Layan Atikah dan Azalia ~ tak puasa yerk

Puasa hari ini dah 11 hari, syukur Alhamdulillah. Harini bersahur lauk pauk habis langsai bermakna Atikah dan Azalia kena puasa gak. Sebenarnya budak dua orangni belum lagi mula berpuasa, entah apa silapnya susah betul nak ajar berpuasa. Atikah ada gak bangun sahur dua kali lepastu akak malas nak gerakkan lagi sebab dia memang tak makanpun masa bersahur dan bangun dari tidurjer dah minta susu. Azalia memang dah cakap adik tak boleh puasa sebab kecik lagi.

Bila baca atau dengar kisah anak orang yang umur 4 tahun dah mula berpuasa memang akak kagumler. Isyh terasa gak hatini sebab tak dapat melihat diaorang memulakan ibadah ini dari usia yang muda. Seingat akakpun dulu masa umur 7 tahun baru mula berpuasa.. kuang.. kuang.. dapat RM1 sehari dari tuk (zaman akak nilaitu besar tau kalau 30hari puasa dapat RM30)

Atikah dan Azalia bukannya tidak belajar di sekolah sebab diaorang tahu niat puasa, niat buka puasa, apa yang batalkan puasa tapi bila suruh puasa liat. Bak kata Atikah dah puasalah ni, gamaknya lepas makan puasa balik sebab tak makan dah!! Di sekolah kalau waktu rehat memang dia tak pernah makan sebab dia cakap kat teacher dia puasa.. kuang.. kuang....

Ok layan cerita harini pulak, oleh kerana dah tak ada makanan maka akak rasa elok gak akak balik sekejap tengahari dan bawak makan kat Food Court Giant Bandar Kinrara. Budak dua orangtu order kueteow sup akak terlupa pi order kueteow kantonis dah tak habis. Lepas makan budak dua orang main gelungsur (best sesangat takder orang) tanpa minum sebab nak beli air tapi tak dapat beli sebab akak hanya ada duit RM50 dan kedaitu tak ada duit balance... nasibler anak akaktu selambajer.

Seronok sakan budak dua orangtu main sebab harini akulah raja di sini kot idak ramai orang.. Nak habaq mai kalau korang berada berhampiran Giant Bandar Kinrara datanglah ke tingkat 2 (atas sekali) untuk bawa anak bermain sebabnya tempat permainantu amat besar berbanding dengan Giant yang lain. Dan mainan yang kena masuk syiling nak bagi bergeraktu free, boleh tekan banyak mana sekalipun.

Sebenarnya budak dua orangni minta nak main motor yang boleh pusing bawak sendiri tapi alasan sama gak dia tanya "akak takder duit kecikker"?. Harini semua orang kaya-kaya gamaknya pakat pakai duit besar ajer. Gaji dah masukker? konpius.. konpius.. tapi yang bestnyer Dik Ya cakap "ala, kalau main kat atastu bukan kena bayarpun lagi banyak mainan". Kelakar betul tengok muka bengang dia masa dia berletertu.
Bergambar dengan artis pilihannya.. Johan dan isteri...


Akak singgah ke Secret Recipe beli dua potong Chocolate Indulgence sebab teringin sangat. Tapi budak dua orangni sibuk nak bergambar ngan poster artis yang menjayakan rancangan "Dapur Selebriti" dan artis pilihan mereka Johan Raja Lawak dan AC Mizal. Akak sempat ambik gambar Atikah dan Azalia dengan Johan sahaja sebab akak tengok orang tengok semacam ajer, malu wei!!!

Last but not least, akak beli pulak durian D24 yang dah siap bungkustu sebab nak buat cucur doyan untuk berbuka. Bestnyer berbuka harini gamaknya...

Atikah Azalia Atikah Azalia Atikah Azalia

Comments

Popular Posts