Nuffnang saya

Followers

Friday, August 26, 2011

Cheese Macaroni Oven

Sebenarnya resipi nan satuni akak dah cuba sekali tapi tak berapa nak menjadi sebab ada berlaku kesilapan teknik. Lagipun kalau first time try memang kalut sikit. kuang.. kuang alasan orang tak pandai macam-macam.

Terus kepada ceritalerkan nak bagi alasan banyak-banyakpun tak guna, gini akak kali pertama makan cheese macaroni oven ni masa pergi kerumah Ida ibu sikembar atas urusan Takaful pada 14/11/2009, lama dahkan. Tadi terjumpa gambar lamani teringat rasanya resipini belum lagi masuk dalam blogni. So resipini gak akak ambik dari fotopages Ida ibu sikembar yang memang mudah dan menyelerakan boleh gak menjadi hidangan hari raya atau masa nak buat rumah terbuka.

CHEESE MACARONI OVEN
sumber -MYRESIPI-HAMZAN(adaptasi dr RACHELRAY-NTV7)

Bahan-bahan ( 6 orang. )
1 bungkus makaroni yang macam kerang atau straw
Cheddar cheese(guna slice cheese aje)
1 biji bawang kuning yang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu butter
3 sudu besar tepong gandum
3 cawan susu uht(guna dutch lady low fat).
2 cawan air
1 kiub ayam knorr
2 biji cili capsicum atau asparagus
Udang atau ayam, guna burger ayampun boleh
3 atau 4 sudu besar sos chili
Serbuk lada hitam(pepper) dan garam

Cara-cara :-

>Rebus makaroni kedalam air yang mendidih selama 6 minit. Bubuh sedikit garam.
>Dalam periuk atau kuali besar yang lain goreng bawang kuning dan putih dengan butter. Biarkan sampai layu kekuningan.
>Masukan tepong kacau seketika dan masukan 2 cawan air, kacau lagi ia akan jadi pekat dan masukan kiub ayam. Pastikan kiub itu larut.
>Masukan udang atau ayam, secubit garam dan serbuk lada hitam.
>Kemudian masukan susu dan sos chili.
>Kemudian masukan cili capsicum yang dihiris-hiris atau asparagus yang telah dicelur. Celur dengan air rebusan makaroni tadi.
>Akhirnya masukan makaroni yang telah ditoskan terlebih dahulu kedalam dan gaul mesra.
>Masukan parut cheese kedalam sebanyak mana anda suka. Lagi banyak lagi sedap. Gaul sekejap sehingga semua menjadi melekit2 macam chewing gum.
>Masukan kesemuanya kedalam bekas pembakar, tabur cheese yang diparut diatas ebanyak anda suka. Bakar dalam oven sehingga bahagian atas keperang2an.

SELAMAT MENCUBA !!.. akak dah cuba..

Gambarni juga akak ambil dari fotopages Ida ibu sikembar sebagai kenangan... Masa pergi rumah Ida kali kedua akak datang dengan anak-anak tapituler tengok anak akak yang malu-malu berbanding dengan anak kembar Ida yang amat peramah.

No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang