Rombongan OSK ke Sunway Lost World
Seperti diceritakan akak telahpun ke Sunway Lost World of Tambun pada 19 hb Mei yang lepas bersama adik-adik sepejabat. Ada tiga buah kereta iaitu keluarga Zaharah, keluarga Rozi dan keluarga akak dan Afiq yang menumpang kereta Hisham. Hanya singgah di RnR Tapah untuk bersarapan dan meneruskan perjalanan ke LWOT dengan jayanya.
Oleh kerana akakni balik kampung tidak menempuhi pekan Ipoh maka tidaklah akak ketahui rupanya untuk ke LWOT sekarang dah teramat mudah. Kini rupanya telah ada simpang yang menuju ke pekan Tambun, gitu yerk dah maju rupanya Tambun sekarangni. Kami sampai tepat pada masanya dan oleh kerana kami dah booking tiket di :- http://www.sunwaylostworldoftambunstore.com/v1/ maka urusan nak masuk semakin mudah. Hanya perlu untuk urusan ambil tag atau gelang getah yang memerlukan deposit RM10 dan dikhabarkan oleh petugas sekiranya hilang maka kenalah bayar sebanyak RM55. Alamak...
Oleh kerana akak tidak sanggup untuk menjaga gelang ini maka lepas masuk sahaja ke taman maka akak terus tanggal dan simpan dalam beg. Selamat...
Tengok bayaran untuk masuk Lost World of Tambun sekarang adalah RM45 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak. Oleh itu kawan-kawan cubalah beli tiket di :- http://www.sunwaylostworldoftambunstore.com/v1/ yang ada diskaun sebanyak 10%. Ejen tak berbayar nampaknyer...
Kegembiraan kanak-kanak pastilah di sini boleh main benda cam gini dan ada lagi.. tapi akak rasa tak larat sangat sebab pening berpusing gitu.. Permainan dia pun tak bahaya sangat jadi amat sesuai untuk kanak-kanak.
Kalau yang ini memang kena beli token baru boleh main. Tak silap rasanya RM2 satu token, tapi kami tak mainpun.
Selepas merasa naik semua mainan kamipun ambil keputusan berjalan sahaja untuk menikmati alam semesta. Tempat pertama di singgah ialah Tiger Valley. Pada waktu kami sampaitu nampaklah dua ekor harimau satu sedang berenang satu lagi sedang berehat.
Gajah ini di kawasan "Tin Valley" jugak sebagai daya tarikan baru ke Lost World of Tambun. Kalau der kamera canggihkan syiok, ada kena mengena tak!!!....
Tarikan terbaru di Lost World of Tambun iaitu "Tin Valley". Dik Ya divakan tak nak dia masuk dalam airtu cari timah...
Lost World Swan Lake.. boleh kayuhni tapi tak sempat nak buatpun...
Inilah yang paling best "Petting Zoo" yang memang merupakan daya tarikan untuk ibu bapa membawa anak kecilnya ke Lost World of Tambun ini.. See You Soon..... Akak mungkin akan datang lagi bawa anak-anak ke sini, Insyaallah...
Masa kami bermain air pulak, sementelah budak-budaktu dah tak boleh nak menahan nak melompat dalam air...
Inilah tempat makan di sini yang pada akak harganya berpatutan untuk tempat seperti ini, memang dalam jangkaan. Lagipun makanan dia boleh tahan rasanya tidaklah teruk sangat... Ada tempat yang lebih teruk dari sini rasanya....
Kalau nak tengok aksi "Tiger feeding" kena datang pukul 3.00petang dengan 4.00petang. Oleh itu selepas kami makan terus kami ke "Tiger Valley" sekali lagi. Kalau dah sampai sini mesti tengok ini.
Amat puas hati sebab dapat melakukan banyak xtvt hari ini dan terasa berbaloi dengan duit yang dibelanjakan... Lepas tengok aksi harimau ini kami pergi ke "amusement park" buat kali kedua dan masa ini memang rasa macam kami dah booking tempat itu. Memang happening giler sebab hanya grup kami sahaja yang ada petang tu sebab orang semua dah sibuk nak packing balik... Akak ada banyak episod cerita ke Lost World of Tambun ini, sebab sekarangni teramat sibuk kena buat gaya itu....
best yer kak...bolehlah masuk dalam plan cuti2 akan datang...:)
ReplyDeleteAlahai!!!
ReplyDeleteIna bz sejak 2 menjak ni..
Kalo tau akak turun bleh calling2..
Bestnya kak..
Beriadah anak beranak.. ;D
Kami yg dkt pon x sampai lg.. ;p
dapat ke timahnya kak? hehehe..
ReplyDeletebestnye
ReplyDeletewahhh!!menarik nya tempat ni...
ReplyDeletewah...teruja tgk..harap2 reunion nk wat kat sini jd tahn dpn/.
ReplyDeletebestnyer..
ReplyDeleteblom pernah sapai lg sini,
ntah bilerla leh sapai..
cuti skolah i rasanyer terperap kt umah jela.. huhuuh
Ngeri pulak kakak tengok tiger tu. Kakak bayangkan kalau dia terkam pengunjung macam mana agaknya ye... macam kes cimpanzi di zoo Melaka last year...
ReplyDeletebestnye!! x pena lg sampai ke sini..mmg menarik lah..x pena lg naik gajah..terasa nak pegi je.. :D
ReplyDeletebudak2 mesti seronokan kan kak!
ReplyDeleteelok sgt lah bawa dorang time cuti sekolah nih..:)
tempat ni baru lagi ke? tak pernah tahu pun kewujudannya
ReplyDeletewah! bestnya..
ReplyDeletewahh dah naik hrga mahalll...
ReplyDeletebesnye...mcm lg best dr bukit merah je hee
ReplyDelete