Belanjawan Sihat dan Cantik
Sumber : Majalah Eh! Mei 2012
Ekonomi suram mengingatkan kita supaya berpijak di bumi nyata. Saat tangan menyeluk poket mula tertanya-tanya ke mana perginya semua wang yang ada, ketika itu segeralah mencari jalan mengurangkan perbelanjaan harian. Inilah masanaya mengenali cara mudah dan paling berkesan untuk kekal cantik dengan rutin kecantikan tanpa berbelanja besar dan membazir.
1. SENAMAN DI RUMAH
Jimatkan masa dan wang. Sebelum membeli dumbel atau alatan senaman yang dilihat di televisyen, pertimbangkan beberapa hal terlebih dahulu. Kenali kondisi badan, anda boleh menguatkan otot di kaki, lengan dan bahagian 'core' mengikut cara yang betul. Teliti latihan yang wajar mengikut tahap kemampuan tubuh anda, bukan pada peralatan. Bahagikan yuran personal trainer bersama rakan, ia adalah idea hebat agar tahap kecergasan anda sentiasa baik. Bagi anada yang tidak mampu mengambil personal trainer, alternatifnya, anda boleh membeli DVD atau mengikut senaman di youtube sahaja.
ANDA MEMPERUNTUKAN :
1. Keahlian gimnasium mewah sebulan : RM200
2. Khidmat pelatih peribadi dalam tempoh satu sesi : RM250
3. Senaman dari DVD : RM20
4. Video senaman online : RM0
Jimat : RM230 - RM180 sebulan.
2. ADA APA DENGAN GIM?
Kenali gim sebelum berhabis wang untuknya. Pertimbangkan alatan, servis juga kelas yang ditawarkan dengan taman rekreasi atau gim awam yang percuma. Tidak perlu ke gim sekiranya apa yang dipraktikkan boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah ditempat lain. Bagi anda yang tinggal dikondominium, past segala kemudahan ini telah disediakan untuk kegunaan anda. Buat apa berhabis ribuan ringgit jika kemudahan sudah ada di tempat anda?
ANDA MEMPERUNTUKKAN :
1. Keahlian gimnasium mewah sebulan : RM200
2. Yuran kemasukan pusat rekreasi : RM10
3. Kemudahan kediaman : RM0
JIMAT : RM190-RM200 sebulan
3. BERUNDING HARGA GIMNASIUM
Anda perlu tawar-menawar untuk mendapatkan harga paling ideal dan berpatutan. Usah segan menuntut perjanjian bersesuaian dengan kemampuan kerana pihak gim tidak akan sekali-kali membiarkan anda mengangkat kaki. Nyatakan permasalah anda, juga saranan waktu anda mahu datang bersenam. Jika anda lebih suka bersenam pada waktu pagi, cadangkan hanya akan datang pada waktu pagi sahaja. Jadi yuran bulanan gimnasium akan jadi lebih murah dan anda akhirnya mendapat tawaran yang lebih baik.
ANDA MEMPERUNTUKKAN:
1. Keahlian gimnasium mewah sebulan : RM200
2. Yuran selepas tawar-menawar : RM50
JIMAT : RM150 sebulan
4. SENAMAN BERPASUKAN
Komuniti kediaman juga ditempat kerja pasti membolehkan anda membentuk satu kumpulan senaman. Amalan senaman mingguan secara berkumpulan seperti senam aerobik kardio, bola jaring dan bola sepak memberi dos motivasi yang sihat. Rajin bertanya dan bergaul sesama jiran dan mereka yang selalu berkunjung ke pusat rekreasi. Ini merupakan amalan sihat mampu milik dan paling menyeronokkan!
ANDA MEMPERUNTUKKAN :
1. Keahlian gimnasium mewah sebulan : RM200
2. Yuran keahlian (bila perlu) : RM10 atau kurang
JIMAT : RM190 sebulan
5. SENAMAN LUAR RUMAH
Anda boleh memilih untuk bersenam di luar rumah dengan berjogging juga berjalan pantas. Senaman ini baik untuk sendi, boleh dilakukan setiap hari dan yang paling penting, mudah dan murah! Apa yang diperlukan, sepasang kasut sukan selesa yang dikhaskan buat senaman ini. Pakar mencadangkan berjalan selama 30 minit sehari selama tiga kali seminggu dalam masa dua bulan. Lihat hasilnya. Perlahankan kadar berjalan lima minit pada awal dan pada akhir, diikuti sesi regangan kala cool-down.
ANDA MEMPERUNTUKKAN :
1. Keahlian gimnasium mewah setahun : RM2400
2. Sepasang kasut sukan : RM150 - RM300
JIMAT : RM2250 - RM2100 setahun
Setelah membacanya akak memang rasa macam alahai tiap bulan bayar kat tempat aerobik. Tapi rasanya tidak salah gamaknya untuk orang macam akakni perlu gak pergi tempat macam gitu untuk mendapatkan semangat. Yang penting ukur baju dibadan sendirikan...
walau pun saya setuju dengan penjimatan tu tapi saya sokong jugak akak pegi kelas aerobik.. sbb dengan pegi kelas ni kita ada member..semangat sikit..kalau kat rumah sorang2..boring..so nak berpanjangan tu payah sikit..
ReplyDeletehee...sy x sempat nk layan ke gym tu kak..anak dua org tu lasak..ase mcm da stay kat gym..heee..nice info
ReplyDeletesaya x berkesempatan nak ke gym..huhuhu..sampai rumah dh dekat pukul 7pm, sampai je terus sarung apron, main masak2 kt dapur masak dinner utk suami n anak2..tp setiap hari saya akan pastikan saya main tali skipping utk keluarkan peluh..(dlm hati ni mmg dh azam nk turunkan berat badan..huhu)
ReplyDeletesy sokong pergi kelas aerobik kak..sebab nak kurus ni kalau sorang2.azam x kuat susah jugak nak jalan..hehe
ReplyDeleterasanya akak p kelas aerobik tu berbaloi gak..dapat bergaul dan kita akan konsisten...:)
ReplyDeletebestnye dapat joint kelas aerobik..:)
ReplyDeleteAlaa... takpe la kalo akak pegi kelas erobik. Asalkan akak mmg betul2 pegi tak ponteng. Hehehe... Tips penjimatan tu bagus, tapi tak semestinya kena ikut.
ReplyDeletesetuju kak...ape2 pun ikut kemampuan kite....yg penting lieya suke note akak nie...
ReplyDeletekalo sy senaman kat umah mmg jimat..tp takut xkonsisten sbb byk komitmen lain lg nk buat..huhu
ReplyDeletebetul tu, ikut kemampuan diri sendiri..thanks 4 sharing =)
Klu pegi kelas aerobik konsisten kita punya senaman dan boleh jumpa kawan2 klu dibandingkan nak buat senaman sendiri kat rumah mesti byk halangannya....
ReplyDeleteketinggalan zaman lak sy ..x pernah baca majalah Eh! tu..
ReplyDeleteAs salam kak,
ReplyDeleteMarya rs dua2 ada pro & cont. Tepuk dada tanya poket! hehehe...
Pergi gym bagusnye sb trainer yg pro. akan ajar cara senaman yg betul so kecederaan adalah minima plus ade teman/kwn2... Senaman di rumah mmg FOC tp syok sendrilah...
tepat skali..ukur baju di badan sndiri
ReplyDeletekna tau tjuan pg gym..klu ikut2 kwn x berbaloi
klu pg gym smgt nk senam lain skit..dah byo so kna pg...buat btl2 smpai berhasil kan.
terbaikkkkkkk..sya suka bnda yg jimat!!!
ReplyDeletey penting azam..
ReplyDeleteboleh bersenam tanpa pakai duit. Buat kat rumah. Lompat setempat atau kemas rumah. Tapi Abe selalu malas nak buat.. asyik tidur baring je. Camner tu?
ReplyDeleteSalam sayang dari saya! :P hehe (ngader² je bunyik)..
ReplyDeletebagi saya, kalau ada rezeki lebih boleh je gi gym yg ada trainer..utk kesihatan diri sendiri juga kan..tapi kalau tak berkemampuan, boleh juga buat tanpa menggunakan duit..apa cara pun boleh..cuma kite nak tanak je.. cayalah kak..teruskan usaha! :)
sebenarnya kalau nak senaman kat rumah pon boleh..janji rajin je :)
ReplyDeletewaktu kat keje kat company lame, mmg d sediakan gym so mmg jimat giler la dr bayar yuran gym..hihi
ReplyDeletetapi kat tempat keje skrg tak de sediakan gym, so kembali ke habit lama la balik..hihi
malas senaman =D
sy jln2 sekitar rumah je kak hehehe
ReplyDelete