Peta Pekerjaan yang dilakukan di Kidzania KL

Kalau nak main di Kidzania ini kenalah ada peta pekerjaan di Kidzania. Setiap seorang akan dibekalkan dengan peta ini tapi kalau tak nakpun boleh...  Masa kat dalamtu tak sempatpun nak tengok sebab akak lebih suka tengok bilangan yang menunggu dan bilangan kanak-kanak masih melakukan aktiviti.. Jadi sebelum pergi harus studi dulu peta Kidzania ini supaya mudah di sana nanti..

Kalau pergi kali pertama dulu memang kami mengejar bilangan tempat pekerjaan yang dilakukan tapi kali ini semua bergantung kepada dua beradikni. Pada diaorang dah tahu apa yang mereka suka atau kehendaki mesti dilakukan terlebih dahulu baru isi masa masuk ke tempat yang lain...Jom tengok peta pekerjaan yang boleh dilakukan di Kidzania Kuala Lumpur...

TINGKAT BAWAH
Kidzania ini ada dua tingkat . Ini tingkat bawah yang ada banyak pekerjaan di sini.. Benda yang kena di ambil tahu ialah CIMB untuk tukarkan cek kepada duit kidzo.

Antara pejabat yang ada di tingkat bawah ialah :-

Job Information Centre...
~ Ini macam Jabatan Buruh gitu. Masukkan maklumat diri seolah-olah resume dan nanti akan keluarlah 3 pekerjaan yang bersesuaian dengan peserta. Yang mustahaknya kiranya kita melakukan pekerjaan seperti di sarankan akan dapat kidzos dua kali ganda dengan syarat tunjukkan keputusan yang diberikan..

CIMB Bank cash and valuables transport
~ Pekerjaan yang memberi peluang pada kanak-kanak untuk menghantar atau mengambil duit dari kedai yang telah diarahkan...

CIMB
~ Tukarkan cek yang diberikan di sini..

Recycling Centre
Ini tempat baru kalau tidak silap dulu di sini kedai shushi..

Fire Station
Pekerjaan paling glamer di Kidzania.. I am a fireman.. memang sentiasa penuhjer tempatni tambah-tambah kalau ada rombongan sekolah atau tadika...

Allianz Insurance Company
Sebelum mengambil lesen memandu di Kidzania silalah ke Allianz Insurance dulu untuk mengambil insuran kenderaan. Ada pekerjaan juga di sini sebagai ejen insuran ...

Jail

Court House
Macam best tapi dua beradikni belum lagi pernah masuk ke sini...

Police Station
Dik Ya dan kakak pernah menjadi polis bersama-sama sebelum ini dengan meronda ketempat yang dikehendaki..   kiri kanan kiri kanan...

Marrybrown Burger Shop
Di Marrybrown kita kena membayar untuk bekerja membuat burger kerana burger yang kita buat itu boleh kita makan. Tapi masa beraturtu terasa macam tidak berbaloijer kami tarik diri...

ZMart
Dik Ya sempat lagi bekerja di ZMart iaitu tempat membeli belah yang dikhususkan untuk kanak-kanak sahaja dari pelanggan hingga ke jurujual dan penjaga kaunter..


New's Edition
Ini masa rombongan sekolah kakak pernah juga rasanya mencuba kerja di New's Editionni...

Kidzania's Radio Station
Masa pergi rombongan sekolah kakak pernah mencuba kerjaya ini dapat bawak balik cd semasa menjadi DJ..

PONEY Fashion Boutique ~
Jenuh menyuruh Azalia masuk ke sini tak hendaknya. Kat sini tak silap ada fashion show baju dari Poney...

STABILO Arts and Crafts Studio
Ini antara aktiviti kegemaran dik Ya.

Ambil gambar dari tingkat atas ....
Inipun dari tingkat atas tapi dari sebelah yang satu lagi...
Boleh dilihat kemeriahan yang terdapat di sini..

TINGKAT ATAS
Ini pulak di tingkat atas yang menawarkan pekerjaan yang tidak kurang hebatnya. Yang paling menarik sekali ialah pekerjaan di Air Asia sebagai juruterbang atau sterward.

Lifebouy Health Institute

Cookie Factory

Chocholate Factory

Brother Sewing & Embroidery Centre

Pharmaniaga Citrex Vitamen Research Institute
Di sini rasanya dua beradikni buat vitamen .. yang penting dapat sebungkus untuk bawak balik... 

KPJ Specialist Hospital
~ ada 4 pekerjaan di sini iaitu :-
               - Scan Room
               - Nursery
               - Endoscopy Room
               - Surgery Room

~ Jadi anak-anak akan ditanya department manakah menjadi pilihan mereka... 

Media (TV3, NTV7, 8TV dan TV9)
~ Di sini boleh menjadi pembaca berita dan menjadi pekerja di bahagian belakang....
Boleh melihat peta pekerjaan yang diberikan untuk kemudahan kalau pergi ke sana.
Tapi ada perubahan sedikit misalnya dulu ada kedai Shusi King kini dah jadi recycle centre...
Satu hari memang tidak cukup untuk menghabiskan semua pekerjaan yang ada di situ... 

Comments

  1. Kidzania memang best 1 hari tak puas kat dalam ni..cuma kita mak mak la penat nak tunggu!

    ReplyDelete
  2. Kidzania tak sempat pusing abes satu hari.. yg mak juga teruja 😁😁😁

    ReplyDelete
  3. menarik ni.. boleh pegi nanti bawa sofea

    jemput join ga minyak wangi ya.. http://www.mialiana.com/2016/07/giveaway-minyak-wangi-braveheart.html

    ReplyDelete
  4. Anak-anak kakak dah berkali-kali masuk sini tapi kakak sekali pun tak lagi
    Sebab tiap tahun cikgu bawa rombongan ramai-ramai. Tiap tahun jugalah dia pergi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts