Nuffnang saya

Thursday, May 10, 2012

Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong

Selalu dengar kawan akak pergi hiking ke satu bukit di kawasan taman Wawasan, Puchong atau Hutan Simpan Ayer Hitam Puchong. Akak dah tinjaupun kawasan itu tempoh hari kononnya hujung minggu akak nak pergi. Malangnya kawan akak cakap orang awam tidak dibenarkan untuk naik ke situ lagi.. Ada gak diceritakan di blog ini :- sungai siput blog hiking @ puchong air hitam forest ... alamak tak merasaler teman gamaknyer. Sebenarnya Hutan Simpan Ayer Hitam ini UPM diberi kebenaran mengurus dan membangunkan hutan simpan ini sebagai hutan pendidikan penyelidikan dan pengembangan perhutanan.

Masa akak pergitu dalam pukul 6.30 petang ramai yang telah turun dan ada yang baru memulakan pendakian.. bestnyer kalau dapat merasa walaupun sekali.. adakah harapan....

Jom kita tengok kawan blog yang bercerita pengalaman pergi ke sana. Klik link diaorang... pencerita maya @ xpdc Bukit Puchong , smallhiker @ Air-Hitam Forest Reserve Puchong dan
dexxy.net @ re-test stamina Bukit Puchong. Sangat teruja nak pergi tapi tuler bertangguh terus tak merasa..

11 comments:

  1. lamanya tak hiking. sekarang ni entah ada stamina lagi ke tidak

    ReplyDelete
  2. Minat juga...tapi anak2 kecik lagi..nnt diorang cepat ngeluh...tunggu besar sket la ..teringin nak ke Broga Hill

    ReplyDelete
  3. bestnye!! x berpeluang lg nk mendaki ni semua sbb anak2 msh kecil.. :D

    ReplyDelete
  4. UKM has proposed to close it and it would rob us of a great hiking place for healthy recreational activities. We can stop it if we attend the coming dialogue among the residents, UTM and Jabatan Perhutanan on May 27. Details at www.facebook.com/lakeedgepuchong. Please spread the word and get more residents to come and support.

    ReplyDelete
  5. alah naik jer..xde org pernah kene saman lg setakat ini.. sy tggl berhampiran situ jer.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wbt,

    Suka untuk berkongsi, memandangkan saya sendiri adalah staf dari UPM.

    Namanya yang diberi mengikut lunas undang-undang ialah Hutan Simpan, bukan Hutan Lipur, jadi jelaslah ianya digazetkan untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan, bukan untuk rekreasi. Penggazetan ini bukan diberi bila penyerahan hak pinjaman kepada UPM, tetapi sejak mula ia diletakkan di bawah hak milikan Jabatan Perhutanan, sejak mula sebelum bandar Puchong yang kita lihat sekarang meneland an meratah HSAH hingga saiz asalany semakin kecil, hanya 1148ha sahaja.

    Oleh kerana itulah peraturan tidak membenarkan orang ramai masuk sesuka hati, bila-bila masa.

    Apapun, UPM menerusi proses penglibatan penduduk dan pendidikan alam sekitar ada b=melaksanakan sesi trekking untuk orang awam pada waktu-waktu tertentu. Boleh berhubung dengan Pemeliharan Hutan, Fakulti Perhutana UPM. Diharapkan dengan kaedah ini dapat mengurangkan kesan pencerobohan ke atas 'the only green lung in Klang Valley' selain juga meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan alam sekitar, dan menambah kerjasama penduduk.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. To all readers,

    We cant get every thing that we think we own it. Kadang-kadang, ianya adalah hak bersama yang perlu disediakan peraturan bagi menjaga kepentingan semua pada masa akan datang.

    HSAH merupakans atu-satunya kawasan hijau yang semakin menyusut saiznya. Selain menerima 'edge effect' dari luar sempadan, ia semakin menerima kesan negatif yang menyebabkan kemerosotan nilai hutan (bioD) juga dari dalam sempadan hutan. Antaranya ialah trampling effect ke atas tumbuh-tumbuhan, fauna, serta pembuangan sampah yang tidak dapat dikawal. Aktiviti rekreasi secara berleluasa di kawasan 'Hutan Simpan' ini juga telah membuka lebih banyak kanopi hutan, sekaligus menggalakkan kehadiran spesis tumbuhan perintis yang mampu mengancam spesis nadir di sini. Ia juga mengurangkan jumlah litupan kanopi hutan.

    Sudahlah ia (HSAH) semakin kecil, aktiviti kita pula menyebabkan kawasan berhutan semakin 'berpecah'.

    HSAH ialah Hutan Simpan, digazetkan mengikut lunas undang-undang. Eloklah jalankan aktiviti dengan kebenaran pihak bertanggungjawab (UPM), untuk kebaikan kita semua dan masa depan.

    *Dah ada orang kena tindakan mahkamah atas sebab menceroboh kawasan hutan ini.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang