Karnival sukan SKS1 Bandar Kinrara

Kisah karnival sukan SKS1 Bandar Kinrara mengambil tempat setelah sekian lamanya. Sukan kali ini meriah seumpama masa kakak Ika darjah satu dulu. Tahun ini kakak Ika masuk acara perbarisan tapi ibunya tidak sempat tengok. Ha... ha... emak dia hantar ke sekolah dan balik rumah. Pergi kembali  ke sekolah sekejap untuk ambil gambar dan balik lagi. Bila anak 'call' cakap nak balik baru pergi ambil. Tidak larat rasanya untuk menunggu di sekolah banyak kerja  dirumah yang perlu diselesaikan..

Anak-anak gembira juga sebab dapat pegang duit agak banyak sebab katanya banyak makanan sedap-sedap. Layankan sahaja setahun sekali... 
Saya budak rumah biru tabik hormat...
Azalia dan kawan-kawan...
Inilah juara..
 Pemandangan rumah-rumah sukan dari jauh...
 Rumah biru ~ Laksamana
 Rumah Merah ~ Bendahara
 Rumah Hijau ~ Syahbandar
Rumah Kuning ~ 
Rajin juga guru-guru dan anak murid menghias rumah masing-masing.
Dengan bangga Atikah tunjukkan pingat emas pertamanya...
Juara tarik tali gitu, ko ada!!!


Akan datang moh tengok aktiviti yang boleh di buat selain dari sukan biasa ini. Dulu kita ada sukan tahunan sahaja tapi sekarang sudah menjadi biasa menganjurkan karnival. Katanya untuk kutipan dalam usaha untuk menceriakan kawasan sekolah.. 

Comments

Post a Comment

Popular Posts