ada aircondkan jadinya dapatlah menseimbangkan cuaca panas di Langkawi ini...
Dua orang budak nakal yang susah sesangat nak bergambar...
Akak paling suka berurusan dengan kereta sewa ini kerana semuanya mudah. Hanya perlu deposit RM50 atas nama Hanafi dan katanya akak boleh pilih kereta Nissan Sentra, Honda City dan Toyota Vios.  Dia minta akak emailkan maklumat penerbangan dan masatu sebenarnya kami pilih Toyota Vios dengan harga RM80 sehari. Dia kata dah sampai Langkawi telefon satu nombor telefon, masa akak sampai terus call dan yang angkatnya adalah orang lain, nama Jamaludin katanya dia ada dah sampai sana.

Seronok sungguh sebabnya semuanya mudahkan,  maalumler hari dah malam kalau takder kenderaan memang susahkan. Mungkin masa akak datang Langkawi bukanlah musim puncak maka kereta yang akak dapat memang berbaloi. Kata En Din bolehler shopping banyak sebab kereta besar tapi tujuan kami datang ke Langkawi bukan untuk bershopping hanya untuk bergembira..

Akak memang berpuas hati dengan perkhidmatan kereta sewa yang akak pilih semasa di Langkawi ini, harganya berpatutan dan keadaan kereta amat memuaskan hati. Yang paling akak suka ialah istilah "janji Melayu" dah boleh kita buang terus kalaulah semua orang mengamalkan cara kerja yang sama seperti perkhidmatan kereta sewa ini. Terima kasih tidak terhingga untuk Hanafi dan En Din kerana telah melancarkan lagi keindahan percutian kami di Pulau Lagenda tempohari.. Hubungilah diaorang kalau nak mai Langkawi Hanafi : 013-4353413.

Hotel Penginapan kami di Langkawi

Comments

  1. masa sya g langkawi aritu sya sewa nissan serena.. :)

    ReplyDelete
  2. gud info..nanti leh terai lak

    ReplyDelete
  3. boleh cuba kalau ke langkawi nanti...

    ReplyDelete
  4. waahhh... info yang bagus nih.. nanti boleh lah kami guna khidmat mereka pula.. thanks kak~

    ReplyDelete
  5. janji selesa kan ..
    info bagus , TQ dik ;)

    ReplyDelete
  6. ok boleh cuba utk nxt trip nanti... :)

    ReplyDelete
  7. memang jarang nak dapat khidmat terbaik dari orang kita ni..tapi masih ada lagi yang jujur dalam khidmatnya...entah bila nak naik flight g langkawi..anak2 ramai...he he he

    ReplyDelete
  8. murah kan sewa keta kat langkawi...

    ReplyDelete
  9. ok sgt tu kak... servis pun bagus..

    dua org anak dara akak tu susah nak bergambar ke.. hehe...

    ReplyDelete
  10. Oh drive sendiri yer gi sana?..ingatkan amik tour guide..

    Bleh simpan no. En Din ni

    ReplyDelete
  11. As salam Kak,

    Ms sy pergi langkawi 2 thn lepas sy sewa kereta Nissan Caldina! Mmg baru & selesa sgt! HArga pun rsnya berpatutan...hehehe... Bila lg nak pegi langkawi ye... aduh riindu dgn Idaman suri...kekekek ;p :))

    ReplyDelete
  12. Anonymous29 June, 2012

    murahnya sewa sehari RM80 je, saya dulu sewa wira pun harga tu

    ReplyDelete
  13. syoknya kak..teringat percutian kami di langkawi 3thn lps..rasa nk repeat lagi..tp tggu pas dpt 2nd baby..Insyaallah..doa2kan ye :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts