Nuffnang saya

Thursday, December 15, 2016

Menara tinjau Gunung Lang

Terdapat dua menara tinjau di Taman Rekreasi Gunung Lang. Satu berdekatan dengan jeti dan satu lagi agak kebelakang sedikit. Kami tidak dapat naik ke menara tinjau berhampiran jeti kerana ada yang sedang memerhati. (tengok gambar di bawah). Walaupun hujan kami  tetap semangat untuk naik tangga yang agak tinggi. Rugi kalau datang ke sini kalau tidak naik  ke menara tinjau kerana dari sini kita dapat melihat keseluruhan kawasan ini.
 Masa kami nak naik menara tinjautu si dia pulak naik dulu..
Siap naik ikut tangga pulaktu... 
Memang tak beranilah kami anak beranak join dengan si dia naik ke atas..
Suami akak tidak ikut sama kami ke seberang naik bot...
Menara tinjau yang rasanya lebih cantik pemandangannya..
Kami cuma dapat naik menara tinjau yang satu lagi...
Menara tinjau kedua ini kurang sikit pemandangan menarik..
Tapi bolehlah dari langsung tiada..
Walaupun akak naik sekali (dipaksa) tapi anak-anak yang mengambil gambar..
Gambar dari dik Ya
Gambar dari Atikah
Ku lihat hijau....
Ada juga kemudahan tempat untuk berehat kalau penat berjalan... 
Dari sini boleh nampak mini zoo...


Semoga Bandaraya Ipoh yang kucintai ini akan lebih pesat membangun. Namun dalam masa yang sama dapat mengekalkan keindahan alam semulajadinya. Banyak tempat menarik di Ipoh yang boleh kita kunjungi, moh kome ke sini... 'Ipoh mali talak sombong'. 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang