Atikah gembira menonton Disney On Ice semalam..
"Enter a world of wishes with your favorite Disney Princesses in Disney On Ice presents Princess Wishes. Tinker Bell represents the magic of Disney, as she whisks you through a collection of enchanting and beloved Disney stories. Join Ariel as she yearns to explore the world above the waves.
See Snow white find her one true love. Discover a whole new world with Jasmine find, watch in wonder as the dreams of Cinderella, Belle, Aurora and Mulan all come true."
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba semalam, kami pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menonton Disney On Ice(DOI) ~ Princess Wishes. Tiket itu telah kami tempah semenjak dari bulan Januari lagi memandangkan tahunni DOI bersesuaian dengan minat Atikah kini kepada kartun-kartun yang sebegini. Sekarangnipun baju dia kebanyakan yang bermotifkan sedemikian yang kadang-kadang naik cuak kita sebab dah tak menepati citarasa ibu. *(suami teman kata anak jadi mangsa fesyen ibu dia, sebab selalunya ibu yang berlebih2... ibu oh ibu gituler)..
Berbalik kepada cerita semalam, kami pergi ke Putrajaya terlebih dahulu sebab kami akan pergi bersama dengan Naufal, Cik Ochu dan Cik Wani. Teman tidak membawa Azalia kerana suami teman merasakan usia Azalia sekarang tidak sesuai untuk dibawa ke tempat yang terpaksa untuk duduk setempat untuk menonton sesuatu. Usia seperti Azalia ini selalunya suka bergerak dan akan membuat bising atau menangis tanpa memperdulikan persekitaran.
Kami tiba di Stadium lebih kurang pukul 1.30 petang walaupun pertunjukan hanya bermula pada 2.30 petang kerana ingin meronda terlebih dahulu melihat cenderamata yang dijual pada hari tersebut. Masuk kedalam stadium terdapat banyak 'booth' yang disediakan dan kami membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan tanda ingatan pengalaman pertama Atikah menonton Disney On Ice pada 2009 ini. Rasanya kalau anak teman ramai mau kopak dibuatnya kerana harga barangan yang dijual pada teman agak mahal berbanding dengan mutu barangan tersebut.
Masuk ke dalam dewan, Atikah dan Naufal kelihatan gembira sekali kerana kelihatan pentas yang berwarna-warni dan menarik sekali. Tapi sayang kami tidaklah membeli tiket yang paling mahal yang membolehkan kami mengambil gambar dekat dengan pentas. Namun rasanya tiket kami yang bukan paling murah itu memuaskan hati kerana terasa nampak jelas sekali persembahan hari itu dipandangan mata kami. Sebelum pertunjukan bermula, Atikah dan Naufal telah berposing sakan mengikut kehendak Cik Ochu dan Cik Wani yang membawa kamera. Teman terasa ralat kerana terlupa mengambil kamera dari suami teman pada hari itu walaupun telah diingatkan oleh suami teman. *(cik ochu dan cik wani jangan lupa no!!)
Acara dimulakan tepat-tepat pada pukul 2.30 petang setelah Atikah dan Naufal bertanya berpuluh kali bila Princess ni nak keluar. Dan kedua-duanya kelihatan teruja sekali dan dapat dilihat dari tingkah laku Atikah yang sekali- sekala bertepuk tangan dan membalas lambaian 'tinker bell', mickey dan minnie dan yang lain. Dalam hati teman berkata : "berbaloi jugak bawak dia hari ini" kerana terasa dia gembira sekali menonton persembahan tersebut. Pada temanler persembahan mereka memang profesional sekali dan rasanya yang paling 'excited' menengok ialah Cik Ochu ngan Cik Wani yang terlebih .. (ingat sikit tahun depan dah nak kawinni!!).
Keseluruhannya pada teman yang tak berapa mengikuti sangat cerita-cerita Disneyni, dari segi persembahan dan pentas memang bagus sekali. Namun teman terkilan sebab karektor yang paling teman minat Cinderella dan Aurora (Sleeping beauty) muncul sekejap sahaja, tak puas tengok. Tapi yang paling penting sekali ialah keseronokan Atikah yang nampak jelas sekali kerana setelah sampai di rumah adik ipar teman Atikah tak sabar-sabar nak bercerita dengan ayahnya. Apa yang dia ceritakan terlampau laju dan semua cerita nak dirangkumkan sekali membuatkan ayah dia tak faham (dah macam Sarimah diari AF). Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai harganya, semoga teman dapat memberikan yang TERBAIK untuk mereka..
haii salam ziarah...comel nye atikah dan azalia ;)
ReplyDeletesy dh link ur blog
kak cho,
ReplyDeletetiket sarang buaya tu akan datang rm 8.00 dewasa rm 4.00 kanak2.
yelah nak menampung kos makanan boya2 tu tinggi..
kos hidup kat sini pun tinggi jugak..
semuanye kena bayar...