Tak Sempat Carilah Alternatif!

Sumber : RAPI (15 April 2012)

Menurut pakar obesiti, George Bray MD dari Pennington Biomedical Research Center, Baton Rouge aktiviti yang paling disarankan kepada mereka yang ingin membakar banyak kalori ialah berjalan cepat setiap hari.
Sesungguhnya, cergas bersukan sangat menguntungkan. Walaupun anda sudah selesai bersukan, tubuh akan terus membakar banyak kalori. Namun beberapa jumlahnya bergantung kepada jenis aktiviti dan kompisisi tubuh. Pengkaji dari Universiti Bastyr, Megan A McCrory pula mengatakan bahawa cara yang paling efektif untuk meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar banyak kalori ialah aerobik dan latihan kekuatan (strength training)
TAHUKAH ANDA ?
 Tahukah anda bahawa setiap pergerakan yang anda lakukan mampu membakar kalori di dalam badan walaupun hanya dengan duduk? Mari kita tinjau berapa banyakkah jumlah kalori yang dapat dibakar melalui senarai aktiviti dibawah supaya anda boleh membuat pilihan.
PENGGUNAAN KALORI BERDASARKAN AKTIVITI HARIAN
Aktiviti Di Rumah
Mengemas rumah 30 minit = 102 kalori
Duduk selama satu jam = 62 kalori
Berdiri selama satu jam = 72 kalori
Tidur selama satu jam = 438 kalori
Menonton TV selama 60 minit = 40 kalori

Aktiviti Riadah
Berkebun 60 minit = 320 kalori
Aerobik 60 minit = 405 kalori
Berjalan 3km/j 60 minit = 150 kalori
Berjalan 6km/j 60 minit = 300 kalori
Berlari 10km/j 60 minit = 660 kalori
Berlari 11km/j 60 minit = 660 kalori
Berlari 12km/j 60 minit = 720 kalori
Berlari 15km/j 60 minit = 900 kalori
Berlari 18km/j 60 minit = 1080 kalori
Berjalan pantas 30 minit = 150 kalori
Mengayuh basikal 20km/j 60 minit = 480 kalori
Mengayuh basikal 35km/j 60 minit = 1020 kalori
Berenang 3km/j 60 minit = 660 kalori
Ping Pong 60 minit = 280 kalori
Bola Keranjang 60 minit = 450 kalori
Golf 60 minit = 385 kalori
Lain-Lain Aktiviti
Kerja di pejabat selama lapan jam = 650 kalori
Memandu 60 minit = 143 kalori

JIKA ANDA INGIN CERGAS DALAM MASA 10 MINIT
Sesiapa yang inginkan badan sihat, cergas dan langsing seharusnya melakukan senaman selama 45 minit hingga satu jam setiap hari. Namun, kesibukan kerjaya menyebabkan ia agak sukar untuk dilaksanakan. Apakah ada cara lain untuk memastikan setidak-tidaknya anda boleh kekal cergas dan sihat sepanjang hari?
Menurut pakar kecergasan Ann Grandjean, untuk mendapatkan badan yang sihat, anda perlu memastikan diri sentiasa bergerak. Ia boleh dimulakan dengan aktiviti kebiasaan contohnya seperti bercakap di telefon sambil berjalan kaki atau meletakkan kenderaan sedikit jauh dari pejabat anda.

Pemilik Taylor Time Consultants di Toronto, Harold Taylor pula mengatakan walaupun anda sibuk dengan tugas harian, perlu diselitkan juga aktiviti kecergasan ringkas ini kerana ia boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri.
Tetapi anda harus ingat ia bukanlah pengganti kepada senaman yang pelu anda lakukan. Ia hanya sekadar tambahan kepada senaman yang sebenar. Di sini ada beberapa tip yang boleh anda praktikkan sekiranya anda benar-benar tidak mempunyai masa untuk bersenam.

Jika anda sedang memerhatikan atau mengambil udara segar di kawasan rumah anda, cuba untuk lakukan lompat bintang (jumping jack). Caranya mudah sahaja, berdiri dengan kedua-dua kaki dirapatkan dengan tangan disisi kemudian lompat dengan membuka kaki dan tangan ke atas. Ulangi pergerakan tersebut selama lima hingga 10 minit kerana ia dipercayai dapat membakar 90 jumlah kalori bagi wanita yang mempunyai berat sebanyak 75 kilogram.
Sekiranya anda sedang menghidangkan makan malam, cuba lakukan tekan tubi secara berdiri sambil menunggu air mendidih atua makanan siap dipanaskan. Anda boleh berdiri dengan mendepakan tangan pada kabinet atau meja. Tolak tangan (hayunkan badan kedepan dan kebelakang) pada kabinet atau meja. Pergerakan ini bagus untuk tangan dan bahu.

Kebiasaannya sebelum tidur anda pasti akan membelek-belek wajah di hadapan cermin. Jadi pastikan anda sentiasa meletakkan dumbel di bawah meja solekan bagi memudahkan anda membuat latihan ringkas memandangkan anda sudah 'melihatnya'
Lagi Tip Untuk Tambah Kecergasan
Naik tangga ~ setiap kali naik tangga, anda boleh membakar sebanyak lima kalori. Walaupun sedikit, lebih baik daripada tiada langsung
Berjalan selagi boleh ~ Pada dasarnya, berjalan di mana sahaja dan pada bila masa yang boleh.
Makan makanan pedas ~ Ini memanaskan badan anda, menyebabkan ia membakar lebih banyak lagi.
Ketawa ~ Boleh mengurangkan stress dan juga membakar kalori.
Bermain dengan anak-anak ~ Ia bukan sahaja merapatkan hubungan keluarga, tetapi merupakan senaman yang bagus juga.
Jalan-jalan di pusat membeli-belah ~ Lebih banyak anda berjalan, lebih banyak kalori dibakar. Hati juga gembira, kan?

BAHAYA LANGSING DENGAN CEPAT

Anda tidak perlu bersenam dan berdiet berlebihan. Tubuh badan anda mungkin terkejut dengan perubahan drastik itu semata-mata anda ingin cepat kurus dan langsing. Seharusnya anda tahu bahawa penurunan berat badan yang drastik adalah terlalu bahaya untuk kesihatan anda. Apalah sangat dengan ramping dan kurus sekiranya anda ditimpa pelbagai bahana selepas itu.

Disini RAPI ingin kongsikan bersama anda antara kesan-kesan daripada penurunan berat badan secara mendadak.

Kulit berkedut dan menggeleber
Berat badan juga boleh naik mendadak jika anda menghentikan program senaman dan diet anda.
Muka pucat
Keletihan
Selalu sakit
Pening kepala

Anda perlu sentiasa ingat, penurunan berat badan secara mendadak sangat membahayakan dan boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan kepada badan. Lebih baik lakukannya secara berperingkat dalam tempoh masa panjang dan yang pasti ia harus disusuli dengan senaman berterusan dan pengawalan pengambilan kalori dalam pemakanan seharian anda. Pengambilan air juga haruslah mencukupi agar anda sentiasa sihat.

Walaupun banyak produk ataupun rawatan moden membantu dalam pembakaran kalori, namun hanya ada satu cara sahaja yang paling efektif iaitu dengan melakukan banyak aktiviti atau pergerakan. Banyak aktiviti kecergasan yang boleh dibuat untuk membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan menghapus lemak pada badan.
Sekadar gambar ::: Memori Atikah dan Azalia dua tahun yang sudah dengan kasut Dik Ya yang tempang... Berjalan di shopping complexpun elok gakkan.. tambah kalau kena kejar anak yang kecil...

Comments

  1. kalo malas nak berlari kat luo..berlari setempat lam rumah pn ok jugak kan :)

    ReplyDelete
  2. uik? tidur pon boleyyyy...

    ni yg semangat nak tidur neh..
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. sy pon x sempat nk wat aktivity..maybe jage anak kecil yg lasak bole jd 1 alternatif x tok bakar lemak?heee

    ReplyDelete
  4. assalam Cho
    lompat2 dlm bilik je sorang2 he he sy pun baca di rapi memang byk info disini kan
    apapun tq share.

    ReplyDelete
  5. nak konsisten tu yg agak sukar sikit..heheh.

    ReplyDelete
  6. dah lama x mengeluarkan peluh ni...kene jalan laju2 kan :D

    ReplyDelete
  7. bagus nye klau dpt lakukan semua aktiviti tu..best sgt! mmg nk dptkn berat badan yg sgt ideal..all the best to us!! :)

    ReplyDelete
  8. Naik tangga bakar 5 je kalori? Aduh kecewanya. 5 kalori tu setiap anak tangga atau setiap satu tingkat atau apa? Saya naik tangga 8 tingkat setiap hari kalo bakar 5 kalori je cemana? hUhu. Tido sejam dpat bakar lagi banyak kalori.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts