Nuffnang saya

Followers

Friday, December 16, 2016

Gunung Lang dari mata akak

Ini hanya pandangan mata akak, tiada maksud yang bukan-bukan. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang Gunung Lang adalah kawasan yang berpotensi untuk pelawat. Namun dalam pada itu sebagai rakyat negeri Perak yang kucintai akak ingin melontarkan pandangan.

Tempat ini diwar-warkan antara tempat yang menarik untuk dilawati kalau berkunjung ke Ipoh. Jadi adalah menjadi harapan akak dan juga semua rakyat Perak agar tempat ini berbaloi untuk dikunjungi.
Perjalanan menaiki bot adalah terlalu cepat.
Pemandu bot juga kalau boleh jadilah umpama pemandu pelancong..
Salurkanlah info supaya pelancong lebih rasa dihargai..
Alamak alangkah tidak comelnya tanah yang membusut menyambut kedatangan kami di jeti.
Ada monyet berkeliaran di taman permainan ini..
Namun tidaklah merosakkan pemandangan...
Cumanya kami ralat tidak naik ke menara tinjau yang berdekatan jeti dek takutkan monyet...
Cantik dah payung-payungtu...
Tapi ada yang sudah tidak kemas ...
Di gambar tidak nampak jelas tapi kalau anda berada di situ jelas kelihatan...
Tempat ini seolah-olah terbiar tanpa pengawasan sekian lama.
Binatang yang adapun umpama hidup segan mati tidak mahu..
Tempat ini akak tidak tahu apa tujuan dibina..
Kalaulah ada papan tanda mungkin memudahkan pengunjung memahaminya..
Kelihatan papan dari struktur di robohkan masih ada di situ..
Pemandangan yang menyakitkan mata...
Ini yang akak nampak di tangga menara tinjau.
Ehm.. sayangkan ramai pelancong luar negara yang datang..
Apalah pandangan mereka kala melihat ini!!!
Rumah tradisional ada yang kelihatan usang..
Kalau ada sedikit aktiviti di sini juga adalah lebih baik.
Cuba tengok di Makam Mahsurikan, nampak meriah.
Lagipun akak tidak dapat mencari penerangan tentang rumah tradisional ini. 
Akak cadangkan ada diletakkan papan tanda dimana tempat yang elok untuk bergambar (Gunung Lang View Point)..
Jadi pelancong yang datang boleh bergambar ditempat yang ditanda...
Moh kita pulang...
Pulang marilah pulang..
Marilah pulang beramai-ramai..

Semoga pemandangan yang menyakitkan mata tidak lagi kelihatan. Semoga kemudahan yang sedia ada dapat dibaikpulihkan. Semoga dapat menambahkan kemudahan yang difikirkan perlu. Semoga setiap kemudahan akan diberikan penerangan secukupnya supaya pelancong tidak meneka dalam kesamaran. 


Sayang pemandangan yang indah ini jika tidak diselarikan dengan penjagaan yang rapi. Tidak banyak tempat yang ada pemandangan gunung batu kapur sebagai latar belakang. Ada tasik yang menghijau yang menyegarkan mata memandang. Katanya Tahun Melawat Perak akan berlaku pada tahun hadapan, jadi terimalah kritikan ini sebagai semangat untuk lebih hebat lagi.

Pss... akak tidak kata tempat ini tidak menarik cuma ada benda yang perlu diperbaiki demi kebaikan. 

1 comment:

  1. Sayang ye CZ jika terbiar macam tu..
    Sedangkan berpotensi utk menarik pelancong..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang