Breeze of Love drama Korea

Akak sekarangni melayan cerita Korea bertajuk 'Breeze of Love'. Inilah akibatnya kalau sudah tertengok mesti hendak diketahui kisahnya sampai sudah. Paling tidak seronok 'Breeze of Love' ada sebanyak 50 episod dan belum habis ditayangkan lagi. Jadinya terpaksalah tertunggu-tunggu episod baru setiap minggu. 

Kalau sebelum ini tidak terasa sangat yang drama Korea ini meleret-leret. Sekali yang ini rasa macam tengok telenovela pulak. Harta yang bukan milik menjadi buruan, tamak, dendam, khianat dan paling kelakar siap bapa dia yang kena mati ditembak rupanya hidup tapi hilang ingatan. Orang baik ini tidak sudah-sudah bodohnya ditipu berkali-kali tapi tetap tidak menaruh syak wasangka. Ha.... ha... tapi sudah tertengok kalau tidak tengok sampai sudah rasa tidak seronok. 

Nasiblah ada di internet lebih cepat dari di Astro. Tapi tajuknya 'Blow of Breeze' sekarangni sudah sampai ke episod 41. Kalau menunggu yang Astro punya lagi lambatlah tahu kesudahannya..
Inilah pelakon utama untuk cerita ini...
Suka tengok cerita masa diaorangni kecil...
Masa sebelum mereka kahwinpun seronok tengok... 
Barisan pelakon yang membintangi 'Breeze of Love'
Yang baju biru atas sekalitu, pelakonnya telah ditukar..
Khabarnya pelakon asal telah mengalami kecederaan, tidak boleh menyambung lakonannya...

Tidak sabar rasanya hendak menunggu esok walaupun hanya ada 'raw' tanpa sarikata. Kita paham melalui mimik muka, nada suara, bahasa tubuh sahaja. Akak tidak sabar menunggu episod atuk yang bertemu dengan cucu sebenarnya. Ingin melihat reaksi emak mertuanya yang selama ini sangat menyakitkan hati... 

Sinopsis dari KOREANDRAMA :-

Synopsis
This drama is about the happenings that occur when one day a lonely old man on death’s door discovers that he has a grandchild. The dying old man has assets with a combined worth of 100 million dollars.

The story will surrounding with long-lost grandchildren, a fight for a chaebol’s inheritance and a Romeo-Juliet love story between Kim Mi Poong (Im Ji Yun) who is a North Korean defector and Lee Jang Go (Son Ho Joon) who is a honest South Korean Lawyer.

Comments

  1. Canel berapa ni zila..acik biasa tengok 393 je..nak jugak tengok he he

    ReplyDelete
  2. alahai..dh lma sgt x lyn drama korea... klo dh mula layan..parahlah.. hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts