1901 tak peduli orang puasa

Hari ahad lepas bersamaan 21 kita berpuasa kami sekeluarga pergi ke Sunway Pyramid untuk mencari kasut hari raya untuk budak dua orangtu. Memang cakap kalau tak jumpa juga idaman kalbu belilah apapun sebab rasanya budakni kalau pakai apapun cantikkan.. tapi sebenarnya bukan sebab cantik sahaja kita beli kasutkan yang penting selesa. Tambahan untuk Atikah kena kasut dibeli kena lasak gak sebab kasut dia kebiasaannya akan cepat rosak berbanding kasut adik dia.

Alkisahnya Sunwaytu sekarang boleh tahan gak besarnyakan dengan nak melayan kerenah dik Ya yang kalau dah penat nak berdukung memang rasa tak upaya nak tawaf habis. Sesudah berpuashati mendapat kasut idaman masing-masing agaknya baru terasa perut diaorang lapar, maalumler pergi Sunway tadi hanya sempat minum susu sebotol sahaja.

Kita singgah makan di 1901 sebab budak dua orangni memang suka sosej.
Cawan kertas 1901..
Atikah teguk air minum, uhm sedap betoi rasanya.
Sedapnya habis ibu dia punya nak bawak balikpun diaorang rembat sekali, kena beli lagi yang lain. Tapi takper janji makan..

Makan dikhalayak ramai, ada aku kesah.. tapi rasanya orangpun paham budak kecik lagikan,...

Tak datang lagi mood raya

Comments

  1. tercari2 chatboz cho zilla :) salam kenal ^^

    ReplyDelete
  2. ouwww...! lama tak makan 1901...!
    budak2.. nak wat camnee.. huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts