Nuffnang saya

Thursday, December 8, 2016

Review Hotel Avillion Port Dickson

Banyak entri jugak pasal Hotel Avillion Port Dickson ini. Tapi yang ini terakhir sebab akak nak bungkus cerita Hotel ini sekaligus. Apa yang akak rasa dan fikirkan mungkin tidak sama dengan kawan semua. Ini hanya dari sudut pandangan akak sahaja..

Keseluruhannya akak berpuas hati dengan Hotel ini kerana dapat relax. Suasananya sangat santai dan mendamaikan. Dua perkara yang paling akak suka iaitu bilik dan kolam renang.. 

BILIK
Boleh tahan juga katilnya 
Ini macam katil rehat tapi agak luas untuk dua beradik..
Gambar dari laman web rasmi Avillion PD..
Macamni rupa bilik akak memang puas hatikan...


~Yang paling akak puas hati ialah katilnya yang boleh menempatkan dengan selesa kami empat beranak...
~ Yang bagus juga ialah bilik airnya agak lapang dan ada fungsi air pancut dan tab mandi.
~ Yang pasti memuaskan hati tandasnya yang memudahkan, ada paip air.. Paham tak maksud akak...

KOLAM RENANG
Anak-anak suka jadi kita ibu bapa gembira...
Lagipun kolam renang ini 24 jam.. 
Kita yang perempuanni rasanya kalau malamtu kurang malu sikit...
Tapi impian tetap nak duduk di Grand Lexis...

Keseluruhannya akak berpuas hati dengan Hotel ini kerana dapat relax. Suasananya sangat santai dan mendamaikan. Namun ada episod yang tidak seronoknya juga. Semasa bangun pagi untuk menunaikan hajat besar air tiada pula, hanya ada di sinki dengan jumlah yang kecil. Memang oh tidak!! 

Lagi satu masa kami nak 'check out' tiba-tibajer lif sedang diselenggara. Padahal itulah satu-satunya lif bersambung ke lobi.. oh tidak lagi sekali!! Kalau ada lif lainpun(ini akak tidak pasti) tolonglah tulis pemberitahuan. Terpaksalah kami anak beranak memanjat tangga yang tidak kurang tingginya. 


Lagi satu nak bagi tahu kalau ramai yang menginap tempat ini, tempat letak kereta adalah sangat jauh. Masa akak pergitu kebetulan masuk hari ahad keluar isnin kurang orang dapatlah letak kereta di tempat yang dekat. Akak nampak satu papan tanda tempat letak kereta di seberang jalan hotel. Jauh juga kalau nak menapaktu..
Pulang marilah pulang...
Selamat tinggal Avillion PD... 

3 comments:

  1. ramai ckp hotel ni best ...tgk citer akak ni mmg puas hati biliknyer...bab parking jauh tu jenuh tu...dah le luggage besar2....

    ReplyDelete
  2. akak setuju ngn akak... semua best tang bilik...
    tp masa dana tak kene lak kak masalah nk buang air time pagi2 tuh...

    bab lif ngn paking tu mmg betul.. itu mmg kene di perbaiki

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang