Belajar rajin-rajin wahai anak

Gambar hari pertama persekolahan 2017. Bukan darjah satu jadi tidaklah nak beria-ia sangat hendak mengambil gambar. Seronok sikit tahun ini Azaliapun bersekolah di sesi pagi, jadi mudahlah sedikit kerja ibunya. 

Belajarlah rajin-rajin wahai anak! Pelajaran adalah harta yang ibu dapat tinggalkan pada kamu semua. Harta benda dunia ibu memang tidak punya. Pelajaran itu bukan bererti punyai A berderet tapi pelajaran itu lebih kepada cara kamu membawa diri. Di sekolah tempat pertama kamu belajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. 
Cabaran naik bas sekolah, kenalah bangun seawal pagi takut kena tinggal. Ah! itu keciljer cabarannya wahai anak. Perjalanan kamu panjang dengan izin Allah, banyak lagi cabaran yang besar yang kamu kena tempuh. Belajarlah betul-betul sebelum kena menghadapi alam pekerjaan yang lebih tidak seronoknya. Jangan dipersiakan masa muda kerana masa tidak akan berpatah balik. Jaga diri, berdiri diatas kaki sendiri, jaga peribadi, moga Allah akan merestui perjalanan hidup kamu wahai anak... ~ catatan akak di facebook ~
Gembira dapat sekolah sebab cuti panjang kita tidak berjalan kemanapun..
Risaukan dik Ya yang susah bangun pagi..
Syukur Allah permudahkan segalanya ...
Atikah yang tidak suka bergambar..
Tapi kalau berswafoto suka pulak dia...
Ha.. ha.. ibu ambil juga gambar ini untuk blog ibu dia..

Bersekolah bukan hanya untuk pandai dapat A yang banyak tapi tentang jadi insan yang berharga. Adik Ya cakap semalam ibu Dato' Aliftu SPM dia teruk tapi sekarang dia jutawan. Wahai anak Dato' Aliftu mungkin tidak hebat dalam silibus pelajaran untuk peperiksaan tapi dia hebat kerana dia rajin berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam hidup dia. Kalau kitani pemalas orangnya, keputusan peperiksaan kurang baik kita hendak jadi apa? Sekarangni hendak jadi keranipun  perlukan diploma dan keatas. Kalau hendak jadi macam Dato' Aliff terpaksalah kamu lebih rajin, lebih kreatif, lebih berusah dan semuanya kena lebih. Kamu mungkin akan jadi seperti Sulaiman Al Rajhi pengasas Bank Al Rajhi. Segalanya berkemungkinan wahai anak ... Hormatilah ibu bapa dan guru kamu untuk mendapatkan penghormatan yang tinggi.




.

Comments

  1. Susah budak sekarang naik bas waktu masih gelap pun ada lampu.
    Susah budak dulu jalan kaki bergelap - jalan pun tak ada lampu.

    ReplyDelete
  2. awal pagi yang gelap dah pergi sekolah ye sis... semoga anak sis cemerlang dunia akhirat...

    ReplyDelete
  3. semoga menjadi pelajar-pelajar yang baik, rajin dan hormatkan guru yer anak-anak

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts