LRT yang memudahkan warga kota

Selalu tertanya-tanya bilakah laluan LRT nak bersambung! Akhirnya kini LRT telah menghubungkan Kuala Lumpur dengan pinggirannya. Pagi itu kami memilih untuk menaiki LRT dari BK5 Kinrara ke Putra Heights. Selepas itu menaiki LRT dari Putra Heights ke KL Sentral. Meronda di KL Sentral sebentar dan menyambung perjalanan menaiki monorel ke Hang Tuah. Dari situ kami kembali menaiki LRT untuk balik ke Bandar Kinrara.. 


Sistem pengangkutan awam kita semakin memudahkan orang ramai. Akak teringin nak mencuba naik BRT(bus rapid transit) pulak ... Semoga rakyat Malaysia akan menghargai usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan.  
Tidak sangkalah Bandar Kinrarapun dapat tempias projek LRT...  
Kami pengembara ....
 Inilah peta rapidKL..
Apa kau tengok dik Ya....
Biasalah naik dari Hang Tuah memang ramai penumpang...
Budakkan kuat lagi kenalah berdiri..


Masa akak pergitu agak kelam kabut mungkin sistem belum betul lagi.. Sepatutnya kalau dari Stesen Hang Tuah tu perjalanan terus ke Bandar Kinrara. Tapi di sebabkan sistem tidak betul dua kali kami turun sekali di Chan Sow Lin dan Bandar Tasik Selatan.. 

Harapnya selepas ini semuanya dipermudahkan.. kalau sebelum ini terpaksa bertukar tren di stesen Sri Petaling kini boleh terus ke destini di tujui... 

Comments

  1. rumah saya belakang putra height. pembinaan lrt ni mmg sangat memberi impak yang besar pada penduduk setempat selain memudahkan penduduk, ia juga menjana pendapatan penduduk kampung kat situ. cuma sy belum berkesempatan naik lagi. :)

    ReplyDelete
  2. Ni LRT yg baru tu ke CZ? Dah boleh guna ek.....Nak try jugaklah nanti

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts