Pengalaman Ambil Suntikan Epidural

Harini sudah 20 hari kita berpuasakan..
Syukur walaupun dikatakan cuaca panas sepanjang Ramadan, puasa kita dipermudahkan olehNya..
Rasa macam tidak percaya yang minggu depan akak akan  balik kampung berhari raya...
Semalam akak terbaca kisah di laman sosial pasal suntikan Epidural...
' Maafkan mama sayang, kalau mama tidak ambil suntikan itu, sayang takkan jadi macam ini'...
Tajukpun dah seramkan, anak dia di sahkan cirebral palsy tahap kurang oksigen dalam kepala...
Kisah yang menakutkan terutama untuk ibu yang sedang mengandung kini...

Akak juga ingin berkongsi pengalaman bersalin mengambil suntikan epidural...
Kenapa akak ambil epidural?
Akak bersalin di Pusat Perubatan Universiti Malaya...
Blog akak sebelum ini pernah cerita yang anak pertama akak meninggal semasa dalam kandungan...
Boleh baca di sini :- BAYI MATI DALAM KANDUNGAN
Oleh kerana bayi sudah mati maka proses induce dilakukan untuk mengeluarkan bayi tersebut...
Induce adalah satu proses memasukkan bahan kimia melalui drip ke dalam badan ibu bagi mempercepatkan proses kelahiran... Ianya bagi memastikan bayi keluar dari rahim ibu walaupun dia belum bersedia untuk keluar...
Gitulah lebih kurang apa itu induce...
Sehari selepas mendapat tahu yang anak akak telahpun meninggal di dalam kandungan akak di induce...
Rasanya seawal pagi akak telah ditolak ke bilik bersalin...
Kitani dalam keadaan yang sangat sedih kehilangan anak yang dikandung selama 33 minggu...
Bila ubattu dah jalan amek ko dia punya sakit tak tahulah nak cerita ...
Mulatu ok tapi lama kelamaan sakitnya semakin kerap...
Sudahlah kita ini resah mendengar tangisan bayi dari bilik bersalin yang lain, sakitnya pula makin menjadi-jadi...
Kiranya pengalaman kali pertama itu membuatkan akak trauma di induce....

Bila mengandungkan Atikah akak juga terpaksa di induce...
Dengan sejarah mengandung akak yang sekali bayi mati dalam kandungan, dan selepas itu dua kali gugur sudah pastilah doktor ingin menyelamatkan nyawa ibu dan anak yang dikandung...
Setiap kali mengandung akak akan mendapat darah tinggi yang tidak terkawal...
Seawal usia Atikah di dalam kandungan akak telah diberikan aspirin untuk mencairkan darah...
Semasa kali terakhir rawatan biasa di hospital dan kelihatan tanda-tanda darah tinggi doktor mengesyorkan untuk akak bersalin awal...
Harapan akak terlalu besar untuk kandungan yang kali ke empat ini...
Walaupun doktor kata kali ini kena induce lagi akak redha sahaja...
Akak ingin punyai cahaya mata macam pasangan yang lain...
Sakit telinga dan hati ini kalau orang bertanya " takkan berduajer, bila nak ada anak, atau yang seumpama dengan itu...

Jadi walaupun trauma induce kali pertama bersalin itu masih ada akak teruskan juga...
Semasa di bilik bersalin jururawat ada menerangkan pasal epidural ini...
Bila kita bersetuju datanglah doktor bilik bersalin pulak menerangkan lebih lanjut dan bertanya samada kita bersetuju ataupun tidak...
Selepas kita menandatangani surat membenarkan dilakukan epidural barulah doktor bilik bersalin memanggil doktor khas untuk epidural ini....
Hanya doktor pakar epidural sahaja dibenarkan melakan prosedur ini...
Doktor pakar epidural ini akan menerangkan lebih lanjut pasal apa yang akan dia lakukan, kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang....
Seriau juga masa dia berceritatu tapi disebabkan rasa sakit sebelum ini membuatkan akak ambil keputusan ambil juga epidural...
Syukur semuanya pun selamat dilakukan walaupun akak ada juga mendengar kisah-kisah mengerikan semasa prosedur epidural...

Kesan pertama ialah memang langsung tidak rasa sakit...
Malah akak boleh berjalan merata-rata sampai kena cari oleh jururawat..
Pantang ada orang  ditolak masuk akak datang melawat...
Hasilnya juga dari pagi sampai ke petang memang tiada tanda-tanda untuk bersalin...
Apabila malam doktor mula datang pada akak...
Katanya kalau akak rasa sedikitpun sakit tolong panggil jururawat...
Semua doktorpun kata lambat lagi akakni...

Tapi disebabkan bosan sangat, bila rasa sakit walhal sedikit akak panggil jururawat...
Doktor dipanggil dan syukur sangat dipermudahkan Atikah lahir ke bumi ini ....
Memang akakpun tidak percaya akhirnya dapat juga akak menimang cahaya mata...
Semasa jururawat letakkan di atas badan kita selepas dilahirkan memang momen yang sangat manis...
Selepas mandi Atikah terus di letakkan di sisi ibunya untuk diberikan susu badan..
Doktor dan jururawat di PPUM sangat berpengalaman dan sangat membantu...

Selesai sudah akak di letakkan di wad bersalin..
Tidak sampai dua jam akak ditolak balik ke bilik bersalin...
Darah yang banyak sampai jururawat tu cakap macam air terjun keluar....
Kemungkinan ada sisa yang tertinggal, maka terpaksa di'korek' balik...
Sakit masa mula tadi tidak dirasai, tapi kali kedua di sini memang sakit betoiiiii....
Tapi akak bersyukur kerana telah selamat melahirkan anak yang comel...
Kesiannya Atikah kerana ibunya tiada di sisi dan tidaklah dia dapat menyusu satu pagi...

Jururawat wad bersalin bawa Atikah ke bilik bersalin sebab kasihankan Atikah yang tidak menyusu dari malam...
Akakni mungkin penangan di masukkan darah dalam badan dua atau tiga kali tercirit...
Terpaksalah tebalkan muka minta jururawat basuhkan...
Mulia sungguhlah kerjaya jururawatni, hanya Allah sahaja yang memberikan mereka ganjaran...

Itulah pengalaman akak dengan suntikan epidural...
Syukur akak dipermudahkan segalanya..
Malah kalau ada yang kata kesan seperti sakit belakang selepas bersalin juga tidak dirasai oleh akak...
Lain orang lain pengalamannya...
Namun untuk mengatakan jangan ambil kepada semua orang rasanya tidaklahkan...
Ada satu cerita pasal epidural bertajuk "Akibat kecuaian doktor pelatih wanita ini lumpuh selepas bersalin'
Alangkah malangnya kalau doktor pelatih yang melakukan prosedur itu...
Syukurlah akak pergi ke Hospital yang betul dan dapat doktor yang hebat juga jururawat yang berdedikasi dalam menjalankan tugas....
Nurul Atikah yang dilahirkan menerusi proses induce dan juga mengambil suntikan epidural..
Nurul Atikah yang 'survive' dalam kandungan ibunya ....
Dia memang budak bertuah yang menyerikan lagi hidup ini....
Ini Nurul Azalia yang memaksa ibunya tinggal di hospital selama 2 bulan setengah...
Nurul Azalia yang 'survive' juga kerana ibunya pernah tumpah darah yang banyak sehingga hampir dibedah semasa usianya 26 minggu...
Dia juga anak bertuah yang membuatkan hidup ibu dan ayahnya lengkap sempurna...

Moga mereka berdua akan terus bertuah dalam kehidupan yang mencabar ini...

Psss : ini cuma pengalaman hidup akak..


Comments

  1. Assalam Kak Cho, bila baca, tringat mase bersalin kan Aurel, sbb bersalin normal, di Hospital Kajang, Alhamdulillah, dapat Nurse Senior yg byk pengalaman smasa bersalin, so tak risau la nak bersalin.. kalo dpt yg memuda ni.. dowang kan kurang pengalaman, so takut la jadi pape kat mama n baby yg bakal dilahirkan... Alhamdulillah..bila baby yg kite lahirkan itu sihat walafiat..comelnye atika n azalia waktu baby...comel sgttt..cam iras muka aurel pun ade, heee~

    ReplyDelete
  2. baca juga psal yg lumpuh tu...trus seram sejuk...huhuhu

    ReplyDelete
  3. memng mnyeramkn baca..nauzubillahiminzalik...muka anak2 bertuah akk mmng sama dr lahir...mmng brtuah,...

    ReplyDelete
  4. setiap suntikan ke apa mmg ada risiko nya kan kak.... dana tak penah rasa dua2 suntikan tuh kak cuma masa nk kene caesar tuh dia enjek kt belakang nk bg kebas bdn adalah... itu pun doc pakar yg nk bius tu dh bgtau awal2 dia nyer kesan2 n kene isi borang bagai kan...

    yelah, kadang mungkin dh nasib, atau mungkin kebetulan bby dlm kandungan dh ada problem jd secara tak langsung... tp itu semua ketentuan Illahi kan kak

    ssh jgk akak nk dpt kan 2 heroin tu ye kak...

    ReplyDelete
  5. agak istimewa juga Kisah hidup akak melahirkan atikah dan azalia..mema tak Mudah nak melahirkan Sekarang khalifah kedunia ni..macam2 cabaran rintangan kita sebagai ibu tempuh..Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai nikmat anak

    ReplyDelete
  6. saya baca satu persatu cerita akak ni, sebagai panduan walaupun saya belum berkahwin lagi.ngeri jugak ye, baca...tapi tulah, kisah semua orang tu sama.semoga anak-anak akak membesar jadi anak-anak yang solehah.

    ReplyDelete
  7. el pun ritu kena induce sbb dah overdue 1 hari
    bila ckp kat doc..doc xleh tunggu skit hari ke bagi sakit tu dtg natural
    doc tu ckp..nak tgu ape lagi dah boleh sgt nak beranak tu
    so terpaksa lah induce
    sakit giler2 kut huhuhu

    ReplyDelete
  8. Kisah perempuan yang lumpuh lepas dapatkan suntikan epidural tu pun saya ada baca semalam. Itu yang ke sini bila tengok tajuk semalam tapi tak sempat nak komen *_* Saya pun ada pengalaman dengan epidural kerana kedua-dua kelahiran anak saya, saya dapatkan suntikan epidural. Saya ni tak berani orangnya. Kalau ada bau hospital aje saya dah pitam. Memang saya tak pernah admitted. Kalau masuk hospital aje cium bau dah pitam nak tumbang. So gynae saya siang-siang dah suruh ambil epidural ketika kelahiran Bubbly Abang. Dari mula ambil epidural (even nak cucuk tu pun tak sakit langsung, takda bekas langsung), sampai Abang lahir (kena forcep lagi sebab dah tak rasa apa pun), sampai berjahit, sampai dihantar ke bilik, saya tak rasa sakit langsung. Alhamdulillah.

    Lepas tu barulah penangan suntikan epidural menyelinap masuk.... kaki saya kebas. Nurse suruh pi kencing, saya tak boleh nak angkat kaki bangun sendiri. Dipapah oleh HD. Lepas itulah saya kena sakit sendi yang teruk macam orang tua.

    Kelahiran Adik Cute pun kena juga tapi kali ni masa suntik terasa sakit. Lepas tu terus masuk bilik bedah... Habis dah satu cerita kelahiran lagi. Tapi alhamdulillah juga sebab kedua-dua kelahiran anak memang saya langsung tak rasa sakit!

    ReplyDelete
  9. melihat my kakak sakit bersalin je saya dah ngeri lagilah bila baca cerita ni ...

    ReplyDelete
  10. dari smlm akk baca entry ni..arini baru nak komen..sbb smlm ada bos...arini bos outstation...

    akk masa bersalin pernah nak cucuk epidural ni..tapi empat2 kali semua nurse tak bagi ....sbb sekejap je kot...tapi sakit Tuhan je tau..tu mintak cucuk tu...yg 1st akk induce jugak...tapi tak dicucuk nye....maybe sejam lepas tu je terus beranak...kot

    ReplyDelete
  11. selepas baca pengalaman akak ni..fuhh...mmg sgt hargai kehadiran mereka berdua kan...nurul azalia dan nurul atikah

    ReplyDelete
  12. Saya pun pernah ambil epidural sewaktu kelahiran anak sulung, masa tu dah hujung-hujung jugaklah. Bukaan jalan tak berapa besar tapi tenaga macam dah nak habis.

    Dos yang dikenakan sangat rendah dan Alhamdulillah semua selamat.

    ReplyDelete
  13. Ppum senang ke nak apply epidural kak

    ReplyDelete
  14. Ppum senang ke nak apply epidural kak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts