Cerita oktober tahun sudah

Gambar bulan Oktober tahun sudah... emak ooi lamanya duk dalam draft akakni ha... harini ada proses pembersihan draft nak keluarkan juga gambar2ni buat kenangan... kisah majlis kahwin sepupu suami akak di Dewan SUK Negeri Selangor... Yang penting der majlis potong kek untuk dik Ya dan yang sambut hari jadi bulan Oktober.. Tahun ini kita tak potong kekpun lagikan dik Ya padahal harijadi dah pun berlalu pada 8hb Oktober lepas... Tak wishpun happy birthday untuk dik Ya dalam blog akak macam biasa... memang 2016 ibu dik Ya sibuk sikit.. ha..ha...


Tengok gambarni yang kelakarnya juga cik Nadya pun tengah berdebar-debar menunggu kelahiran cahaya mata sulungnya.. Semoga semuanya dipermudahkan segalanya.. 

Rindu pulak nak sambut harijadi ramai-ramai..
Tapi dik Ya kata tahunni dia nak hadiah sahaja... 
Majlis nikah sekarangni duduk atas kerusi yer...
Kalau kat Perak tak merasalah nak bentang  'ciur'...
(ciur ~ tekat emas bantal duduk untuk akad nikah)

Antara ahli keluarga yang sempat naik pentas... 
Bila lagilah ada majlis kahwinni?
Siapa yang dah ada makwe tu apa yang ditunggu...






Comments

  1. bukan main lama kak... msti sampai akak pun dh hampir lupe kot gambar2 nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts