Dia Bukan Maryam TV9

Kesian akakkan sebab ceritani rasanya dah ditayangkan pada awal tahun lagi tapi akak hanya berkesempatan menontonnya sebab disiarkan pada pukul 5.00 - 6.00 pagi setiap hari dibulan puasa ini. Waktu itu adalah time bersahur kami..

Masa mula tengoktu tak paham gak sebab flash back dia tu macam terlampau sangat jadi kurang berminat tapi sejak nak habisni rasanya semakin menarik. Bagus juga ceritatu kerana dapat membuatkan akak beremosi tidak tahu nak sokong imah atau nak sokong Sarah. Sebab keduanya punyai alasan tersendiri untuk mempertahankan pendirian mereka. Hakikatnya kedua-duanya juga keras hati satu sifat yang tidak baik.

Akak sebenarnya hanya ingin berkongsi kisah yang akak dapat dari drama tersebut yang berkaitan dengan hidup akak suatu masa dahulu. Semasa akak belum dikurniakan anak (akak dapat anak selepas 5 tahun berkahwin) selalu juga orang memberikan pendapat untuk akak mengambil anak angkat dengan alasan kot-kot nanti lekat. Akak memang tidak pernah berhajat langsung untuk mendapatkan anak angkat disebabkan tidak ingin terjadi seperti drama "Dia bukan Maryam"tulah..

Akak tidak sanggup sekiranya anak yang akak asuh dan didik dari kecil itu tiba-tiba ingin diambil kembali oleh ibu sebenarnya. Sudah pastilah berlaku konflik kerana akak juga tidak sanggup untuk memisahkan kasih sayang antara seorang ibu dan anak. Tapi hakikatnya hati kita juga akan terluka dan itulah alasan yang paling kuat akak menolak walaupun hati meronta inginkan kebahagiaan dengan kehadiran anak kecil dalam rumah tangga. Kami pernah menolak permintaan dari sepasang suami isteri orang Indonesia yang ingin memberikan anak yang semasa itu masih dalam perut untuk kami sebab dia ingin pulang ke Indonesia.

Entah mengapa hati akak kuat untuk mengatakan yang akak akan dapat juga zuriat sendiri suatu hari nanti. Syukur Allah kabulkan permintaan akak dengan mengurniakan dua orang cahaya mata yang amat membahagiakan hati kami sekeluarga. Sekarang ramai gak yang bertanya tidak teringinkah akak menambahkan bilangan anak sementelah kedua-dua anak akak adalah perempuan. Bagi akak dua orang anak perempuan inipun sudah mencukupi kerana kehadiran mereka melengkapkan kehidupan akak.
Gambar lama budak dua orang yang sekarang sedikit nakal tapi menghiburkan...
Atikah vs Azalia

Comments

Post a Comment

Popular Posts