Bukit Zaitun Makam Rabiatul Adawiah dan Makam Salman Al Farisi

Terima kasih kerana masih sudi membaca catatan akak ini....
Ikutkan banyak benda yang ingin dikongsikan tapi tidak tahu untuk mengungkapnya...
Jadi hanya gambar yang menjadi perataraan di blog akak ini...
Malangnya pulak gambar tidak terlalu banyak kerana akak tidak membawa kamera...
Hanya bergantung dengan handphone yang semasa di sana ada masalah pulak...
Namun demi untuk kenangan diri sendiri akak abadikan juga kisah hari terakhir di  sini...
Sebelum meninggalkan bumi bertuah dan diberkati kami singgah banyak tempat...
Antaranya ialah  ke Bukit Zaitun, Makam Rabiatul Adawiah dan Makam Salman Al-Farisi...
Pemandangan menarik Al-Quds dari Bukit Zaitun...
Di dalam surah at-Tin Allah berfirman :- 
“Demi Buah Tin Dan Zaitun”

Di dalam tafsir Ibu Kathir, Demi buah Tin adalah merujuk kepada tempat ibadah Nabi Nuh di Syria dan buah Zaitun adalah di Baitul Maqdis. 
Mt. Of Olive atau Jabal Zaitun mempunyai pemandangan yang luar biasa cantiknya terutama ketika waktu pagi. 
Di pinggir Jabal Zaitun terdapat barisan kuburan Yahudi. Orang Yahudi memang meminta agar ditanam di kawasan ini kerana bagi mereka “Messiah” yang mereka tunggu nanti akan menghidupkan mereka dan mereka akan menjadi tentera “Messiah”. 
Bagi kita orang Islam, yang akan turun adalah Dajjal dan memang di antara kelebihan yang Allah beri pada Dajjal adalah dapat menghidupkan orang yang mati. 
SUMBER : USTAZAMIN
Akak suka sumber kalau datang dari USTAZAMIN kerana rasa lebih dipercayai...
Lagipun dia memang kerap ke sana, sudah tentulah banyak pengalamannya di sanakan..
Gambar makcik rombongan kami....
Emak akak hanya melihat dari dalam bas...
Tidak sanggup turun naik bas...
Masa melawat Makam Rabiatul Adawiah akak juga tidak turun..
Gambar pintu masuk ke Makam Rabiatul Adawiah..
Makam dia di tepi jalan besar....
Cinta Rabiah kepada Allah SWT merupakan cinta suci, murni, dan sempurna seperti disenandungkan dalam syair ini: Aku mencintaimu dengan dua cinta; cinta kerana diriku, dan cinta kerana diri-Mu. Cinta kerana diriku adalah keadaanku yang sentiasa mengingat-Mu yang mengungkapkan tabir, sehingga Engkau kulihat. Baik untuk ini, mahupun untuk itu, pujianku bukanlah bagiku; bagi-Mulah pujian untuk semuanya. Buah hatiku, hanya Engkaulah yang kukasihi, berilah keampunan pembuat dosa yang datang ke hadrat-Mu. Engkaulah harapanku, kebahagiaanku, dan kesenanganku, hatiku enggan mencintai selain Engkau. 
Rabiah mencurahkan seluruh hidupnya untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kerana itu, dia memilih hidup zuhud agar bebas daripada segala rintangan dalam perjalanan menuju Tuhan. Dalam pandangannya, kenikmatan duniawi adalah hambatan menuju Tuhan.
Dia pernah memanjatkan doa: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada segala perkara yang menyibukkanku sehingga aku tidak sempat menyembah-Mu dan daripada segala rintangan yang merenggangkan hubunganku dengan-Mu." 
SUMBER :- UTUSAN MALAYSIA
Sempat juga singgah ke Makam Salman Al-Farisi yang merupakan sahabat Rasulullah... 
Seorang perjuang Islam yang mendapat tempat di hati Rasulullah SAW.
Beliau telah masuk pelbagai agama sebalum akhirnya jadi pejuang setia dalam Islam...
Dikurniakan umur yang panjang untuk menyebarkan syiar Islam...

Sebagai seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w., Salman merupakan seorang tokoh yang paling menonjol serta sangat disayangi oleh beliau disebabkan kerana keberanian, keikhlasan serta sifat zuhudnya terhadap kesenangan dunia. Salman Al Farisi juga terkenal sebagai seorang Mukmin yang kuat beribadat, bersifat rendah diri dan tidak tertarik pada kemewahan dan kesenangan. 
Selanjutnya Salman Al-Farisi terkenal sebagai tokoh sahabat yang banyak meriwayatkan Hadith dari Rasulullah S.A.W kerana beliau adalah seorang sahabat yang banyak bergaul dengan baginda. Beliau telah hidup di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah sampai ke zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga iaitu Sayidina Uthman bin Affan r.a.

Ketika peperangan Khandak, beliau mencadangkan supaya dibina sebuah parit besar atau khandaq di sekeliling kota Madinah untuk mengelakkan kota tersebut dari serangan orang-orang Quraisy.
Tidak lama kemudian, beliau dilantik sebagai gabenor di Al-Madain yang terletak berdekatan Baghdad. Salman mendapat gaji sebanyak lima ribu dirham. Semua wang tersebut disedekahkannya kepada fakir miskin. Beliau menyara hidup dengan bekerja sendiri.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW pernah berkumpul dengan para sahabat baginda termasuk Salman Al-Farizi. Sambil memegang bahu Salman, Rasulullah SAW bersabda:

“Jika iman itu tergantung di bintang Suraya di langit, pasti akan dicapai oleh seorang lelaki dari bangsa Farsi ini.”Nabi SAW juga menegaskan bahwa Salman Al Farisi termasuk keluarganya(Ahlulbait). 
SUMBER FACEBOOK
Yang lelaki itu adalah pemandu bas kami..
Katanya yang perempuan cantiktu adik dia...
Entahlah betul ataupun tidak... Wallhualam..
Bas kami diletakkan dijalan yang sibuk sebegini..
Makam Salman al-Farisi bukan ada di situ tapi terpaksa berjalan naik bukit sedikit...

Kiranya selesai sudah kisah di di Baitul Maqdis...
Rombongan kami terus di bawa ke sempadan...
Tapi sempat singgah ke Makam Nabi Musa a.s. juga ke Jericho membeli buah tangan...
Macam biasa apa yang akak tulis ini hanya catatan seorang pelawat ...

Comments

  1. alhamdullilah dapat jejak kaki ke sana

    ReplyDelete
  2. seronokan kak dpt tgk tinggalan sejarah islam dengan mata sendiri..... dulu mase sekolah mmg belajar kan so ingat le nama2 semua nie....dpt tgk sendiri lagi besar rahmat...hope ade rezeki mcm akak satu hari nanti....

    ReplyDelete
  3. wahai akak..bertuah nyer akak dapat jejakkan kaki kesana..

    ReplyDelete
  4. teringat teks sejarah yg belajar dulu.. ;)

    ReplyDelete
  5. seronoknya kak berpeluang ke sana....

    ReplyDelete
  6. Aduh Zilla semakin teruja saya nak menjejak kan kaki kesana.. semoga berkesempatan kesana..

    ReplyDelete
  7. banyak makam sahabat nabi n nabi yg dpt akak lawat kt sana ye kak... hrp ada rezeki sampai ke sana

    ReplyDelete
  8. seronoknya kak...
    akak doakan saya dapat jejak ke sana jugak...

    ReplyDelete
  9. mungkin adik beradik la kak..sebab hidung je sama mancung..hehhehe

    ReplyDelete
  10. Blogwalking sini ^_^
    Beruntung dapat berjalan hingga ke sana. Mesti banyak kisah dan pengalaman yg boleh diambil menjadi pengajran hidup. :)

    ReplyDelete
  11. seronok kak dah dpt jejak kaki kesanba..poem Rabiah tu indah sungguh mrnunjukkan kecintaannya pada Allah

    ReplyDelete
  12. Makam Rabiatul Adawiyah dari Basra terletak di Basra, dikatakan itu adalah tapak rumah dia dulu bukan nya di Mount Olives. Yang di Mount Olives tu adalah makam Rabia dari Syria.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts