Resipi Wantan Mi

Suatu masa dahulu akak suka sangat wantan mi untuk sarapan pagi. Kalau di Ipoh dahulu sarapan pagi seperti mi kari, mi kicap, laksa penang, mihun sup juga wantan mi mudah untuk diperolehi. Namun kini kenalah masak sendiri kalau teringin sangat. Belum lagi datang rajinnya tapi resipi di hulurkan di sini sebagai pesiapan untuk azam baru 2017. Ha.. ha..

Ok jom layan resipi wantan mi yang boleh dipercayai. Dulu akak pernah bertanya pada seorang makcik tentang cara masak wantan mi. Dia memang kata mudahjer yang penting kena ada minyak bawang putih. 
Jemput makan.. jemput makan...
Gambar kiriman whatsapp dari adik akak di Ipoh..
Tidak sangka sekarangni dia rajin memasak..
Dulu ya ampun aci ngelatjer kalau buat kerja rumah..
Ampun Aten.. harap idaklah baca blog cho ... 
 Resipi buat wantan mee
Yang ni cara nak buat minyak bawang putih..
Inilah yang penting sekali kalau nak masak wantan mee..
Resipi adik akak bagi tiada guna kulit wantan...
Jadi di bawah ini resipi untuk wantan... 
Ini pula resipi untuk kulit wantan..
( sumber : MAMADEEKITCHEN )

Bahan-bahan :-

Wantan wrap

200 g ayam kisar (saya gunakan bahagian dada ayam dan kisar dengan blender)

1 sudu besar minyak bijan

1 sudu besar sos tiram

2 sudu teh lada sulah
carrot diparut halus
daun bawang dihiris
garam secukup rasa.

Cara-caranya.
1. Campurkan kesemua bahan sehingga mesra
2. Letakkan 1 sudu teh inti ditengah2 kulit wantan. Bungkus seperti bunjut.
3. Untuk melekatkannya, gunakan air.
4. Kemudian goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kekuningan.
5. Asingkan dalam 5-8 biji wantan yang tidak digoreng untuk diletak dalam sup.
Gambar wantan mi semasa sarapan di Ipoh suatu masa dahulu... Paling win ialah ada sup macam yong tau fu.. walaweh sedap sesangat...

Comments

Popular Posts