Baitul Rahmat ~ ambil iktibar

Wow teruja you sudah 26hari kita berpuasa...
3 hari lagi sahaja kita berpuasa lepastu hari raya... 
Semoga Ramadan yang masih bersisa ini kita manfaat sepenuhnya...
Apa itu Baitul Rahmat?
Sebenarnya Baitul Rahmat ini drama melayu yang ditayangkan di TV1...
Masa akak masak untuk berbuka selalunya akak dengar cerita Baitul Rahmat dari dapur...
Drama ini sebenarnya telah ditayangkan pada tahun 2012...

Konflik yang biasa berlaku sekarang ini sebenarnya..
Kisah anak-anak yang meninggalkan orang tuanya di Baitul Rahmat, pusat jagaan orang tua....
Setiap dari mereka mempunyai kisah sedih yang dikongsikan...
Macam nak marahjer tengok kelakuan anak-anak dalam cerita ini...
Tak patut sungguhlah tinggalkan emak ataupun bapaknya di situ dan langsung tidak dijenguk....

Rasanya pusat jagaan orang tua semakin banyak bak cendawan tumbuh selepas hujan...
Di mana ada permintaan di situlah ada penawaran...
Jadi siapa yang memintanya kalau bukan anak-anak atau orang tua sendiri...
Pada akak ada pro dan kontranya orang tua dijaga di tempat seperti ini...
Tempat ini banyak membantu mengurangkan masalah yang ditanggung oleh anak-anak...
Bukanlah menggalakkan anak-anak untuk menghantar ibu dan ayah ke Pusat Jagaan Orang Tua ini...
Tapi masalah setiap orang di muka bumi ini tidak samakan....
Sekarangni ramai isteri yang bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga....
Tentulah bermasalah kiranya salah seorang berhenti kerja demi menjaga orang tua...
Memanglah ada pepatah mengatakan " seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya dengan sempurna, tetapi 10 orang anak masih belum tentu lagi mampu untuk menjaga ibu mereka yang satu"..
Bukan maksud akak bersetuju dengan tindakan anak-anak menghantar orang tuanya ke rumah orang tua...
Tapi lebih kepada bersimpati dengan nasib orang tua sekiranya mereka seperti tinggal dengan anak-anak tapi batang hidung anakpun dia tak nampak...
Anaknya dari seawal subuh sudah bergegas ke pejabat dan lewat malam baru sampai balik ke rumah..
Orang tuatulah yang memasak, mengemas rumah, membasuh baju, menyidai baju dan seaneka kerja yang berlambak di rumah...
Lebih eloklah dia berehat di Pusat Jagaan orang tua yang lebih terurus pentadbirannya...
Ada juga dia kawan untuk bersembang dan meluahkan perasaan...
Malah urusan agama juga berjalan lebih lancar...

Namun sudah pastilah ada syaratnya...
Sebagai anak pula kenalah melawat orang tuanya sekerap yang mungkin...
Dan sekala di bawa balik ke rumah sekiranya hujung minggu atau di bawa balik ke kampung kiranya ada kenduri kendara...
Janganlah sudah ditinggalkan di sana, anak-anak lepas tangan...
Orang tua ni perlukan perhatian dan kasih sayang seumpama anak kecil...

Namun untuk terus menuduh anak menghantar ibu bapanya ke rumah orang tua sebagai anak derhaka adalah tidak adil..
Tidak semuanya begitu kerana masing-masing ada masalah yang mungkin tidak kita ketahui... Sekiranya berkemampuan sudah pasti mereka juga ingin menjaga ibu bapa mereka....
Ada anak yang ingin menjaga tapi menantu pula buat hal...
Ada menantu yang ingin menjaga tapi anak sendiri pula lepas tangan...
Ada ibu atau ayah yang kasih dan sayangnya tidak sama rata....
Ada anak yang rasa dia bukan anak kesayangan...
Ada anak yang menyimpan dendam kerana didera sejak kecil...
Ada juga ibu bapa yang ego tidak mahukan bantuan dari anak-anak...
Macam-macam kerana itulah ragam dunia...

Kalau dilihat sekeliling kita dapat dilihat sekira ibu bapa mendidik anaknya dengan sempurna ilmu agama sudah pastilah masalah sebegini tidak terjadi...
Kalau anak-anak tidak mendapat didikan agama yang sempurna maka berlakulah masalah anak tidak peka dengan tanggung jawabnya...
Jadi bukan  semua salah anak semata-mata mungkin juga salah ibu bapa sendiri...
Ada banyak kisah yang ingin akak kongsikan tapi mengundang rasa bersalah akak...
Oleh itu janganlah hendaknya kita jadi seperti mereka...
Kita harus sedar suatu hari nanti kita juga akan menjadi tua...
Sekiranya sekarang kita melakukan perkara yang tidak baik kepada ibu bapa kita, suatu hari nanti anak-anak kita akan melakukan perkara yang sama kepada kita... 
What goes around comes around... Karma jangan lupa itu...

Walau apapun kita doakanlah yang terbaik untuk diri kita sendiri...
Moga diberikan kekuatan untuk menjadi anak dan menantu yang boleh diharap...
Membantu sekadar termampu dan terdaya....
Akak telah duduk sekali dengan mertua selama 9 tahun....
Ada masa nanti akak akan tulis tips tinggal serumah dengan mertua....
Niat hanya ingin membantu bukan hendak tunjuk diri ini baik sangat...

Berbalik pada kisah Baitul Rahmat yang mungkin sudah sampai kepenghujungnya minggu ini....
Tidak banyak cerita melayu berkonsepkan cerita sebegini mungkin kurang nilai komersialnya..
Banyak juga cerita yang akak layan tapi rasanya macam tidak banyak yang boleh kita ambil iktibar...
Eksperimen Cinta dan M.A.I.D. pulak kisah majikan dan pekerja...
Tidak mudah rasanya anak Tan Sri nak jatuh cinta dengan staffnya terutama orang kampung...
Tentu dia ingin perempuan yang sama taraf dengannya...
Kita boleh tengok dalam rancangan "Raikan Cinta"....
Itu  baru realiti anak Tan Sri kahwin anak Dato' ...
Kalau bukan anak Dato' sekalipun mesti anak seseorang yang pangkatnya besar...
Membeli belah barang kahwinan di London, Paris, New York dan seangkatan dengannya...
Ehm... meleret dah entri akak kali ini...
Cukuplah sudah sampai di sini....
Nanti kita cerita lagi...
Kalau tiada gambar macam tak bestjer..
So layanjer gambar lampu di Masjid Nabawi Madinah...
Masani menunggu untuk masuk ke Raudhah...
Lama sangat berbaris sebab kami guna laluan kerusi roda...
Sama saja laluan kerusi rodapun ada orang potong Q...
Ehm bilalah akak nak buat entri kenangan umrah pulak yerk...
Sebab kurang gambar jadi payah akak nak bercerita...
Tapi Insyaallah akan dibuat juga untuk kenangan diri sendiri dan juga boleh buat rujukan... 





Comments

  1. Masih merindui Tanah Suci dan semoga dapat ke sana lagi... Aamiin...

    ReplyDelete
  2. alahaiii sedih nyer entry ni kak... :(

    ReplyDelete
  3. setiap benda berlaku ada sebabnya..mungkin hanya sekerat ja yg buat hal, atau blh digelar anak derhaka.. semoga kita dapat jaga mak ayah kita sendiri dirumah

    ReplyDelete
  4. sebaik2 anak adalah anak yg tak lupa jasa ibu bapanyer....walau sesukar mane pun jaga laa mereka selagi ade hayat.....kene ingat satu, tanpa mereka mmg tak mungkin kite hadir di dunia ini....allahuakbar..sedey dibuatnyer kak.....

    ***********************************

    Assalamualaikum…

    Selamat hari raya aidilfitri dari lieyalatif buat akak sekeluarga….moga syawal dirai dengan penuh meriah dan dlm keberkatan Allah taala….

    Terlebih bias tutur bicara,
    Disimpan jangan ampun dipinta,
    Syawal dinanti akan kunjung tiba,
    Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

    Hati-hati dlm perjalanan moga raya tahun ini dirai gembira….

    ReplyDelete
  5. terus call abah kita bila baca entry ni

    ReplyDelete
  6. macam pernah tengok je...
    saya memang tak boleh terima cara jaga mak ayah dengan hantar ke rumah orang tua2..nampak macam menganiaya walaupun mak ayah tu kata rela hati dan tak kisah..mustahil dia tak kisah..kan?/kesian..

    ReplyDelete
  7. salam Ramadhan kak..dh dipenghujung Ramadhan pon kita, bru bkesempatan bw ke sini...

    sebaik-baiknya , kt sbg anak berusahalah mjaga ibubapa kita... sbgaimana ibu bapa kt mghabiskan seumur hidup dia mbesar kan kita.. sdgkan kt, klo nk kna jaga pon..brapa lama sgtkan ibubapa kt bertahan.. tp btollah, setiap org maybe ada msalah tsendiri..mgkin terpaksa & bila mghntar k rmh org tua lg mbawa kbaikan ...cuma...selalulah jenguk & bukanlah lepas tangan terus.

    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir & Batin

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak. Dalam drama tu bnyk propa je
    Maybe betul kot ada org kaya jatuh hati dgn org miskin
    Tapi bleh bilang dalam 100 tu ada sorang je kot.hihi

    Ttg isu hantar ibu bapa ke umah orang tua tu mmg betui
    Ada anak2 lepas tangan, ada juga yg hantar by weeks
    Hujung minggu baru ambil parents

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts