Nuffnang saya

Followers

Friday, July 3, 2015

Perjumpaan yang bermakna di Empire Subang

Al kisah sebelum bulan puasa yang lepas....
Perjumpaan kawan sekolah menengah yang begitu lama tidak bersua...
Pada mulanya akak menelefon kawan baik akak hanya untuk bertanya khabar...
Katanya jomlah jumpa dia di Hotel Empire Subang Jaya...
Jumpa sekali dengan kawan lama sekolah menengah dulu...
Kebetulan akak tertekan keluar dari grup sekolahni, jadi akak bukan ahli whatsapp sekolahni lagi...
Tapi kiranya akakni datang menjadi kejutan kepada mereka...

Akakni banyak sekolah ada 3 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah...
Jadinya kawan memanglah ramai tapi kawan baiktu boleh bilang juga dengan jari..
Maalumler zaman dulu bukanlah semudah anak zaman sekarang...
Kalau dah habis sekolah hanya surat pengganti diri..
Memang susah nak berhubung antara satu sama lain...

Kiranya perjumpaan ini bermakna untuk akak juga...
Ada yang sudah berpuluh tahun tidak berjumpa...
Akak sampai lewat haritu kerana ada urusan kerja sebelah paginya..
Sebelum masuk ke tempat makantu dah kedengaran riuh rendahnya...
Memang ramai yang buat perjumpaan di sini..
Kiranya kena mencarilah juga dahlah lama tidak berjumpakan...

Rupanya betullah seperti dijangkakan yang paling riuhtulah meja kawan-kawan lama akak...
Walaupun tidak ramai yang dapat hadir  tapi meriahnya tetap terasa...
Macam muda remaja kami belaka hari itu...
Ramai kawan-kawan akakni anak-anak dah besar dan ada yang sudah bekerja..
Mungkin tidak lama lagi akan menyusul kad jemputan perkahwinan anak-anak mereka...
Jom tengok gambar buat kenangan di masa akan datang...
Masani akak tidak sampai lagi...
Posing jangan tak posingkan...
Merasa juga bergambar walaupun dah lambat...
Kawan lelaki kami seorangjer yang datang....
Moga ada perjumpaan lagi selepas ini teringin nak jumpa ramai lagi...
Yang duduk depan akak berbaju hitam putihtu kawan paling rapat dengan akak masa sekolah dulu...
Ini kawan rumah sewa akak dulu...
Dia memang dari sekolah dulu suka melaram...
Dia juga kawan akak(yang rapat) mula sekali kahwin...
Habis SPM kerja di Kuala Lumpur sekejap terus jumpa yang berkenan di hati...
Ana... Ana... kalau jumpa dia memang tak kering gusi dibuatnya...
Bergambar lagi sebelum balik...
Deme (mereka) ini semua suka  beno bergambar...
Habis dalam bilik airpun deme ambik gambar....

9 comments:

  1. Seronok ya Cho jumpa kawan-kawan lama apatahlagi kawan masa sekolah dulu. Saya ni habis aje sekolah terus menyepi. Belum pernah sekali pun pergi reunion dengan kawan-kawan lama. Nantilah, dah 50 tahun nanti baru cari kawan-kawan lama ajak reunion. Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jumpa kawan2 skolah macam nih.

    ReplyDelete
  3. mesti havoc kan? kalau dlm group wassap pun bagai nk rak inikan pula da bertentangan mata..

    ReplyDelete
  4. SONOK NYE JUMPE KAWAN LAME YE KAK CHO...

    ReplyDelete
  5. Seronoknya akak....lepas bertahun tak jumpa..mesti macam2 cerita yang dikongsi bersama tu..selamat berpuasa untuk akak dan keluarga..

    ReplyDelete
  6. gathering dengan kengkawan lama memang best, memacam citer kita boleh dapat tau pasal diorang ni kan

    ReplyDelete
  7. Wah terbaik kalau berjaya baut gathering ni, gigih orang yang berusaha untuk ini. Tahniah. Bulan puasa ni sesuai untuk komitment begini.

    ReplyDelete
  8. amboi amboi berseri2 semuanya..ingat kan pakai Qu Puteh hihih

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang