Resipi Agar-agar Koktail Mesti Menjadi

Ini kes pinggan jiran yang dah lama tersadai tidak berpulang balik maka dalam terpaksalah akak membuat agar-agarni.  Buatnya bukan susah mana tapi entahlah kemalasan gamaknya akakni... Punya baguihlah dapat jiran yang rajin memberini dapat selalu merasa makanan dia... Suami dah bising-bising katanya bila nak pulangkan pinggan jiranni maka jom kita buat agar-agar koktail yang mesti menjadi punya..
Oppsniler dia rupanyer agar-agar koktail akak. Sepatutnya guna mangkuk yang lebih kecil so dapatlah hasilnya lebih padat, ni nampak nipisjer... Buatnyer mudah sangat-sangat ikut sahaja cara akak di bawah mesti menjadi tak lembik tak keras yang sedang-sedang aja.. Yang penting airnya mesti ngam dengan agar-agar.. gunakan cawan yang sama untuk menyukat ... RESIPI AGAR-AGAR KOKTAIL Bahan-bahan : 1 cawan agar-agar basuh dahulu (sumbat padat-padat dalam cawan) 4 cawan air 3/4 cawan gula (ini sukatan akak masak agar-agar mesti menjadi punya. Kalau 1 cawan agar-agar mesti ngan 4 cawan air, gula pulak ikut selera masing-masing) 1 tin susu cair1 tin buah-buahan koktail(buang airnya dan toskan) 1 biji telur (telah dipukul) Cara-cara 1) Masakler seperti biasa. Masukkan agar-agar tali tu dulu  dalam air dan masak sampai agar-agar hancur. 2) Masukkan gula pula dan biarkan gula cair. Kacau selalu yer.3) Masukkan bahan yang lain susu cair, telur dan buah koktail ... Kacau jangan bagi membuak. 4) Sudah ok kalu bolehlah dituangkan agar-agar dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk. 5) Potong comel-comel dan boleh dihidangkan dalam kes akak bolehlah pulangkan pinggan jiran... Selamat Mencuba... Kalau musim panas memang sedap sangat makan agar-agar. Bulan puasa juga sesuai sangat dibuat agar-agar ini. Untuk mencantikkan hidangan boleh di buat macam di bawah inikan... barulah berbunga-bunga hati nak makannya... 

Comments

  1. sodapnyerrr puding tewww..

    ReplyDelete
  2. kak zila..anto la kt umah sy sket agr2 koktail tu...tantek je nmpk..heheh..kira jiran la jgk kan:p

    ReplyDelete
  3. salam cho zila

    kakyong pun suka agar ni.. boleh dpt byk... yummmyyyy..
    lama dah tak buat, ingat sok lusa leh le buat.. tupun tunggu le kot che abe nak belikan koktail nyer..

    ReplyDelete
  4. Salam kak.. saya just drop by je ni.. lepak2 nengok page akak nie.. heheh nampak ada resepi so leh copy cat tak ?? mc best jeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts