Nuffnang saya

Followers

Monday, December 12, 2016

Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Gunung Lang ialah tempat idaman untuk dikunjungi oleh akak untuk tahun 2016. Akhirnya terlaksana juga impian akak. Rasa malu juga selalu pergi ke Ipoh tapi tidak pernah menjejak kaki ke seberang Taman Rekreasi Gunung Lang. Pada tahun 2013 kami ada membuat sambutan hari jadi untuk anak saudara di kawasan tempat letak kereta Gunung Lang. Tapi tidak kesampaian untuk ke sana kerana bot sudah menamatkan operasi hariannya.


Semasa akak bekerja di Ipoh dahulu Gunung Lang tidaklah menjadi sebutan. Kalau dahulu taman rekreasi yang terkenal di Ipoh ialah Taman DR Seenivasagam, Padang Polo, Padang Ipoh, Railway Station . Lost World Of Tambunpun tiada lagi pada masa itu.

Berbalik cerita kami ke Gunung Lang, masa akak sampai ke sini hujan rintik-rintik. Rasa ingin sahaja membatalkan niat untuk datang ke sini. Namun difikirkan entah bilalah lagi boleh datang lagi tawakaljerlah...Nasib mood anak-anak untuk bergambar tidaklah teruk sangat.. 
Berbaris untuk dapat naik bot ke seberang sana..
Waktu operasi dan harga tiket bot seperti di atas.
Namun harus diingat untuk datang awal.
Kerana tiket dijual hanya sebelum setengah jam(anggaran akakler) dari waktu tutup.
Tiket bot tidaklah mahal...
Inilah rupanya tempat menjual tiket bot...
Ada bilik air dan gerai makan disediakan..
Boleh juga membeli makanan untuk ikan..
 Ipoh memang terkenal dengan gunung batu kapur...
Sebenarnya akak suka pokok bunga kertastu..
Ipohkan bandar Bougainvillea...
Pandang kebawahtu ikan dia memang besar-besar..
Tu dia, kenyang ikan-ikan di sini...
 Airnya memang hijau sangat...
Perjalananpun bermula
Seronoknya ku lihat hijau.. hijau. hijau...
Tapi bot kamitu laju sangat tak dapat nak menikmatinya...
Bot sudah menghampiri Taman Rekreasi Gunung Lang
Mula kami dibelakang sekarangni bot yang lagi pulak di belakang kami...
Itulah akak kata laju bebenoler botni...
Baru nak feeling... feeling tau...
Akhirnya sampai juga kami ke tanah seberang...
Ramai yang sudah menunggu bot untuk kembali kepangkal jalan...
Kan akak dah kata kami datangtu hujan rintik-rintik..
Tu pasal ada yang berpayung...



Apa yang ada di sebelah sini .. tunggu dientri akan datang...


2 comments:

Nuffnang oh Nuffnang