Berjuanglah wahai anak

Kisah Atikah dan Azalia semakin kurang masuk blog akak sekarang...
Semasa diaorang kecil cerita merekalah yang paling utama...
Tapi sekarang semakin besar dan semakin banyak kerenah rasa macam tidak tahu nak bercerita...
Ini cerita keputusan peperiksaan mereka berdua...
Keputusan sekolah agama memang dinantikan..
Sebab sekolah kebangsaan sekarangni boleh dilihat di laman web Kementerian...
Walau macamana pahitpun ibunya kena telan juga keputusan periksa anak-anak...

Tidak dapat dinafikan yang setiap kali membaca kisah kejayaan anak-anak orang baik di facebook atau blog tercalit juga rasa kalut dihati ini...
Maalumlah anak kitani kategori biasa-biasa sahaja...
Namun tetap bersyukur kerana mereka sempurna segalanya...
Mungkin kurang berusaha dan banyak bermain dari belajar...
Tidak juga ingin menyalahkan mereka 100% mungkin salah ibunya juga...

Terlalu sedikit usaha akak kepada mereka...
Akak sibuk dengan urusan akak sendiri...
Mungkin bukan sahaja mereka perlu berubah, ibunya juga kena terlebih dahulu berubah...
Banyak benda yang dalam fikiran akak moga dapat direalisasikan...

Ini keputusan Atikah...
Bahasa Inggeris dan matematik yang paling akak bimbang....
Risau juga sebabnya Atikah datang ke kelas tambahan di sekolah tapi markah semakin merosot...
Pada mulanya akak rasa hendak  marah ...
Tapi memikirkan Atikah dan Azalia ponteng kelas selama seminggu semasa akak pergi umrah, mungkin banyak mata pelajaran yang mereka ketinggalan....
Risau tengok kedudukan dalam kelas dan darjah, macam banyak sangat...
Namun masih ada masa untuk berubah... Insyaallah...
Ini keputusan Azalia...
Menakutkan kalau tengok ada 2D...
Tapi dia kata kawan dia ramai yang dapat E sebagai jawapan bela diri...
Kedua-duanya pun sama lemah dalam bahasa Inggeris dan Matematik...
Yang paling kecewa ialah mata pelajaran Pendidikan Islam yang sepatutnya mudah...
Ehm sesuatu harus dilakukan..... Dik Ya memang boleh...
Small Efforts tapi bermakna...
Kena jadikan sebagai tabiat...
Kena sediakan jadual waktu dirumah...
Kena buat latihan setiap hari...
WAKE UP.... jangan terus bermimpi...
Jadikan mimpi suatu kejayaan... 
Kejayaan tidak datang bergolek...
Insyaallah Atikah dan Azalia akan jadi extraordinary....

Masa untuk BERUBAH....

Yeah lagi dua hari sahaja lagi bulan Ramadan...
Semoga kita terus kuat beribadah....
Esok akak balik kampung...
Jadi akak ucapkan terlebih dahulu SELAMAT HARI RAYA..
Ampun maaf dipinta kerana akak hanya insan biasa....
Kepada yang balik kampung hati-hati dijalanraya...
Semoga kita semua ceria di hari raya ini..
Tidak sabar menunggu gambar raya kawan-kawan semua..

Comments

  1. semoga berjaya saya doakan..terus berjuang.

    ReplyDelete
  2. Kak...mereka masih banyak masa. Adam dulu pun markahnya memanjanggg turun naik. Kami sekeluarga jadi risau. Tapi betul kak...formulanya ialah kena support dgn perhatian. Mujur nenek Adam boleh beri perhatian...sebab saya gagal. Dan, bak kata seorang blogger guru, doa ibu yang paling utama. Kita usahakan dengan doa yer kak. Insya Allah. Atikah dan Azalia anak2 bijak.

    ReplyDelete
  3. Saya xmo presure sgt ank. Let them enjoy the skul moment. As long as diorg still bleh catch up sudah la.. Mmg tak nak sgt mengejar nombor or semua A belaka.. Kesian diorg nih pnye life.

    ReplyDelete
  4. Sokey kak, insyaAllah nnt result anak2 akak okay. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts