Nuffnang saya

Followers

Friday, December 2, 2016

Hotel Avillion Port Dickson

Ini tujuan kami ke Port Dickson ialah untuk menginap di Hotel Avillion Port Dickson. Kami hanya singgah sebentar di Alive 3D Art Gallery dan Rumah Terbalik sebelum check in ke Avillion PD. Ada kisah di sebalik tersesat ke sini sebenarnya..

Antara 'wish list' akak tahun ini ialah tidur di Hotel yang ada kolam renang peribadi yang terkenal di Port Dickson. Apa lagi kalau bukan Hotel Grand Lexis.. Masa bookingtu kepala duk teringat nak tidur hoteljer, nampak promosi yang murah. Jadi memang ingat Hotel Grand Lexis terus 'enter'. Bila print baucer baru terperasan "alamak aku dah tersilap hotelni".. Ha.. ha... gituler kalau dah gelojoh sangat...

Kita tinggalkan kisah akak yang kelam kabut teruskan kisah kami di Hotel Avillion Port Dickson. Hotel ini terkenal juga sebenarnya cuma tiada kolam peribadi seperti di Grand Lexis. Bukan akak sahaja keliru sebab masa 'check in' ada juga yang bertanya pasal kolam peribadi. Bila penyambut tetamu cakap di Avillion tiada terus dia tak jadi dan tanya mana hotel sebenarnya. Rupanya bukan akak sahaja ada juga yang tersilap pandang.
Papan tanda masuk ke Avillion Port Dickson
Lobi Hotel Avillion yang agak luas dan lapang...
Pemandangan dari lobi...
Terus anak tidak sabar sebab nampak kolam renang...
Inilah rupa bilik water challet...
Dalam perjalanan ke bilik nampak spa...
Katilnya besar puas hati...
Dan ada katil kecil juga di tepi...
 Ada dua pilihan hendak mandi yang mana satu...
Boleh nampak air laut di bawah...
Bilik kami nun di sana...
Rasa macam kampung nelayankan...
Setiap satu blok ada basuh kaki sebelum masuk kawasan..
Memang terasa macam zaman dulu-dulu...
Rumah opah dulu mesti ada tempayan untuk basuh kaki..

Banyak juga gambar di sini jadi akan ada sambungannya lagi. 

6 comments:

  1. Memang CZ..
    Selalu orang terkeliru kan..
    Konon nak pergi kolam dalam rumah tu..
    Sekali tu tengok yg lain pulak..
    Tak pa lah ada juga kolam diluar tu..

    ReplyDelete
  2. best... dana pun penah la jgk merasa ddk kt water chalet tuh kak, familyday opis edy 2 thn lps kt sini...

    mmg luas balik nya katil pun besar siap ada katil kecik tepi tuh...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Dapat rezeki jalan jalan dengan keluarga kat pord dickson ya 😍😍

    Musim cuti sekolah ni hujan pulak. Susah Mazni nak jalan. Hehe. Mujur tak banjir

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  4. cantiknya avilion..mcm best pulok...

    ReplyDelete
  5. grand lexis memang best, harga pun best kalau tak silap rm500 utk 1 malam fuhhh

    ReplyDelete
  6. avillion pun menarik...tak salah pilih yg ni pun kan?

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang