Nuffnang saya

Followers

Thursday, August 18, 2011

Iftar satu famili

Tarikh : 13/8/2011
Tempat : Rumah Mak Lang, Ulu Klang
Xtvt : Majlis Iftar

Sabtu lepas famili Fatimah Gombak (keluarga mertuaku) mengadakan majlis iftar( sekarang orang duk guna iftar akakpun nak gak gunakan itu) di rumah mak saudara suamiku di Ulu Klang. Oleh kerana konsepnya port luck maka akak bawalah agar-agar merah dan nenek Fatimah suka sangat sebab diapun teringat nak makan agar-agartu tapi belum ada kesempatan nak buat.
Tak payah cerita ceriti jom kita tengok apa berlaku hari tu :-
Pencuci mulut yang menggiurkan, akak cuma bawak agar-agar merah sedangkan orang lain bawak macam-macam. Ada pavlova(order),triffle, sagu gula melaka (famili diaorang panggil seloncos), kek sandwich, kek batik, kurma...

Makanan untuk dijamah yang penuh semeja, macam tak habiskan tapi sebab boleh bawak balik rumah dapat gak buat bersahur. Ada sambal kerang, sambal sotong, kari ayam, sambal tempe, ikan goreng, pecel lele(betoiker ejanyani), satay, mi goreng, murtabak dan air bandung sedap..

HB Nabil yang jatuh pada bulan Ramadhan disambut bersama dengan keluarga tercinta. Semoga jadi insan yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara...

Bersyukur dengan nikmat yang diberi, sembahyang maghrib bersama-sama.

Acara kemuncak main bunga api, bukan budak sahaja yang happy tapi yang dah besarpun sama..

Gambar budak-budak yang bergembira sebab dapat berkumpul bersama....

♥ Berkumpul Bersama ♥

4 comments:

  1. seronoknya.. dah mcm malam raya...

    ReplyDelete
  2. Pavlova tu order dgn kak nani ke? Hihihi .. KC best friend dia. hihi.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang