Putu Perak kuih tradisional masyarakat Perak

Siapa pernah merasa kuih putu perak sila angkat tangan? Akak tidak tahupun namanya Putu Perak sebab rasanya di masa dahulu kami panggil putu cawan. Mungkin putu ini dahulu hanya ada di negeri Perak maka ditukar menjadi Putu Perak. Dahulupun bentuknya lebih besar sedikit namun kini acuannya lebih kecil dan berbentuk bunga. 

Moh kita tengok mana rupanya Putu Perak yang sedaptu...
Putu Perak kuih tradisional masyarakat Perak
Putu Perak yang akak jumpa di pekan Sabtu Bota Kanan..
Best Giler Chorr!!!
Inilah rupa pembuatan Putu Perak...
Comeljer Putu Perakni, sekali ngap terus hilang..

Ini ada resipi Putu Perak akak ambil dari MOMSCOTTAGE untuk yang ingin mencuba.  Rasanya akak tidak mungkinlah mampu membuatnya kerana agak remeh. 

PUTU PERAK - sila lah mencuba 
Sumber : - Zurina Shafie 
Bahan-Bahannya :- 
200g beras 
5 camca besar tepung beras 
2 camca besar tepung pulut 
4 camca besar air Gula secukupnya 
1/2 kelapa putih + sedikit garam  
kain putih segi empat (lembap) untuk mengalas 

Cara-caranya :- 
1) Rendam beras 3 jam dan kisar 
2) Gaul beras bersama tepung beras 
3) Renjiskan sedikit air kedalam campuan tepung dan kukus selama 45 minit 
4) Angkat dan biarkan semalaman ataupun selama 10 jam 
5) Gaul bahan tadi bersama tepung pulut sehingga sebati dan kisar halus 
6) Campur gula kedalam adunan secukupnya 
7) Tabur sedikit adunan kedalam acuan biar separuh acuan sehaja 
8) Masukkan sedikit kelapa kemudian tepung kedalam acuan 
9) Alas kain lembap pada acuan dan kukus sehingga masak 

SELAMAT MENCUBA 

SUMBER :- MOMSCOTTAGE

Comments

Post a Comment

Popular Posts