Pekan Sabtu Bota Kanan ~ pasar sehari

Selalu kita dengar tentang pasar malam.. Tetapi di kampung akak ada pasar sehari yang dinamakan pekan sabtu. Kalau dulu pasar sehari ini dibuat pada hari rabu (pekan rabu) tapi telah ditukar kepada hari sabtu menjadi pekan sabtu.


Semasa akak bersekolah di SMDARY hari rabu adalah hari yang dinantikan. Ada juga curi-curi keluar  hanya nak beli asam jeruk. Pekan sabtu ini juga tempat kegemaran arwah bapak. Katanya dia suka tengok gelagat orang terutama gelagat orang menjual ubat. Teringat keadaan dia yang sakit kaki tapi tetap nak pergi pekan sabtu. Pekan sabtu memang dekat di hati orang Bota. 
Setiap hari sabtu sila ke Pekan Bota Kanan...
Pekan sabtu adalah di kiri kanan jalanraya sahaja...
Meriah sangat suasana pekan sabtu..
Kalau jumpa kawan lama di pekan sabtu lagi meriah...
Seaneka jenis ikan boleh jumpa di sini..
Misi kami ke pekan sabtu hari itu mencari ikan bocat..
Ikan bocat = ikan haruan untuk buat sup Adief yang berkhatan... 
Boleh beli ayam potong, emak pesan nak bahagian dada...
Kedai di kampung kebanyakan jual ayam seekor-seekor..
Hendak membeli buah dan sayur juga ada di sini..
Sayur kampung juga ada di sini...
Ehm sedap sangat cendawan kukurtu...
Murah pula, puas hati dapat makan.. 
Gerai ini kebelakang sedikit...
Di sini ada jual belacan, ikan masin, ikan bilis, kopi dan sebagainya..
Seronok tengok gelagat orang Bota bershopping...
Tempat sebeginipun jadi kegemaran akak masa zaman sekolah... 
Barang keperluan diri juga ada dijual di sini..
Suatu masa dahulu di sinilah akak membeli kain ela..
Pokok bunga dan ayam atau burung(tidak pasti) juga ada dijual di sini..
Emak berpesan belikan dia pokok terung, tapi sayang tiada dijual pulak hari itu...
Boleh letak kereta di kawasan masjid..
Bayar RM1 kepada penjaga tempat letak kereta..


Semoga pekan sehari ini akan terus kekal tradisional seperti ini. Apa juga barang yang diperlukan boleh dapat di sini..


Comments

  1. pekan sehari ni mcm pasar tani ke kak? ada pagi je ke sampai ke ptg?
    kalau dana pun mau sronok meround... tak beli tak pe tp nk jln2 tgk semua yg ada jual

    kak, sebelah cendawan kukur tu cendawan busut ke?

    ReplyDelete
  2. klu kat belah alor setar org panggil 'nad' cth ayat ... jom pi nad beli ikan .... lebih kurang gitu la

    ReplyDelete
  3. sy hr minggu mesti pergi beli kat pasar gini..
    time ni nk cr ulam2 kg sedap.

    ReplyDelete
  4. Ala-ala pasar malam Zila.
    Macam-macam benda ada. Kakak suka kalau tempat sayuran dan pokok bunga.
    Lagi-lagi yg bahagian makanan mesti macam-macam pilihan ada. Tak payah tunggu bulan ramadhan pasar macam ini biasa beraneka makanan ada.

    ReplyDelete
  5. Dah jarang dapat peluang pergi pasar cenggini CZ. Tak berkesempatan. Ada aje aktiviti lain. Yang bestnya dapat beli kuih tradisional setempat. Saya suka kalau pergi pasar malam Cameron Highland CZ.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts