Nuffnang saya

Followers

Monday, July 18, 2016

Biskut Cornflakes Bermadu

Cerita hari raya juga tapi ini biskut hari raya kami biskut cornflakes bermadu...Tahun ini dua beradik mintak juga dibuatkan kuih raya... Katanya kita tak pernah buat kuih raya... ha..ha... kasihanlah anak akak... Jadi untuk memberikan ingatan yang indah hari raya, akak buatlah kuih paling simple.. Biskut paling simple dan mudah gitu tentulah Biskut Cornflakes bermadu... Nak membuatnya sudah lama tapi kalau tak mulakan memang tak menjadilah... Kali ini kita buat yer anak-anak. Seronok sungguhlah budak dua orangtu, tapi biasalah kakaknya hangat-hangat tahi ayam.. Mula rajin lepastu letihler, mengantuklah... Tapi dua kali buat jugalah biskutni sebab sekali buat dah habis kena ngap usah mimpilah nak menghidang pada orang...

Buat biskut cornflakes bermadu kami dengan penuh LOVE....


Resipi Biskut Cornflakes Bermadu 

Bahan-bahan :-

1 kotak cornflakes
125gm mentega
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
1 cawan madu
mangkuk kecil
beras warna warni

Cara:-

1) Panaskan mentega, gula perang dan madu sehinggalah mentega cair. Setelah cair masukkan cornflakes dan gaul rata.. Pastikan api sederhana dan dikacau selalu...

2) Dah siap bolehlah di sudukan dalam mangkuk kecil dan dihiaskan dengan beras warna warni tu macam kami ... Ada juga yang letak ceri hijau dan merah untuk mencantikkan biskut... 

3) Bakar selama 10 - 15 minit pada suhu 150 darjah celcius.


Memang biskut ini akan menjadi biskut setiap tahun kamilah gamaknya.. Senang nak buat dan yang paling penting anak-anak suka... Selamat mencuba 

5 comments:

  1. sedap tu kak, telan air liur menengoknya tapi saya tahun ni memang takde buat biskut raya pun

    ReplyDelete
  2. Sedap nyerr mudah sangat nak buat tapi tetap malas..kekeke..

    ReplyDelete
  3. biskut raya paling mudah n sedap lak tu kan kak....
    tp paling leceh nk mskkn dlm bekas tu skit2 n bkr semula

    ReplyDelete
  4. mudah je buat ni .. tp kite mls hehehe

    ReplyDelete
  5. Hi awak. sedapnya kuih cornflakes madu....
    Selamat Hari Raya.
    Jom follow blog kite awak…
    http://mommychaa.blogspot.my/

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang