Pilihan Melawat Menara Kuala Lumpur

Kisah lama akak sekeluarga di Menara Kuala Lumpur...
Percutian tanpa rancangan yang membawa kami ke sini..
Pada mulanya hanya ingin makan nasi lemak di Kampung Baru...
Rupanya kedai makcik kegemaran suami akak tutup pulak...
Terus kami ke Jalan Tunku Abdul Rahman bersarapan di kedai mamak...
Tanpa di beritahu suami akak terus pergi ke Menara Kuala Lumpur...

Duduk lama di sinipun inilah pertama kali kami ke sana...
Mungkin sebab dekat kita rasa bila masapun boleh sampai...
Di sana kebanyakan yang datang adalah pelancong asing...
Harga tiket boleh tahan mahal sebenarnya...
Akak pernah beli tiket di gropun kerana lebih murah...
Tapi tikettu akak bagi pada orang lain atas sebab tertentu..
Harga tiket di Menara Kuala Lumpur sila rujuk di akhir entri ini...
Antara pemandangan yang boleh di lihat di sini... 
Nun jauh di sana adalah Puchong...
Nampak juga KLCC yang menjadi kebangaan kita rakyat Malaysia...
Akak nampak Bursa Malaysia dari sini...
Hari raya nak dekat tapi pasaran saham di Malaysia macam tak nak bagi duit rayajer...
Jatuh jatuh dan terus jatuh...  eh .. eh tiba-tiba cerita saham apa halnyer...
Punyalah minat sampai terjengket-jengket...
Nampak rumah kitalah ibu, dik Ya menjerit..
Harga ke "Observation Deck" untuk dewasa RM32 dan kanak-kanak RM21 (Warganegara Malaysia).
Pusing dek ini kalau berjalan lambatpun tidak sampai sepuluh minit...
Inikan bawa budak-budak yang suka berlari..
5 minit dah selesai satu pusingan...
Bukannya ada banyak aktivitipun...
Akak memaksa anak-anak akak untuk lama sedikit di atasni...
Betapa selekehnya dua orang budakni yang pada mulanya hanya pergi bersarapan..
Selamat tinggal Menara Kuala Lumpur..

Jom tengok harga tiket untuk datang ke sini..
Akak taip semula sumber yang diambil dari MENARAKL
Jika diminta pandangan akak harganya agak mahal...
Macam Observation Deck tu, tempatnya pusing-pusing tang tu jer..
Eh dah sampai balik tempat kita mula tadi..
Pemandangan biasa yang boleh kita nampak kalau berada di tempat tinggi..
Mini Zootu akak tak masuk tapi rasanya tempattu kecil jer...
Sebab dengan harga lebih kurang sama boleh masuk Farm in the city di Seri Kembangan...
Yang lain-laintu tak dapatlah akak bagi pandangan ...
Namun akak juga ada keinginan untuk makan di Restoran Berputar di sini.. Insyaallah...
Mungkin untuk yang tidak dapat berhari raya di kampung halaman bolehler datang ke sini..

Comments

  1. cantiknya pemandangan dari atas tu ...saya x pernah naik..

    time raya KL lengang, so yg tak balik kampung tu mmg boleh consider ke Menara KL tu

    ReplyDelete
  2. Masa anak2 Bunda kecik2 dulu ada lah jugak 2 3 kali kesana...sekarang ni dah lama Bunda tak kesana..
    Mesti best lagi kat sana sekarang kan..

    ReplyDelete
  3. Bukan saham aje merudum nilai duit kita pun merudum Zila..
    Berjiran dgn negara matawang besar lagi menyakitkan macam kakak duduk JB ni.

    ReplyDelete
  4. pemandangan mmg cantik... tp harga boleh tahan jgk yek kak... kalu banyak aktiviti ok jgk selain dpt tgk pemandangan yg cantik tuh

    ReplyDelete
  5. bestnye dpt g sini
    nti lau turun kl nak terjah sini lah
    ada restoran kan kt sinikan

    ReplyDelete
  6. ye la..harga nya mahal la kak..bukan ada pa apun kat atas tu,,nak makan pun kena bayar mahal jugak lagi..hehehe

    ReplyDelete
  7. Saya dah pernah naik ke Menara KL ni, Cho tapi lama dulu. Tak silap masa tu saya bayar RM15 je kot. Lama sesangat rasanya dalam tahun 2004 kot :) Dengan anak-anak belum lagi. Tapi bak kata Cho, yang tak balik kampung raya ni (sayalah tu salah seorang... huhuhu...) bolehlah ke sini.

    ReplyDelete
  8. Hari raya nak dekat tapi pasaran saham di Malaysia macam tak nak bagi duit rayajer...
    Jatuh jatuh dan terus jatuh...

    seram pulak sy membacanya...

    sy last ke sini 2013... rezeki naik free dgn anak2 yatim... ;-)

    ReplyDelete
  9. pernah ke sini sekali itu pun sb sampai mlm dh tutup...tgk dari bawah je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts