KD Rahmat antara tarikan menarik di Lumut

Ini kisah balik kampung akak sebelum bulan Ramadan yang lepas...
Sebenarnya akak dah pergipun ke sini tahun sudah...
Tapi anak saudara akak yang duduk di Ipohpun belum sampai lagi ke sini...
Tahun lepas bersama sepupu montel mereka Naufal kali ini dengan sepupu Ipoh mereka..
Boleh baca cerita dan gambar kami di sini :- MUZIUM KAPAL PERANG KD RAHMAT LUMUT

KD Rahmat di Lumut ini merupakan tarikan untuk pelancong yang datang ke sini..
KD Rahmat adalah kapal perang yang sebelum ini dikenali sebagai KD Hang Jebat...
Bukan mudah untuk kita merasai sendiri pengalaman berada di dalam kapal perang...
Inilah peluang untuk anak-anak kita merasai sendiri semangat tentera laut kita...
Akak yang berada tidak sampai setengah jam di dalam perut kapalpun terasa tidak selesa..
Bayangkan anak kapal yang terpaksa berbulan-bulan di dalam kapal...
Berada pula ditengah lautan luas yang tidak nampak tepian... isyh...
Akak memang fobia tempat yang sempit atau tertutupni (calustrophobia) rasa macam sesak nafas...

Jadi pengalaman berada di Muzium perang KD Rahmat memang menarik...
Yang palin seronok adalah cantik untuk bergambar di sini...
Jadi kalau pergi ke Pangkor jangan lupa singgah ke Muzium Perang KD Rahmat ini...
Terletak di Taman Esplanade di Lumut yang juga banyak port untuk bergambar...



Suka gambar lima sepupu yang gembira meronda di dalam kapal perang...
Mentanglah Pak Su yang ambil gambar semuapun bagi kerjasama...  
Jeles tengok 5 orang budak ceria bergambar sebab kalau emak dia yang ambil gambar tidak segembira ini..

Mana sangka kita orang biasa boleh berjalan dengan bebas di atas kapal perang...
Adik Ya melayan sepupu kecil dia ....

Apalah yang dibincangkan dua sepupu ini...

Cuti sekolah konon hendak berjalan jauh..
Rupanya hanya singgah ke pekan Lumut sahaja..
Itupun sebab nak membeli ikan bilis dan hasil laut Pangkor sahaja...

Perasaan tidak sabar nak balik kampung berhari raya...
Tidak sabar hendak berkumpul semua adik beradik...
Hari raya tanpa apak memang terasa sangat...
Kalau dulu bapaklah paling sibuk membeli lauk pauk...
Kini emak akak yang jarang ke pasar terpaksalah keluar sekali...
Mengharap pada anak-anak takut tidak berkenan di hati...

Rupanya hari ini sudah 19 hari kita berpuasa...
Semoga kita semua istiqamah beribadah untuk 10 hari terakhir Ramadan...

Comments

  1. Ingat lagi membaca kisah Cho melawat tempat ni dulu. Kalau dah namanya menarik, pergi berkali-kali pun takpa. Saya ni dah kurang berjalan sebab hujung minggu ada aje aktiviti entah apa-apa.

    Seronok mereka dua beradik bergambar dengan sepupu-sepupu yang ada. Kalau berdua aje kena snap gambar dek emak, memanglah tak rasa meriah lagi. Anak saya pun sama juga, Cho...

    ReplyDelete
  2. ohh ada muzium rupanya.dh berkali2 ke lumut tak tahu kewujudan muzium ni..nti Boleh suggest ke en suami bawak Aiman Afia kesini..

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa di 10 Ramadan terakhir sis....

    ReplyDelete
  4. menarik jugak tempat ni kak...boleh buat diorang menghargai pengorbanan tentera-tentera laut

    ReplyDelete
  5. ikan bilis kat sana mesti murah kan akak...d tempat JM ni 100gram dah RM7

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts