Lawatan ke Pusat Sains Negara..

Pada 01/01/2009 kami anak beranak mengambil keputusan untuk pergi ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara bersebelahan dengan Suruhanjaya Sekuriti. Ibu dan ayah dah pergi pada tahun 2003 rasanya namun kali ini lebih bermakna kerana kami membawa buah hati kesayangan kami 2A (Atikah dan Azalia bersama).

Hanya untuk informasi belaka, maka layarilah laman web PSN.. best gak.. :- http://www.psn.gov.my .Oleh yang demikian mari kita saksikan aksi-aksi 2A yang keseronokan berada di sana.. Aksi-aksi keceriaan yang terakam sepanjang kami berada di Pusat Sains Negara pada 01/01/2009 yang lepas.. rugi kalau tak pergi.. pergi jangan tak pergi..

Picture Captions
Keseronokan 2A dalam mengasah minda menyusun warna dan bentuk.. seronok melihat mereka leka walaupun entah apalah yang disusun.. bolehler ibu rehat sekejap.

Picture Captions
Ini aksi Atikah yang tak tentu arah melihat betapa banyaknyer permainan yang ada disini. Dan yang paling penting takder suara ibu yang menjerit lepas main susun balik, apani sepah-sepah, ibu buang mainantu kalau ibu terpijak ni.. amanjer dia main..

Picture Captions
Azalia menunjukkan aksi panjat memanjatnyer disini, cuma mengikut aksi Atikah dan betapa seronoknya sebab tempatni luas dan membolehkan dia berlari dan memanjat sesuka hati..

Picture Captions
Atikah di dalam kolam bola. Walaupun tak banyak sangat bolanyer tapi 2A tetap gembira.. lagipun tempatni boleh sepah2kan barang..

Picture Captions
Azalia seronok bergaya di sini.. tempat mainan untuk sikecik cam 2Ani..

Picture Captions
Susah sangat nak tangkap gambo 2A bersama jadinya ibu interpremler.. ibupun gian gak nak tangkap gambo sebenonyer.. bestkan ambik gambar kat sini sebab sungguh berwarna-warni..

Secara kesimpulannya, inilah masanya kita bersama-sama mendidik anak-anak kita supaya meminati mata pelajaran sains dari mereka kecil supaya tidak merasakan sains itu satu bebanan tapi merupakan satu keseronokan.. teman dulu takut nak belajo sains walhal masa tengok cerita CSI tu rasanya betapa ruginya teman sebab tak meminati sains sebab banyak pekerjaan yang menarik di dunia ini adalah berasaskan sains.. selamat menjelajah ke Pusat Sains Negara.. Misi 2A selepas ini adalah menyerbu Petrosains dalam masa yang terdekat ini, semoga menjadi kenyataan,,

Comments

  1. WAH SERONOK!!! SERONOK!!! percutian yg penuh ngan pendidikan....cewah....tu le, lieya pun ade plan nak jalan2 kat tempat2 camni, tapi kene tunggu mia n mija besar sikit ler...

    mmg nampak masing2 hepi dapat bermain ngan bebas.....

    ReplyDelete
  2. wahh best nie... tak pnh smp kat sini lagi... boley la nnt plan ke sini.. sya sya pasti suke..

    ReplyDelete
  3. Saya selalu beranggapan yang Pusat Sains Negara ni ala-ala bosan hehehhe...

    Lepas bacaposting awak ni, rasa teringin nak bawa bebudak ni ke sana hehe.....nampak macam besh.

    Tak pernah lagi saya sampai ke sini. Kalau nak masuk sini kena bayar ke?

    ReplyDelete
  4. lama tak jejak pusat sains ni..

    bagus kan klu bwk anak2 tmpt begini..

    ReplyDelete
  5. salam Cho zila

    mekasih berkongsi info ni.. boleh lah nanti ajak suami g sana.. kalo budak 2 thn okay ker bawa g sana?

    ReplyDelete
  6. linn pun tingin nak bawak budak 2 ni kep pusat sains tu... cik abg ckp coti sekolah ni nanti baru nak bawak pi.....

    mmg baguiss bawak anak ke tempat2 camni kan..

    ReplyDelete
  7. penah pegi masa sekolah dulu...tp masa tu kat jalan istana sana lagi...bagus juga bawak anak2 jalan kat tempat mcm ni kan dr bw shopping komplex..hehehehe (kene ke ida la tuh)

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar orang ceritakan tempat tu, tapi tak tahu kat mana.

    Nampak seronok yah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts