Petik, makan anggur Sitiawan
Rasanya banyak entri akak kebelakangan ini adalah dari majalah atau surat khabar.. Semuanyapun tentang negeri kesayangan akak Perak Darul Ridzuan. Kali ini pasal kebun anggur Saloma di Sitiawan..
Sumber Berita Harian (22hb Mei 2016)
Sumber Berita Harian (22hb Mei 2016)
Penulis : Bennie Zie Fauzi
Kegiatan pelancongan meerusi aktiviti pertanian kini semakin menarik minat orang ramai, khususnya untuk tanaman yang dianggp mustahil aua jarang ditemui di negara ini.
Ini terbukti dengan pembukaan kebun anggur Saloma Vineyard dan Nursery di Lekir, Sitiawan, Perak.
Terletak kira-kira sejam perjalan dari Ipoh melewati Kampung Pasir Panjang, srta Kampung Koh, kebun seluas satu ekar milik Siti Saloma Saad, 52, membenarkan pengunjung merasi anggur segaar dari jenis Long White Malaga, Alponso Lavelle dan Kyoho.
Kebunnya menanam anggur jenis IAS, Isabella Madu, Cardinal yang berbentuk bulat dan lonjong atau Black Queen, Black Opal, Loose Prelete sera Flame yang enak tanpa biji.
"Pengunjung boleh menikmati keenakan anggur malah hasrat saya cuba mengurangkan kebergantungan import anggur dari ladang California, Amerika Syarikat," kata Siti Saloma.
Petik dan makan
Siti Saloma, bekas pelukis pelan di sebuah jabatan kerajaan berkata, idesa membuka kebun anggur dicetuskan oleh suaminya selepas mereka melawat ladang anggur di Afrika Selatan.
Selepas melakukan pelbagai eksperimen, termasuk mencuba baja, selain menanam anggur di segenap sudut laman rumah, barulah beliau bersedia berkongsi kejayaannya dengan mempelawa orang awam ke ladangnya.
"Tanpa mengenakan sebarang bayaran masuk, saya membernarkan pengunjung memetik dan membeli buah itu mengikut timbangan.
"Saya cuba buat seperti dilakukan pengusaha tanaman strawberi di Cameron Highlands dan nampaknya pengunjung menyukainya," kata Saloma.
Bagaimanapun, beliau menghadkan setiap keluarga dibenarkan membeli tidak lebih daripada 250gram.
Anggur di ladangnya berbuah dua kali sethaun, rasanya manis dan masak dengan ranm selepas proses memangkas dilakukan.
"Hujung Mei hingga Jun adalah masa paling sesuai memetik anggur. Disebabkan fenomena El-Nino, rasa manis anggur lebih daripada biasa,"katanya.
Bagi menggalakkan penanaman anggur dalam kalangan pengunjung, Siti Saloma membekalkan tanaha awalan tanaman anggur, set baja untuk benih dari bulan pertama hingga ke -10., iaitu peringkat pokok mengeluarkan hasil.
Pengganti harum manis
Selain kebun anggur Siti Saloma, pelancong dan pengembara ke Lekir boleh singgah di Ladang mangga Chokanan.
Mangganya sedap semanis madu. Kemanisannya dirasakan melekat lama di lidah terutama jus minuman, jeruk dan boleh dimakan begiut sahaja.
Pejabat Pertanian Lekir memperuntukkan 80 hektar tanah bagi penanaman buah itu mebabitkan 15 lot dengan kira-kira 1,200 pokok bagi satu lot.
Penolong Pegawainya, Karri Qisti Kari Ghani mengesyorkan pengunjung menjengah dua kali setahun untuk menjamah mangga dipetik terus dari kebun.
"Mangga Chokanan diakui paling manis dalam negara. Gred baik dan berkualiti dijual dengan harga RM3 sekilogram, gred C, bersaiz sebesar telur ayam lazimnya dibuat jeruk mangga dan diproses menjadi jus,"katanya.
Gambar adik akak melawat kebun anggur sebagai bukti.. akak juga pernah buat entri pasal anggur Sitiawan ini :- Ladang anggur Saloma . Moga dapat pergi ke sini kalau balik kampung nanti...
Gambar adik akak melawat kebun anggur sebagai bukti.. akak juga pernah buat entri pasal anggur Sitiawan ini :- Ladang anggur Saloma . Moga dapat pergi ke sini kalau balik kampung nanti...
aduhhhh nk sgt pg sana kak... petik stoberi dh biasa petik anggur lak yg tinggin nih
ReplyDeleteMemang pernah terbaca jugak pasal ladang Anggur kat Malaysia ni tap tak ingat kat negeri mana....
ReplyDeleteHuiii geramnya tengok bergugus anggur tu
tak jauh dr kampung halaman..cuma tk mengarah ke sana..ruginya
ReplyDelete