Nasi Lemak Tanglin

Pernah dengar nasi lemak Tanglin? Akak dengar cerita pasal nasi lemak Tanglinni tahun 2001 lagi. Namun hanya pada bulan September 2016 barulah dapat merasainya. Tiada rezeki nak merasanya, menunggu sampai 15 tahun.


Nasi lemak Tanglin ini terletak di Medan Selera Tanglin di Jalan Chenderasi, Taman Tasik Perdana. Medan selera itu betul-betul dihadapan Klinik kesihatan (kerajaan) Tanglin. Gerai ini dibuka pada hari isnin hingga jumaat dari pukul 7.00pagi hingga 10.30 malam. Sabtu, ahad dan cuti umum pula dibuka pada pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
 Demi sesuap nasi ku berbaris juga...
Di sebabkan memang hendak juga merasa..
Akak datang lebihkurang pukul 9.00 pagi... 
Dari mula akak sampai nak balik bilangan orang tidak surut malah bertambah ramai...
Meja makanpun terpaksa berpisah dengan keluarga...
 Inilah nasi lemak Tanglin yang terkenaltu...
Pilihan akak sambal paru, kami ambil lain-lain lauk..
Bersungguh-sungguh anak akak hendak menghabiskan..


Secara jujur akak berpendapat nasi lemak Tanglin bukanlah citarasa tekak kami adik beranak. Mungkin akak mempunyai harapan yang terlalu tinggi maalumlah 15 tahun menunggu. Memang bukan citarasa akak namun siapa tahu memenuhi selera orang lain. Jangan takut untuk mencuba...


Peta dari NASI LEMAK TANGLIN @ Kinah blog untuk memudahkan anda semua ke sana... 


Comments

  1. pernah mkn..tekak saya not bad

    ReplyDelete
  2. Selalu sgt makan sbb boss suka nasi lemak tanglin

    ReplyDelete
  3. Teringin nk cuba..nmpk sedap laa

    ReplyDelete
  4. penah dgr tp tak penah try kak...

    betul jgk kadang org kata sedap tp bg kite biasa2 je...
    tp nampak menyelerakan sambal paru tuh kak

    ReplyDelete
  5. Kakak cuma pernah dengar dan tengok ajelah macam yg Zila tunjuk sekarang
    Makannya tak pernah lagi - jauh sangat hihi...
    Kalau dekat nak juga kakak merasa.

    ReplyDelete
  6. kwn2 opis yang otai ckp, dulu2 nsik lmk ni mmng sdp, skrg ni mmng dh kureng, tp org tetap ramai, sbb nk merasa kan...;-))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts