Jom beli Nata De Coco Sungai Besar

Akak dah selamat balik dari kampung..
Akak balik dengan dua orang budak comel sahaja..
Balik kampung tidak ikut lebuh raya tapi nak balik ke sini ikut PLUS jugalah...

Tidak ikut lebuh raya bermakna kami ikut Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Bota...
Akak dengan suami dari mula kahwin sampai sekarang kalau boleh suka ikut jalan ini...
Antara tarikan yang ada sepanjang jalan memang tidak terhitung dek jari sebenarnya..
Kalau ada cuti yang panjang cubalah menyusuri jalan ini memang banyak tempat boleh singgah..
Tapi sebab misi  balik kampung tidaklah dapat menunaikan semua impian..

Antara yang boleh disinggah ialah Kedai menjual Nata De Coco...
Kedai ini terletak sebelum pekan Sungai Besar...
Kilang membuat Nata De Coco pun ada di situ juga...
Pernah masuk dalam Majalah 3 di TV3 juga sebelum ini...
Memang seronok memilih Nata de Coco di sini...
Macam-macam perisa Nata De Coco ada dijual disini..
Akak tidak sempat singgah mingguni kedai ini...
Ini gambar masa akak balik bulan November dulu...

Kalau lalu jalan ini jangan lupa singgah kedai Nata De Coco keluaran bumiputera ini...
Ada kedai  menjual hasil-hasil kampung yang beraneka...
Boleh membeli jambu air, mangga, mentarang, jagung dan lain-lain..
Soal makan memang seronok boleh singgah kedai makan yang pelbagai di sepanjang jalan...
Ada kedai menjual soto, nasi ambeng, mi udang, rojak, cendul, air gelas besar...
Yang paling penting makanannya memang sedap belaka..
Kalau pergi ke Lumut sekali-sekala gunakan jalan ini...
Pemandangan di kiri kanan jalan membuatkan mata kita lebih segar...
Ini antara sebab akak suka ikut jalan ini kurang mengantuk berbanding memandu di lebuhraya...
Antara kedai yang makan yang akak teringin untuk singgah...
Namun asyik tidak kesampaian sahaja...
Apa yang istimewanya di sini yang membuatkan akak mengalahkan orang mengidam ??
Ingin tahu jawapannya, kerana di sini ada menu kampung dan yang penting eksotik...
Suami akak sudahpun pergi dengan kawan-kawan dia...
Gambar di atastu untuk 'perangat'kan akak yang belum pergini...
Kalau dia bawak rendang landak sebungkus haruslah sedapkan...
Apapun hendak tahu lebih pasal restoran ini klik sini :- Wahida

Akak berhutang meronda dan komen di blog kawan-kawan semua...
Mesti banyak cerita kawan-kawan terutama yang bercuti selama 4 hari...

Comments

  1. syoknyer kak..... mcm dana kalu balik johor suke singgah beberapa rnr sbb dh target nk beli makanan apa2 kt situ heheheh.... kalu dana pun msti suke menyinggah2... almaklum kalu kt bandar pyh nk jumpa kot

    ReplyDelete
  2. CH pun memang teringin nak mkn Di Restoran Lembah Bernam tu Zilla..

    ReplyDelete
  3. Bila dah kata dlm perjalanan mata pandang keluar nampak macam-macam signboard makanan memanglah kalau boleh semua nak dicuba Zila..

    Untung kita duduk di Malaysia kan.

    ReplyDelete
  4. Ahad lepas ke Sekincan tapi masih belum berkesempatan jalan2 cari makan dan singgah2 di kawasan tersebut. Kali kedua melalui jalan ini yang sebelum ni jem di PLUS Highway nak balik KL ikut jalan ni nak elakkan jem.

    ReplyDelete
  5. Ohh mmg best ye..port makan semua sempoi.balik kampung setiap bulan pun ok.hehe

    ReplyDelete
  6. eh dekat sgt dgn rumah sy ;) kt blakang tu ada kilang proses minyak kelapa dara bleh la try beli sy guna mnyk tu ok...

    ReplyDelete
  7. Teringin nk lalu jln ni...nnti sesekali blik perak..kut bole try lah...

    ReplyDelete
  8. sdapnye Nata de Coco kak Cho..cam tringin jewww...hehehe...

    ReplyDelete
  9. Panas2 gini sedap nya kalau dapat merasa nata de coco

    ReplyDelete
  10. Salam pkenalan...

    Hermmm teringin nak torai...

    I folow u #572...

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan Nata de Coco ni CZ...mungkin tak minat sangat kot. Kalau ikutkan mmg selalu pergi hala Perak ni sebab tengok anak. Bolehlah nanti menyinggah.

    Eh daging landak tu macamana ghupenya? Sedap ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts