Resipi Spageti Bolognaise Meatball

Masakan untuk jamuan hari raya sekolah agama anak-anak. Paling mudah masak spageti sebab rasanya budak-budak suka.. Tapi kali ini kita tambah meatball(bebola daging), nampak lebih banyak.. Maka jadilah resipi Spageti Bolognaise Meatball... Siap..

Resipi meatball (bebola daging)

* Campurkan daging kisar dengan bawang besar yang dicincang halus. Tambahkan sedikit serbuk lada sulah dan serbuk blackpepper, sedikit perasa. Letakkan tepung sedikit demi sedikit sehingga tidak melekat ditangan. Boleh letak telur kalau suka..
* Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan bulat-bulatkan mengikut saiz dikehendaki.
* Masukkan sedikit butter untuk mengoreng. Gunakan api sederhana dan balik-balikkan untuk masak rata.

Resipi Spageti ala bolognaise Meatball

Bahan-bahan :-

Daging kisar
Bawang besar dicincang halus
Bawang putih dicincang halus
Cili kering kisar
Sos spageti
Cili capsicum (kalau boleh warna lampu trafik)
Garam dan perasa
Keju

CARA-CARA MEMBUAT :-

* Daging kisar digoreng terlebih dahulu untuk hilangkan bau daging yang kurang menyenangkan..

* Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar sehingga pecah minyak.

* Masukkan daging kisar yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati. Masukkan air sedikit dan bolehlah ditambahkan sos spageti apa-apa jenama. Letakkan juga cili capsicum pelbagai warna untuk nampak berseri-seri..

* Gaul rata lagi dan tambahkan garam dan perasa. Akak tidak masukkan tomato sebab anak tidak gemar rasa masam.. Cuma letakkan keju.

* Akhir sekali masukkan meatball tadi yang telah digoreng tadi. Renihkan perlahan-lahan  sehingga kuah menjadi pekat.

Seronok sangat dapat bawak makanan untuk kawan-kawan... 

Sebelum cuti sekolahni rasanya ada jamuan lagi dan kemungkinan besar resipi ini juga dipertaruhkan.. mudah dan licin bekas makanantu..

Comments

  1. tgk pun dh tau sedap... lama dh dana tak bt spageti bolognise...
    ujung minggu nih blh bt lah... sebelum adik balik kg

    ReplyDelete
  2. Meatball tu yg tergoda sedapnya CZ..

    ReplyDelete
  3. Kalau dah makan ramai-ramai tak ada meatball pun habis Zila
    Apa lagi kalau ada meatball dia laaagilah tak sempat menambah dah habis dulu hihi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts