Bob Rock Apparel untuk yang bersaiz besar
Entri khas untuk yang berbadan comel dan gebu.. Kedai istimewa untuk golongan yang istimewa ini.. Kalau anda bersaiz lebih dari XXL boleh singgah ke sini BOB ROCK APPAREL. Koleksi untuk lelaki yang berbadan besar adalah lebih banyak dari perempuan. Saiz dari L ke 7XL.
Ada dua cawangan satu di Plaza Shah Alam dan satu lagi di Star Avenue Subang Bestari. Akak pergi yang di Star Avenue, kompleks membeli belah baru.. Akak tidak membelipun cuma suami akak sahaja yang mencari kemeja dan seluar jeans..
Terdapat juga handbag wanita...
Aksesori untuk wanita juga ada di sini...
Koleksi baju-baju yang menarik dan muslimah...
Kedai ini kepunyaan usahawan bumiputera dan akak harap bisnesnya yang mengkhusus untuk golongan yang berbadan besar ini akan berjaya... Amin...
Gambar ambil dari instagram mensattire
Gambar dari instagram
Gambar juga dari instagram...
Kawan blog akak ini ramai yang badan berkecil molek jadi mungkin maklumat ini kurang berguna.. Namun kiranya mendengar rungutan kawan berbadan comel ini bolehlah sampai-sampaikan...
berguna ni kak, boleh diwar-warkan untuk kawan2 yang lain
ReplyDeletesangat berguna
ReplyDeleteberguna kak... dana tak comei heheheh
ReplyDelete